Saturday, April 30, 2011

FIVE STAR BUS STOP IN THE WORLD *MALAYSIA ADA ?

hari nih takmo entry berat-berat cuma nak tayang gambar jeh . *sebab tak de idea nak karang-karang .

britain . adaa tb okayy !


around Sao Paulo, Brazil to promote the World Cup


smart mobilities project, this bus stop was presented in Paris in 2008
2008 pon dah maju okayy . pheww

Creative London bus stop by Bruno Taylor

Bus stop designed for the Vitra design museum in Germany.

Fully enclosed bus stop with air conditioning in Dubai


jepun biasalah kalao bab-bab kreatif memang pheww .



ohh rambut afroo

malaysia pulak ada nih :DDD iklan penuh dekat belakang besi pon dah kena curi .
cepat bebenor kalau bab curi mencuri nih . kalao letak bantal kerusi tuh silap2 dah hilang dah .
walaupon dah banyak bus stop kat malaysia dah di ubah suai namun tak delah banyak sangat ,kalo kat kampung-kampung nih masih banyak lagi bus stop kayu nak roboh . padahal aku rasa orang kampung cam aku lah yang selalu naik bus .kalo kat bandar nak hebat je naik kereta moto . ye dak ? =.=

source : google 

sila gelak lepas baca.

Friday, April 29, 2011

HANYA WANITA LAYAK PANDU BUS ! LELAKI ? OUT :D



kalao aku ? aku naik beskal jeh takpe . naik bus aku kelaut . gila besar gedabak . kereta avanza pon aku rasa besar ni apatah lagi BUS .aku bagi kat lelaki lah yer .bukan apa mungkin sebab perempuan lebih berhemah dalam memandu kot ..tu pasal terjadinya macam nih .beritaharian

BUENOS AIRES: Sebuah bandar berhampiran ibu kota ini, yang berwaspada dengan hentian brek mengejut dan selekoh tajam yang sering dilakukan pemandu lelaki, mengambil wanita secara eksklusif untuk membawa penumpang. 
“Dengan wanita memandu, rangkaian bas berorientasi keluarga, lebih mesra,” kata Rafaela Nuyl, 34, seorang daripada pemandu baru yang diambil untuk perkhidmatan di Vicente Lopez.
Rangkaian bas di bandar dengan 270,000 penduduk itu, yang beroperasi sejak awal bulan ini, akan berhenti di sekolah rendah, pusat penjagaan orang tua dan sebuah hospital bersalin, kata pihak berkuasa.
Mereka menekankan pentingnya pemandu berhati-hati membawa penumpang tua atau kanak-kanak. – AFP 

p/s aku syak kalao wanita bawak bus mesti jalan lengang jeh . sebab semua asyik naik bus lagi-lagi kalau  si driver dan (kontraktor ke konduktor ?)  bus tuh bagi yang sexy mexy selim cantik bergaya . ngehngeh
Malaysia tak nak buat ke ? agagaga ? eh tapi aku kadang-kadang nampak jugak driver wanita yang bawak selalunya bus sekolah . kan kan .
sila gelak lepas baca.

Thursday, April 28, 2011

ZAHIRIL DAN SHERA BERTUNANG AHAD NIH ? =.= SADIS TATKALA SENJAKALA

sebelum tuh aku nak kesat hingus meleleh aku ni kat semua yang hadir membaca berita ini . prehhh kat baju korang . terima kasihh aku bukan apa . aku sedih terharu nih sebab tak sia-sia aku tolak lamaran zahiril hari tuh. tengok sekarang dia dapat yang lagi cantik dari aku . tahniah tahniah aku memang saja tolak lamaran beliau sebab aku tak layak bersamanya  :p *maaf ini cerita dalam mimpi sahaja*
oh ya tak payah nak muntah-muntah aku tak sediakan baldi pon nak muntah p jamban .

kejap sekali lagi nak prehhhhhh bebanyak sat bila tengok gambar nih . huwaaaaa apa pegang-pegang nih kan dah kata jangan pegang-pegang duduk renggang-renggang . renggang2 sudah pegang2 pulak ye =.=

zahiril adzim 27 bersama pasangannya shera ayoub 25 . bagus bagus tunang awal-awal jangan nak kepam lama-lama sangat nk kapel tuh tak elok . tengok macam artis lain dok kepam-kepam akhirnya tak jadi. konon nak kenal hati budi dulu lah kan . cuba la kawen terus lepas kawen ha memang kenal terus tak kira luar dalam :p pastu aku suka dengan dorang sebab tak rahsiakan hubungan tuh.tak macam sesetangah artis konon nak rahsia2 la sangat . dah bercinta dengan laki orang bini orang memang lah nak rahsiakan . hish hish .

walaopon aku sedih dengan berita ini tapi aku tetap mendoakan abang kakak aku nih bahagia sampai syurga. aku memula suka dekat zahiril nih sejak dia belakon cita KAMI kat 8tv tuh dengan cerita GHOST. memang pheww lah dah lah nsem kemain. kehkeh pastu lepas tuh kalao ada cerita dia belakon mesti aku tengok . dia suka jadi budak nerd macam cita ABAM tuh dia asyik kena buli jeh dengan cerita 6progresif comel jeh beliau. sekarang nih dia tengah hangat berlakon dalam cerita JUVANA TV3 yg diterbitkan khabir bhatia memang terbaikkk . okaylah sudah lah belog aku nih macam-macam ada . ni cerita gossip pulak ha . apa-apa pon semoga korang berdua berbahagia lah .

tahi lalat dia suweetttt kan kan =..=
p/a aku tengok filem senjakala pon sebab ada zahiril adzim dengan liyana jasmay .aku suka dorang since cerita KAmi tu lah . eh liyana jasmay nih suka sangat pakai legging tao . hurrrr babap montot kang.sebenarnya aku takde lah frust sangat saja nak buat drama mana nak tao dapat tawran belakon .hehex
aku suka baca belog zahiril . ayat dia memang puitis okay . best moh leh terjah belog beliau ada kat bloglist aku nun . p cari p .
sila gelak lepas baca.

Wednesday, April 27, 2011

AWAS ! KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DURIAN !

Bekas juara bina badan dan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Mohd. Noor, yang bermain pada posisi penjaga gol diserang sakit jantung. Bekas atlet berusia 57 tahun tersebut dilihat berpaut pada tiang gol gara-gara menahan kesakitan pada bahagian dada.
“Paling mengejutkan, ada pula pihak yang mendakwa serangan jantung ini akibat saya makan buah durian sewaktu menyertai aktiviti melawat sebuah ladang buah-buahan di Ipoh, Perak anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb). Sukar bagi saya untuk mengiyakan dakwaan itu kerana doktor pun tidak mengesahkannya. “Lagipun, pada hari itu saya hanya memakan empat ulas durian. Kemudian, disusuli pula meminum air kelapa dan menjamu selera dengan lauk-pauk yang lain,” tutur Malek dalam nada suara yang masih lemah.
Kisah makan durian sehingga menjejaskan faktor kesihatan terhadap masyarakat tempatan bukanlah perkara baru. Pada tahun lalu, media melaporkan akibat terlebih makan durian, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang mengalami kesesakan nafas sehingga mencemaskan para tetamu yang menghadiri jamuan Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing di bangunan Parlimen.



haa tu diaa baik hampa jaga-jaga bila nak mencekik durian memandangkan sekarang musim durian . harga yang dijual lagi murah dari durian tang tak bermusim . cuba tengok apa pakcik ni cakap .
“Pendapat peribadi saya, jika tidak mahu suhu badan terasa panas, janganlah makan durian umpama tiada esok bagi durian lagi,” saran peniaga durian, Mustafa Ali, 53, ketika ditemui di tapak bazar Taman Melawati, Kuala Lumpur. *terbaikk punya nasihat . ngehngeh 
yang ini pulak bila dokter bagi nasihat . takmo nakal-nakal ingat nasihat doktor jangan degil-degil okay :p
Menyentuh mengenai kepanasan badan gara-gara menikmati buah durian, pakar perubatan dan pernafasan Hospital Pantai Ampang, Dr. Zal Ab. Rahim memberitahu, buah durian mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Jadi apabila individu memakan durian dalam kuantiti yang banyak maka ia mengganggu sistem metabolisme gula di dalam badan. Kesan daripada peningkatan kadar metabolisme akan menghasilkan haba dalam badan.
“Bagi penghidap diabetes, jantung atau darah tinggi mereka perlu mengelakkan makanan yang manis, kandungan garam yang tinggi, berkolesterol dan berlemak. Durian antara buah yang mempunyai ciri-ciri itu. “Cara untuk mengurangkan suhu dalam badan adalah dengan minum banyak minum air kosong,” jelas Zal.
aku lepas makan durian selalu minum air dalam kulit durian tu balik . pastuh kena tonyoh sikit2 isi yang melekat kat durian tuh pastu baru minum . seluruh rakyat Malaysia mesti tao kan petua tuh . tapi kalao nak lagi masyukk apa kata telan je sekali ngan kulit-kulit durian tuh . aku agak lepas tuh mesti tak rasa panas-panas badan dah atau sesak nafas sebab time tu hang dah selamat dikebumikan  =.= 
Akhir sekali nak makan durian selonggok pon makanlah tapi jangan lupa minum air masak bebanyak .air cap badak ke air badak berendam ke air kaki tiga ke air ketum ke ikut suka lah . janji jangan sampai masuk hospital sebab durian sudehh . masuk hospital sebab tertelan biji durian takpe . ^^ okbai .  semoga hari ini lebih ceria dan diberkati Allah . Have a nice day peepss !


p/s aku paling suka makan gula gula durian dengan tempoyak . phewwwww syiokkk woo

sila gelak lepas baca.

Tuesday, April 26, 2011

MILKADEAL KRABI THAILAND: AWESOME AND THE CHEAPEST SCHOOL HOLIDAY PACKAGES

RM199 instead of RM399 for 3D 2N Krabi Free & Easy Package: Return airport transfers + 2 Nights Hotel Room + 3 Meals + 1/2 Day City Tour PER PERSON with Cuti Cuti Island, Dataran Mentari Sunway [50% OFF]

For the first day, after setting foot in Krabi around lunch time, while touring Krabi City you will be enjoying the spicy tantalizing tastes of Tom Yum Koong for lunch before checking out other main tourist spots like Tiger Cave Temple, Krabi Town, OTOP Centre, and the Open Air Aquarium.
The travel schedule is very flexible as on your second day, after a filling and wholesome breakfast, you will have the option of lazing around the sandy beaches and cooling waters, scour the city on your own or join the optional city tour. By the next day, you’ll be bidding Krabi farewell with fond memories and exotic souvenirs for friends and family.



TERMS AND CONDITION CAN CLICK HERE


you have 7 days only to grab the best and beautiful place to go
Hesitate not and grab this deal to ‘cuti-cuti’ at the Graveyard of Shells with Cuti-Cuti Island immediately!

WHOAAA AKU NAK P WEYHH !  cantik kot tempat tuh . tskk tskk bila lah boleh p dengan family nih .asyik sibuk dengan kerja jeh . huhu harap-harap nanti boleh lah melancong ke luar negara :p
eh eh maaf ini entry mata duitan . tapi tak la mata sangat hahahaha aku cuma nak share berita gembira nih. kalao lah dapat earning banyak mesti aku boleh belanja family aku nanti =.= 

sila gelak lepas baca.

Monday, April 25, 2011

DEBAT PERDANA UBM BERSAMA PENDEBAT TERULUNG | jangan nak kipas


Adakah sikap mengipas Blogger otai/lama dapat memberikan kelebihan kepada blogger lain?
Dan perlukah sikap ini ? Jom kita kupas pupas isu ini dan debatkan .


Assalamualaikum pembuka bicara. today i would like to share with you all about that issue above .
*stop memalukan diri dengan berbahasa americano lah una*
yang berbahagia tuan puan juri yang adil lagi saksama . berduduknya saya disini untuk membangkang sikap mengipas bloggers otai/lama . saya mula yang arif :p
seperti yang diketahui berjuta-juta bloggers telah memunculkan diri untuk memeriahkan lagi arena dunia blogging . kemunculan mereka bagai satu tsunami yang tiada kesudahan .mengundang pelbagai spesukulasi*jadah aku tak reti eja*  yang berbagai . makanya wujud blog sbgai satu laman sosial baru yang tak kurang hebat dengan laman social lain seperti facebook . maka termuncullah kononnay golongan otai dan golongan newbie. entah siapa yang memandai nak create newbie oldbie nih*okay setakat itu saja entry skema aku .*err boleh ke kalao nak debat tak pakai bahasa skema ? ala boleh lah boleh lah =.=

sejak aku mula berbelog 2009 dan tak aktif langsung sampai teraktif balik 2010 aku rasa sekarang dah macam sampah . sorry to say . memang apa yang aku rasa betol . dan maybe orang akan cakap aku terlebih emosi . hey cuba kao tengok sekeliling kao . cuba kao tengok dekat facebook mahupon dekat belog para si bloggers . cuba kao selidik betol ke tidak apa aku cakap . cuba hang tengok sikit belog yang kurang menonjol tapi punya entry yang bagus tapi disebabkan beliau tidak bercampur gaul dengan belog yang kononya otai sudehh , tengok je lah belog tuh tak berpenghuni. ada ke sesapa nak singgah mungkin hanys esetengah bogger yang tak kesah akan kefemesan akan singgah. kalao ada pon si gila followers akan tinggalkan kat pesanan , hai saya dah follow sila follow saya balik . okay memang lah follower tu perlu untuk menaikkan belog kita tapi jangan lah sampai jadi gila follower pulak . cermin dulu belog anda kalao nak followers banyak. 

macam aku, aku tao belog aku mana pernah layak orang nak datang meramaikan suasana sebab tuh aku tak suka nak buat ramah dengan orang . tapi bila aku dah suka belog dia aku suka cara beliau menulis entry aku tak penah segan2 nak datang balik usha entry beliau .okay dekat facebook aku nampak sangat bila dekat group2 blog lah selalunya. memang nampak sangat kalao bebudak otai la jugekk post mesti ada jeh yang tegur tak segan2, ada entry baru nak tag yang fofuler jeh tapi kalao budak otak-otak cam aku post, choiii turun kelaut dah post aku . bukan aku nak emo pasal nih tapi kadang2 nampak sangat adegan mengipas tuh . macam mana budak2 yang tak berapa nak otaii nih nak naik . asyik sebut pasal si otai jeh . kalao dalam entry kalao tak de nak masukkan nama-nama besar memang tak sah . apa salahnya kalao masukkan nama yang kecil-kecil nih . naikkan semangat diorang . kalao dorang ada salah silap tegor dengan cara berhemah jangan kao pikir kao dah otai nak melenting je macam lah time followers kao tak sampai 1k kao tak buat camtuh kan . oh kalao tak buat baguslah . clap untuk diri sendiri .

secara dasarnya memang aku tak berapa nak sokong mengipas nih . kenapa tak guna usaha sendiri nak naik ? kenapa perlu guna bakat orang lain ? tolonglah pandang ke hadapan . tak payah nak kipas kipas untuk naik. ye secara realitinya memang belog kao akan terkenal disebabkan si kena kipas tapi kao agak sampai bila nak bertapak dalam arena nih dengan bantuan orang lain ? aku tak penah kesah kalao orang tak datang usha belog aku sebab memang aku sedar tahap penulisan aku tak memuaskan . okay yang aku maksudkan si kipas nih adalah beliau asyik muncul di kalangan otai jeh . kalao si otai add kao kat facebook komen dalam entry kao hamboi siap buat entry penghargaan . cuba kalao aku follow koa . ada kao nak buat ke entry penghargaan macam tuh ? ada ke ? tak hado nyaaaa kan ! so apa motif buat entry penghargaan ? tak kan kao hargai orang2 otai saja ? yang kecik-kecik macam aku tak hargai pulak ? apa motiff ?

kesimpulannya kao nak kipas-kipas nih sebab apa ? sebab nanti hang berharap si otai dapat mempromosikan belog hang pastu dapat trafic percuma ? macam tuh ? mula-mula berblog pon dah salah niat ..so memang tak salah kalao nak menempek sebab nak cari pengalaman nak minta pendapat dekat orang lama.biasalah blogger lama mesti banyak penglaman sebab tuh kena menghargai apa dorang cakap .memang apa yang dorang cakap betul . contohlah aku bagi tengok Ben Ashaari (oh ramai lagi blogger otai yang aku respect bukan SEMUA aku tak suka *beliau aku rasa memang banyak bagi tips untuk new blogger dan macam2 kan .(INI BUKAN KIPAS INI CONTOH) tak kisah nak damping damping nih tapi cuba seimbang sikit .jangan sampai mata hang nampak otai je . yang tak otai yang ikan bilis nih kao buat donnoo jeh . pfftt sila betulkan niat anda semasa berblogging . kalao nak carik duit pon tak kesah suka hati korang lah kan bukan aku punya belog .sekian terima kasih.

maafkan saya kalao entry ini terlebih emosi . sebab memang aku gila emosi bila part macam nih . wakaka
wa emoo derr. emo weyh . phewww BIAR KOSONG KAWAN JANGAN KOSONG ENTRY. oh SORRY nampaknya ada orang masih tak paham apa aku nak sampaikan mungkin ayat aku masih terbelit-belit biasalah blogger tak ada pengalaman kan .cakap pon tak betul sorry la yer . tak sengaja la pulekk . =.=

sila gelak lepas baca.

CUTE LA AWAK NI~ *ENTRY BUAT SAHABAT TERSAYANG*

*panass panass baru balik test lesen . hurrr* 


Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop. Password : ****** ~~~~~~~~ Welcome.Cursor di arah ke YouCam. “nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!” Klik..klik..klik… Save in…’aku cute’ folder. Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect… “Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe” www.facebook.com email password aku_cute@yehaa.combact ****** upload photo create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~ location : - “da settle da upload..yes!”





Muhd Khairy likes your photo Boboy commented on your photo Haziq, haikal, mamat and 26 others friends commented on your photo. “Giler banyak..hehe baru je letak kot” Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy! Khairi : cun abis~ Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~ mamat : comelnyaaa awak macam nak gigit2 jeh Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun comel je… 
1 message received. Opening . .. ABDULLAH : “wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang dah lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak.

Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya dan lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat dan senang? K la..saya tahu awak tahu yang awak sendiri TAHU yang awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”
Elly  Logout 


di copy bulat-bulat dari facebook (tak tao sumber asli)
mari ke sesi mengutuk !!! oh yeahh . . sebelum tuh ada ke para bloggers yang buat macam tuh? kalao ada soryy terasa . hikhik bukan apa sharing is sexy . i sexy sebab tuh i share . maaf ya :p


aku memang suka tengok gambar-gambar awex zaman sekarang . sangat comel . lagi-lagi bila buat rambut panjang2 takpon rambuk pendek comel2 lah sangat kan . kalao aku tengok pon dah comel apatah lagi si abang-abang janggut misai. lagi bernafsu gamaknya . heh kadang2 jelez jugak bila menyaksikan kehebatan dan kecomelan para awexzz tersebut . sampaikan aku rasa nak terjun katil je sebab kenapa aku tak comel macam dorang . tak putih macam lisa tak ada mata besar macam heliza . tak ada jerawat macam tiz zaqyah and tak ada tubuh ramping macam maria ozawa . =.=




bila kat facebook macam-macam fesyen manusia ada .tak yah pegi jauh2 kawan-kawan terdekat dah boleh bagi contoh banyak yang dah berubah wajah . bukan dari cantik ke lebih cantik ataupon dari hodoh ke cantik tapi dari segi perangai . memandangkan ake bersekolah agama dari kecik makanya kawan-kawan aku semua ramai dari sekolah agama je lah . sama-sama belajar Iqra sama-sama belajar Aqidah Tauhid Sirrah . aku gembira bila ramai kawan-kawan aku yang dulu perangai nak macam astaghfirullah tapi sekarang dah Alhamdulilah .*tipu:contohnya macam aku* tapi tak kurang jugak yang memang terus bertukar arah . dari sama-sama belajar tentang aurat last-last terbukak jugak aurat yang dijaga tuh .


aku rasa bukan aku jeh yang ada pengalaman macam nih . bila dah menginjak dewasa nih , nafsu pon dah bertambah . konon rasa diri cantik bila berpakaian sexsi bila rambut yang dulu tertutup rapat bawah tudung labuh kini dibuka . mungkin sebab dulu rambut beliau ketak-ketak dan sekarang dah rebonding pakai jari pon boleh .dulu nya seluruh tubuh ditutup dengan rapi kini dibiarkan terdedah dengan memakai seluar pendek dan bulu-bulu kaki dicukur untuk mengelakkan si lelaki pingsan bila melihat bulu yang berjuntaian .aku tak marah dekat yang tak pakai tudung tuh  tapi yang pakai tudung time skolah agama, bila dah besaq p bukak . kena culture shock ke hapa . baik kena elektrik shock lagi best .


bila aku menegur selamber je dia cakap .aku saja nak try tak pakai tudung pakai seluar pendek buat muka2 sexsi nih ha. ala dalam rumah je pon .WATDEEEEESPAGETII ! aku pon tak pakai tudung dalam rumah ngek .memang lah dalam rumak makcik oiiii ! tapi yang kao tayang kat dalam fesbuk tu apehal ! mentang-mentang kat fesbuk pon ada tulis HOME habeh kao ingat tu dah jadi rumah kao la eh ? kata belajar tinggi2 tapi yang tu pon tak dapat nak beza macam mana .


aku paling rasa macam nak baling dengan harmer cangkul tukul besi harmer lagi je kat bebudak yang takde otak cakap macam tuh . dah pakai tudung tu pakai la eloq2 tak kira lah dalam fesbuk ke hapa . tak kan tak boleh pikir kat fesbuk tuh ramai jugak laki yang nampak rambut ketak2 ko tuh .sejibik lah perangai macam cerita kat atas tuh . aku bukan nak mengutuk memaki tapi nak mengingatkan janganlah kawan-kawan yang lain buat macam tuh. alahai dulu bukan main alim lagi dekar sekolah . jahat-jahat nakal aku aku boleh lagi beza dalam rumah dengan dalam HOME FACEBOOK tuh . alahaii aku lagi RESPECT dengan orang yang tak pakai tudung tapi dia boleh beza home kat rumah kao ngan home kat facebook*tapi lagi cantik pakai tudung kan sayang ? bukak untuk suami lagi romantik ye dak^^ . okay dah aku tak tao kenapa aku teremo macam nih . macam dah lari tajuk pon ada . hurr 


akhir kata tak yah la nak jadi perempuan murahan sampai macam tuh sekali .nak tayang pon pada-pada lah jangan sampai si lelaki naih shahwat kerana kao . tak payah kot sampai gambar time tido ke time bangun tido pon kao nak angkut semua letak dalam facebook . ingat facebook selamat ke ? silap-silap ada org cari rumah hang pastu dia kidnap pastu dia bawak p thailand ke p indon ke jadi gro . mao ?
AKU PON BUKANLAH SEMPURNA . TAK LAYAK NAK BAGI NASIHAT cuma nak mengingat satu sama lain sahaja .


nak cantik boleh tapi berwaspadalah dan jagalah aurat (: tak selamat gila lah kalao korang nak letak semua gambar korang kat facebook . lagi pula kesiankan lah kat para lelaki yang asyik dapat dosa je bila terpandang gambar cantik 'kita' tuh ^^  bukan depa ja dapat kita lagi berganda2 dapat dosa tuh . heheh SAYANG SEMUA WANITA DIDUNIA :)
maaf kalao terasa aku hanya insan yang hina :p CUTE NYA AWAK PAKAI TUDUNG :)


 
sila gelak lepas baca.

Saturday, April 23, 2011

DUNIA GAJET CANON | HOBI MEMBURU GAJET | PAMERAN CANON

PENERAJU teknologi pengimejan digital, Canon Marketing Malaysia (Canon) semakin giat melebar pengaruhnya di negara ini dengan kemunculan gajet terkini yang lebih bergaya terutama kepada golongan muda.Kini, fenomena menggalas beg hitam dengan kamera tergantung di leher bukan sekadar alat perakam foto semata-mata bahkan, ia seperti fesyen terbaru golongan muda walau ke mana sahaja mereka pergi.Tidak hairanlah di laman sosial terkemuka dunia Facebook sekalipun Canon berjaya mengumpul hampir 150,000 peminat setakat ini dan menjadikan ia satu platform interaktif untuk peminat mendapatkan maklumat terkini.Sepanjang tahun lepas sahaja, produk terbaik seperti kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) masih menjadi pilihan berikutan peningkatan pasaran yang meluas sehingga 60 hingga 70 peratus.Tambah Wesley, antara gajet yang menjadi perhatian ramai adalah sistem perakam video 3D yang menggunakan dua perakam video profesional untuk menghasilkan imej 3D yang dilihat secara langsung melalui kaca mata khas pada paparan televisyen.


aku rasa nak noda noda jeh beliau nih .hurrr
selanjutnya DI SINI . memang dah trend terampau dah menda alah nih . p mana2 jeh mesti nampak . mesti nak sangkut beg besar tuh kat bahu . mesti nak snap2 tanpa tujuan  mesti nak *okay dah jelez senanya*
okay tujuan aku ciplak berita nih dekat kosmo adalah sebab musabab yang semestinya anda dan megi sudah tahu . aku terlampau jelez dan terasa mahu menonggeng secara pukal sebab masih belum mampu ada masa nak membeli sebijik DSLR nih . dan memandangkan aku seorang yang malas nak kerja cari duit poket doremon lebih . ahh memang lah boleh ayah aku nak bagi tapi beliau memang tak mao bagi sebab beliau kata ni semua trend anak muda . jangan nak ikut sangat lah kan .tak dak arah nak beli  pastu tangkap gambar2 yang boleh bawak dosa *aku tipu jeh mana ada ayah aku cakap camtuh , sja nak sejukkan hati*. eh tapi dosa kan kalao tangkap gambar orang yang tak tutup aurat . *(rasa macam pernah baca hari tuh kat mana eh ) grr grr memang nampaknya aku kena berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan ini . yeahh  =.=
bukan boleh percaya sangat dengan azam aku . mana penah tercapai dek akalmu tapak sulaiman .hurr eh sekarang asal banyak barang baik . hee dengan ipad lah iphone lah . epal lah . haish haish .

nak dapat kan inchik LOMO pon belum dapat2 kan lagi . haishh


p/s dan aku harap aku dapat suami yang ada DSLR . haxhax demand kau nyah . macam dia nak kat hang .eh eh baru aku perasan kenapa ramai sangat cakap pasal kawen kawen nih . aku kadang-kadang gila meroyan bila cakap pasal kawen nih . sebab sedih tak de orang nak ngorat buat jadi calon isteri . T___T 
eh takpe tak dapat yang dunia dapat yang akhirat pon lagi okayyy . tak payah nak cari sangat yang berstyle semua tuh bukan selama-lamanya pon kat dunia nih . *insap insap* dah okay bai .



bosan di kala hari minggu . moh kita terjah sini TIPS ANAK PAK USOP    
atau pon mari lah kenal dengan  si gadis yang cantek lagi hot dari lisa surihani nih  KLIK SINI .*tipu je kang reramai saman aku plak sebab muka disaster aku . haxhax

sila gelak lepas baca.

Friday, April 22, 2011

SEKADAR RENUNGAN PETANG JUMAAT *wajib tengok*

google
puihh ingat cun sangat lah kan . tinggi macam alien . 
satu lagi gambar best 
hakcipta missmorbids
hamek dah macam predators kot . heheh

sekian renung-renungkan dan bertaubatlah terus . tak yah plak amalkan sanggul nih . hurrr =.=

nak sangat pakai sanggul ? boleh je . macam gambar bawah nih . comel hape pakai sanggul kat depan . kan .

tak dak kena mengena dengan gambar .hanya gurauan semata2

sekian itu sahaja untuk hari jumaat yang indah ini .
*padahal malas nak update entry . heheh and hehey buat kali 892364520 kali nya aku tukar-tukar belog gila nih . header kalao tak seminggu sekali mmg tak sah . hurr . siap ada doodle lagi . hamek free kat cik bulat . hoho
sila gelak lepas baca.

Wednesday, April 20, 2011

WAHAI MANUSIA PALING CANTIK DAN KACHAK TOLONG LAH AKU INSAN YANG LEMAH INI =.=

bermula 18 april 2011 sehingga 30 april,peserta dikehendaki promote blog masing2,ajak kawan2,sedare mare,datang mengundi blog korang di blog wootwoot ini..


tak kan lah korang nak vote belog yang dah cantik kot . kesian penat dorang buat template pastu nanti dapat template yang lain kena tukar :p belog dorang dah cantik gila dengan template yang superb .tak payah menang pon tak peh ,heheh belog aku je yang macam rumah tak siap nih .mesti korang tak sanggup nak tengok belog aku nih so belog aku tak cantik dan perlukan template yang sesuai .tak dpt duit pon takpe asal dapat template FREE . waaa nak menang nak menang ! jgn lah undi sebab belog aku cantik tapi vote lah sebab blog aku tak cantik nak bagi cantik . sobs sobss .pelizzz T_______T *merayu*
tolong tolong lah insan yang lemah ini wahai manusia .
kelak akan ku ingat jasa korang wahai manusia baik hati .


kasihani diri ku insan yang tak tahu buat template cantik-cantik =.=
kalao hadow duit macam si naz ungu tu boleh lah main tempah2 dekat alief.com tapi malangnya aku hanya insan tak beruWANG nak tempah template kat orang.huuuu sementara itu marilah kita beramah mesra dengan woot woot ini . sila like fanpage beliau . SAY WOOT WOOT 

TOLONG YEAHHHHH UNDI AKU 0.0
NO 19 OKAY INGAT NO 19 TAUUU :p 


okaylah tak kesah pon tak nak undi . mentang2 belog aku tak cantik sbb tak cantik la aku nak bagi cantik dgn template bukannya nak duit pon nak templte je . waaaa . tsskkk =.=

sila gelak lepas baca.

Tuesday, April 19, 2011

TANDA-TANDA HAMPA KENA KELENTONG *kena tipu*



ucapan selamat tengah hari ini ditujukan buat semua warganegara malaysia mahupon warganegara marikh yang tak jemu-jemu usha belog cap sardin nih . terima kasih T_T
sebenarnya aku tengah panass nih . panas yang tak perlukan ekon mahupon kipas . cuma aku panas sebab kena klepet dengan mak aku .ini terjadi bila beliau kata nak bagi aku henset mahai tapi bila aku tanya balik beliau kata tak penah2 beliau kata camtuh. aku tanya incik ayah lagi lah beliau tak tao . selepas habis aku buat sesi meroyan baru aku sedar rupanya ini hanya mimpi semata-mata . pakiuuu nya . baru nak melaram .

so hari ini topik perbincangan kita pasal si mangsa yakni si kena kelentong nih . jadi moh le kita tengok tanda-tanda mahupon simptom bila korang kena klepet dengan si bangang yang berani nak klepet tuh .

situasi pertama :
semalam kawan hampa dah janji nak bayaq hutang kan ? bukannya hutang 50sen sebab tak cukup duit nak bayaq nasi tapi hutang beratus mahupon beribu . tapi alih-alih beliau kata besok dan besok dan besok lagi sebab duit tak de dah bagi mak kat kampung. padahal macam kita tak nampak beliau pakai nset iphone baru wlaopon cap cina tapi baru jugak siap sama dengan awex lagi . jadah nya.hurr jadi apa korang rasa ?

situasi kedua :
bukan main hebatt lagi kawan hampa suh tunggu beliau dekat tempat biasa siap bagi warning suh tepati janji datang pukul 8 . tapi tunggu punya tunggu bulu hidung pon tak nampak apatah lagi bulu roma . call sekali berbunyi call 3 kali teruss off . esoknya beliau kata sory gua ada hal . kucing gua meroyan kat rumah . rasa macam nak makan cupcakes sedap pon hadoww . eh agak-agak apa korang rasa ?

situasi ketiga :
bila kita buat assigment pastu kita punya dah siap dan due date esok mula lah membe2 haprak tanya . dah siap assigment ke belom pastu konon-konon kita nak bangga riak takabbur la kata kita dah siap last-last beliau sesuka hati je kata nak tengok jawapan kita macam mana . konon nak check tapi kejadahnya bila jawapan dia sama sebijik dengan jawapan kita . agak2 apa yang korang nak rasa ?

situasi keempat :
yang nih semua orang penah kena bila dapat mesej dan kadang2 siap call lagi cakap kata kita menang hadiah bertuah lah wang tunai lah . tapi tak kan nak bagi duit saja dop . mesti suruh beli barang kat tempat dorang, suruh masuk ahli yang yuran kena bayar setiap bulan, tak dan nak dapat duit dah kopak duit haku . hurr

situasi kelima :
bila dah keja dah ada anak bini mesti lah duit yang kita cari kan . asyik tanya pasal bonus hujung tahun tak pon bonus raya kat bos . bos asyik cakap kompeni tak untung banyak . padahal baru jeh tadi nampak beliau dengan kereta baru benz beliau . hurr tak guna punya bos . apa korang rasa ?

situasi keenam :
bila pakwe korang cakap dia kena pegi outstation selama seminggu . tapi bila pikir punya pikir pakwe korang tuh student je lagi tak pon keja despatch je pon . boleh pulak nya nak outstation bagai . hebat hebat .kalao setakat kapel tak kesah lah kan  boleh cari lain . tapi kalao dah kawin beranak pinak siap nak out station dekat perlis ke thailand ke . apa lagi dah boleh kot saman jeh suami tuh . heheh

situasi ketujuh : (banyak betul situasi)
membe ataopon ex pakwe hampa tetiba contact setelah bertahun-tahun tak nampak batang hidung . sembang punya sembang tetiba dia tanya nak join tak dia punya skim cepat kaya hapa jadah . tak pon beliau tetiba promot barang jamu atau barang baik kat korang . rupanya beliau yang tak tahu harga diri tuh contact sebab nak suruh promot barang jualan saja . ada rasa macam nak makan kek coklat selama setahun tak ?

semua situasi di atas aku tak penah la kena semua cuma ada 2 3 situasi jeh . memandangkan aku takdak idea nak tulis entry best maka entry kelentong pon jadilah . harap-harap ada lah orang sudi baca =.=

p/s masih dalam mood sedih sebab takdak orang pon vote aku kat sini . sobs sobs bila tengok followers macam ramai tapi macam tak aktif . padahal tak penah pon suruh u follow i follow . tsskk *okay dah nak butthurt tak pepasal plak hari nih . dah bye .


sila gelak lepas baca.

Monday, April 18, 2011

Anda Migrain ? Cara ubatinya .

Pandangan anda mula jadi kabur dan berpinar-pinar ?
dan selepas itu sakit kepala yang teramat dasyat menyerang kepala anda .
kepala berdenyut-denyut dan merebak ke bahagian hidung dan mata .
tekak rasa loya nak muntah dan kaki  tangan menjadi sejuk ?

ha penah kena x ? penah x ?  aku penah .sobs sobs .
bukan saja pernah malah dalam seminggu tu x sekali mao 2x aku kena penyakit nih . kesian kan aku .bila dah kena penyakit nih . Apa kerja pon x boleh buat .So tido je lah yang aku boleh buat .huhu nak tao sakit apa ? siapa dapat jawab aku bagi kasih sayang .errr
*macam la kat tajok tu aku x tulis .hee pastu asyik nak bagi kasih sayang je kan*
tadi aku selak selak lah majalah Solusi . pernah dengar tak ?
selak punya selak terbaca lah pasal migrain nih . aku punya migrain ni memang dah keturunan .blah mak aku kot .

untuk mengurangkan rasa sakit migrain ni ,pesakit
biasanya ambil ubat tahan sakit dan selalunya panadol (paracetamol) menjadi pilihan.
selain itu NSAID (non sterodial anti inflammatoty) seperti
aspirin, indometacin,naproxen dan lain2 yang boleh amik kat doktor mngikut sukatan.
Namun ubat-ubat ni akan tinggalkan kesan sampingan bila kita amik terlalu banyak.
contoh macam pesakit yang migrain dia dah terok sampai makan ubat
tahan sakit pon x de kesan .dia ambik suntikan voltaren .Then lepas tu dia mula sakit gastrik yang teruk .bahaya kan ? Ubat hospital jika diamalkan memang akan ada kesan sampingan .
Jadi akan ada alternatif lain .Kan semua penyakit ada ubat kecuali mati.

so sini adalah cara nak elakkan migrain :
-hindar dari makanan thyramine spt keju
-makanan yang ada MSG
-minuman yang mengandungi kafein yang berlebihan
-stress dan tekanan
-menundakan makan dan membiarkan perut kosong untuk tempoh lama.

Perubatan Secara Nabawi
-BERBEKAM boleh merawat migrain dan sakit kepala .berbekam ini
memang terdapat dalam sunnah Nabi . Ayah ngan Ibu aku memang
boleh buat tapi aku je yang x mao sebab takut .heheh 
-Relaks dan berdian diri :maksud disini tidor je lah .heheh
-Mengikat kepala -ada dalam hadis Nabi.

ok peeps ini saja yang aku nak kongsikan .
semua ini ditulis dengan tangan aku sendiri tapi merujuk kepada penulisan
Dr Farhan Hadi kat majalah solusi tadi .
terima kasih ^^


sila gelak lepas baca.

Friday, April 15, 2011

DEPA NAK TAMPAQ PUNGGUNG PEREMPUAN LEGGING AKU PLAK NAK TAMPAQ PEREMPUAN PAKAI JEAN KETAT (skinny)*lawan tokeyy*

ASSALAMUALAIKUM PEEPSSS . hari ni aku gembira sebab tak payah masak untuk lunch sebab ayah aku nak makan kat luaq :p ok dah tu jeh intro .sebab masih panjang lagi entry ini :DD

"Apa yang sangat memalukan kita ialah golongan Wanita Islam ini menganggap TUDUNG adalah FESYEN bukannya perintah Allah.. Maka, dengan sesuka hati, mereka menggabungkan TUDUNG dan pakaian yang HARAM kerana mahu kelihatan anggun, cantik, seksi dan bergaya.. Seriously IR tak sokong pekaian shawl sekarang ni.. Kebanyakkannya menampakkan dada.." *pheww aku pkai labuh sikit kot ^^*
selanjutanya di IZAMIR 

selepas aku membaca dan mengkaji entry-entry dari sedara izamir dan entry copypaste sedara naz suratan entry naz yg lain dalam (UPON IPIN SERIES TUH ).dan juga entry para bloggers yang sangat sayang pada wanita sebab share dan buat entry pasal legging nih .tabik lah  :p

ada rasa stim ke tengok legging comel comel nih ? ouch~~

Firman Allah dalam Surah Al-Jaatsiyah [45] : 18
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui."

ohh lelaki kachak sgt ke pakai skinny mahupon legging? 
memang mual lah kan tengok manusia aneh pakai legging yang konon comel . aku tak nak cakap pasal legging sebab dah ramai yang ulas pasal nih . tapi kalao pakai JEANSS ke Skinny setann keh   kan ada pulak orang nak kisahkan ? ada ke ? aku rasa sama je kot legging dengan jeans ketat nih . cuma jeans nih dia jenis berbulu sikit =.= kalau legging memang fit macam sarung nangka tuh kan . so aku rasa sama jeh jean ketat dengan legging nih . kalao korang boleh berkempen pasal isu legging why not kempen sekali pasal JEAN KETAT2 nih . sebab yang ketat-ketat itu kan haram sebab menampakkan tubuh badan *insaf aku*


memang lah duit tuh duit hampa . boleh beli skinny cantik2 comel2 malah seksiss giteww .sesiapa tertengok pasti rasa nak rogol . jadi jangan salahkan ibu mengandung kalao ada mata-mata memandang anda dengan perasaan berahi . memang lah rasa heaven bila ada mamat-mamat jalanan dok fewwitt fewwiit hampa .dok usha-usha sambil ngorat ngarot ohh terasa diri cun ye dak . pastu mula lah cakap apa pandang-pandang tao lah aku comel *padahal muka hanya Allah saja yang tahu :p 

sekarang nih kalao keluar je pergi mana-mana tak sah kalao tak nampak orang pakai ketat-ketat nih . dah jadi fesyen trend bagai . mana taknya dah dalam majalah , media semua tunjuk orang pakai fesyen yang macam tu  mesti lah ada ikutan .kalao dalam drama dan filem tu lagi lah mual kalao tengok gelagat artis yang aku tak tao lah artis malaysia ke artis barat sebab dah pakaian tuh macam nak sama je dengan jeniper lopeh atau angelinot jolie. dah semua pakai nak ketat je . dengan rambut berkaler-kaler . tu tak kira dengan makcek makcek tua yang masih rasa diri beliau tu howtt lagi . bergetah la konon lepas cucuk botoxx . 

kadang-kadang rasa macam nak emo jeh bila tengok tb rancangan yang kononnya untuk muslimah tapi bila tang pakaian sama je dengan yang tak er nak berapa muslimah . cuma pakai tudung je kot yang dia kata muslimah tuh ha . boleh plak cakap bila segmen fesyen yang sesuai di gayakan untuk muslimah bertudung siap pakai legging dengan jeans ketat nampak bontot lagi . apa ke he nyaaa ? pening lah kalao tetiba orang non muslim tengok dia kata eh macam sama je dengan pakaian aku . hurrrr dah elok-elok pakai tudung, cuba tutup dada sikit , pakai longgar2 sikit . biarlah orang kata kita tak pandai bergaya tak pandai berfesyen tapi dekat akhirat kita jugak yang bahagia . ingatlah dunia hanyalah sementara


so aku pon google apa keburukannya .jom kita lihat apa keburukan pakai seluar ketat-ketat nih :


  1. Orang yang memakai jeans terlalu ketat akan mengalami masalah pada saraf-sarafnya yang disebut maralgia paresthetica. berlaku pada masalah medis seperti, tiba-tiba tanpa sebab merasa gatal di bahagian paha.
  2. Jika daerah sensitif wanita tertutup terlalu rapat dan akan menjadi terasa hangat dan juga lembab, maka hal ini akan menyebabkan tumbuhnya bakteria dan mengakibatkan infeksi. Biasanya, daerah sekitar vagina akan terasa gatal, terkena iritasi, dan sakit. Untuk menghindari hal tersebut, hindarilah memakai seluar ketat, terutama di musim panas dan pakailah pakaian longgar.
  3. Memakai seluar yang terlalu ketat ternyata juga dapat menyebabkan pingsan, mungkin terdengar ekstrim tapi hal ini sering dialami oleh beberapa wanita. Meski korset(bekung) sudah tidak popular lagi, pakaian sejenis itu dapat mengurangi pemakainya mengembangkan paru-parunya dan hal ini akan mengakibatkan nafas terasa berat. Selain itu, akan memperkecil oksigen yang masuk ke dalam tubuh. Kategori pakaian seperti ini termasuk pakaian dalam pernikahan, bustier, dan spandek. Jika anda menikah, pastikan gaun yang anda pakai, diukur secara proposional dengan tubuh anda oleh profesional dan pilihlah bahan pakaian dalamnya yang tidak terlalu ketat.
  4. Akibat memakai seluar yang terlalu ketat juga akan menyebabkan naiknya cairan asam lambung kerana tekanan yang terlalu besar pada perut. Hal ini dapat meningkatkan tekanan di daerah abdominal yang akan menyebabkan asam lambung naik ke kerongkongan anda. Jika anda merasakan panas di bahagian perut, dada, dan tenggorokan, lalu ketika makan atau minum terasa pahit atau asam di mulut, baik longgarkan seluar dan potonglah makanan anda kecil-kecil agar mudah dicerna. (aku google cairan asam lambung tu maknanya cecair asid perut)
  5. Konstipasi seluar terlalu ketat dapat mengakibatkan masalah pada proses pencernaan. Daerah abdomen akan terasa sakit selama 2 sampai 3 jam setelah makan.
  6. Bila anda mengenakan baju dan ikatan dasi yang terlalu ketat dapat menyebabkan sakit kepala, pandangan menjadi kabur dan rasa gatal di daerah kepala, serta dapat menurunkan sirkulasi darah ke kepala dan otak.
pemakaian jean ketat juga boleh mengakibatkan kemandulan . tak kira lelaki ataupon perempuan namun masih belom ada yang betulkan nya sebab semua kajian berbeza-beza .so tak tao betul ke tidak. 

Menurut dr. Ryan Thamrin, penggunaan seluar jeans ketat pada wanita kerap menimbulkan masalah, antara lain timbulnya jamur(fungus kot), keputihan, ataupun gatal-gatal yang sangat mengganggu. Hal ini disebabkan peluh keringat yang ada didaerah itu tidak boleh keluar dengan baik dan terkumpul.
sumber : http://padangilahi.student.umm.ac.id/2010/08/12/perbuatan-baik-tidak-pernah-sia-sia/
jadi bukan kah Allah itu maha mengetahui apa yang buruk dan baiknya insan ? semua yang Allah larang pasti ada sebab nya kan ye dak .


Firman Allah :

Dan tidaklah patut bagi laki-laki mahupun perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh, dia telah nyata-nyata sesat.” (Q.S. Al Ahzab: 36)


aku pon bukanlah baik sangat . kengkadang pakai jugak ketat-ketat walaopon mak bapak piat telinga sebab pakai ketat . nak jugak aku pakai tak serik2. dasar manusia lagi dilarang lagi nak buat . heheh
peringatan ini bukanlah untuk semua saja tapi untuk diri sendiri jugak yang banyak lakukan kesalahan.


sekian terima kasih maaf jika ada yang terasa, sharing is caring :D

sila gelak lepas baca.

Wednesday, April 13, 2011

SEGMEN DIY ! *do it yourself ke ?

nampaknya aku masih sempat grr grrr tarikh tutup dilanjutkan . homegodd
nak join ? takyah la dah lambat . nanti aku tak menag plak . hikhik
okay okay jom lah join . bersaing secara sihat KLIK SINI .

moh lerr kita cekedout soalan-soalan segmen beliau nih . jawab awok jawab .

10 fakta tentang diri saya.
-PEMALAS (mmg sja nak capslock) dan suka TIDOR
-suka masak tapi PEMALAS =.=
-suka makan tapi PENGURUS (kurus maknanya)
- tak ada banyak kawan baik =.= sebab aku suka ALONE 
-tak suka mandi (jgn nak baca sgt lah)
-PEMALU dengan orang yang tak kenal dan org yang kenal =.=
-CEPAT EMO CEPAT TACING =.=
-boleh habiskan masa depan laptop tanpa henti 
-yang ni semua dah tahu . suka kentut perkara biasa . 
-suka simpan coklat dan gula2 yang mint dalam beg. dan BENCI bila membe2 suka ngayat nak meminta coklat haku ! 
*tak boleh ke sampai 20 ? huhu




10 perkara/perkataan yang selalu saya sebut.
-talk to my hand 
-heheh heh heee~
-hehex hohox (OKAY MELAMPAO ASAL SEMUA YANG GELAK2 JEH !)
-ADA AKU KESAH ?
-err~ erk~ grrr~
-ntah hapa-hapa
-sengal lah weyh 
-bodoh bangang
-pehal kao ?
-sobs sobs
(asal semua yang kuang hajoww punya ayat je nih ?) 


10 perkara “pertama kali” dilakukan dalam hidup saya
-pertama kali lahir time 23 0ctober 1990
-pertama kali sekolah time umur 6 tahun 
-pertama kali tgk mak aku masak laksa minggu lepas dan aku tak sempat nak rasa T__T
-pertama kali jatuh chenta dengan orang yang fakupp giloshh .
-pertama kali naik kereta avanza pusing bendang(sawah) tahun nih =.=
-pertama kali jadi perempuan sejati masa umur 19 sekarang dah 21 =.=
-pertama kali pegang duit banyak2 masa dpt PTPTN . 
-pertama kali crushing tapi malu nak cakap . huhu
-pertama kali beli nset tanpa guna duit ayah *lagi 3 tahun* . kehkeh
-pertama kali makan pekasam terus nak makan lagi =.=


pertama kali pakai higheels tu pon wedges sbb takot tergeliat. heee
woahhh banyak lagi nak tulih . oh terima kasih dato siti kerna memberi idea dan peluang aku menulis entry pada hari yg blurr ini . ok jom memasak . papai .
sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com