Friday, August 31, 2012

Mencintai Dalam Diam . Peritkah ?

Ya Allah ...,
Atas kehendak rasa
Aku mencintainya dlm diam
Jika diamku membawa sebuah isyarat
Jagalah pandangan dan hatiku dari segelintir nafsu...
Yang membutakan mata

Ya Allah.....,

Jika yg kurindu dlm diamku akhirnya bkn untukku
Leburkanlah rasa ini
Bersama waktu mengalun pergi
Kikiskanlah rasa ini
Yang sangat tak bertepi 

pernah dengar ayat ini ? Jika belum siap, cintailah ia dalam diam . belum siap di sini maksudnya begini, aku masih belajar, ilmu agama masih kurang, bilik sendiri pula ikut mood kapan mau kemasnya. tidurnya lebih dari biasa biasa. see , bagi aku ini memang belum siap mahu bercinta yang kearah perkahwinan. siapa bilang dong aku tak mau bercinta. ya masa sih, nggak mahu punya suami soleh, anak comel. mestinya mahu mahu mahu. tapi ya ni apesal aku cakap bahasa indonesia ni. jangan petanda nak dapat orang seberang laut ini sudah . gaspp~




oh ya sebelum sebelum ini sebelum jaman jahiliah kekanak dulu, silent love ni selalu di salah ertikan. contoh macam mencintai dalam diam abam rosyam noor abam yusof haslam, abam arong ajis, abam najib razak ke . itu bagi aku bukan silent love, tapi silent killer ye adik-adik. jadi apa yang menyebabkan kau kata kau suka diam-diam ? sebab dia hemsem? wangi ? atau kaya? bagi yang berusia 16tahun kebawah yang kala ini spender pon mak beli, buat masa sekarang apa kata korang bercinta je dengan buku buku tu semua. jadi la macam kakak ni sikit, orang ajak bercinta pon akak tolak dulu. akak dulu pesen memalu tau dik. ok ok seterusnya sekarang ni kita buat contoh, kita suka seseorang ni, tapi kita tahu kita tak layak untuk dia. tak layak di sini maybe kita rasa kita tak cukup solehah, tak cukup ilmu untuk dampingi dia. dah tu pulak rupa kita ni biasa2 je, tak pandai pulak tu ! pastu pastu pemalas pulak tu. nak mandi pon malas :(

iya dah dinamakan cinta dalam diam keberangkalian si dia nak  tahu awak suka dia tu sangatlah tipis. jadi segala perasaan kecewa, marah tetiba sedih tu kau akan rasa jugak. ye la tak ke rasa nak terjun kerusi bila dia rapat dan acting nice dengan someone else. lagi rasa nak terjun secara sopan adalah bila dia hulur kad walimah dia. hah kan putih gigi. well itu memang hak dia untuk memilih yang terbaik untk dia *wlaupon dah rasa kita yg terbaik. tapi yang lagi sakit perit tu bila dia seolah-olah bagi hint sikit-sikit*ini bab terperasan lebih* yang dia jugak mcm suka kat kita tapi at the same time macam tak ada perkembangan. tergantung dan masing masing bisu teruskan kehidupan sampailah masing2 dah ada cucu cicit. pastu mulalah cerita dekat cucu pasal peslev korang kan.

ok senang cerita, nak sedapkan hati kita cakap gini, maybe dia pon macam kita. tengah siapkan diri nak memimpin kita ke syurga. lagi lagi lelaki, tanggungjawab dia lagi besar, walaopon kita rasa kita punya tugas lagi besar dengan nak jaga anak, nak masak, nak kemas rumah. amboi. masing-masing ada tugas besar la dik non. ada orang tanya bila dah siap sedia kenapa tak luahkan ? nah apa kau ingat luah luah ni cerita mael lambung ke? boleh main lambung2 gitu je kalau kena reject. luah cinta disini sama lah maksudnya macam kita melamar bunga dan kumbang untuk dijadikan penyeri taman taman syurga kita *aiwahh* 
Untuk nak lagi drama, jujurnya memang aku tak kuat langsung nak luah perasaan kat memana lelaki. sebab dalam otak aku ni berpusing pusing ayat -yaAllah budak ni annoying sangat. tak perasan diri tak solehah tak lemah lembut, tak berapa pandai tak itu ini bla bla bla ada hati nak ngorat aku.puihh~ok tak de lah lelaki tu nak kutuk kita mcm tu, tapi sumpah la malu gila la. dah la pesen pemalu. amboi.

sebab musabab kita terpaksa mencintai dalam diam ni adalah sebab satunya ketahuilah di jaman serba kurap ini, pemilihan jodoh ini kadangkala masih di takuk lama. bila pasangan kita tak kisah siapa kita tapi yang disekelilingnya pula yang melebih-lebih. so gimana sih? bila keluarga dia sudah ada terbaik untuk dia, nak lagi power yang lagi soleh/solehah dari kita. bila dia punya kumpulan, dan ahli gerakan dia asyik kenenkan dia dengan ikhwah/akhawat lain, so di mana kita ?  atau ketika itu masing-masing punya seribu tanggungjawab jadi masing-masing perlukan masa untuk berfikir, perlukan masa untuk bersiap sedia. perlu diingatkan perkahwinan itu bukanlah sebuah padang permainan dunia namun sebuah kebun yang bila dijaga di rapi dibaja dengan iman dan takwa maka syurga lah tempatnya kelak. Persoalannya disini, untuk siapa cinta itu hadir dengan tiba-tiba? apakah dengan redhaNya atau cinta yang sia-sia yang mengundang murkaNya ? Apakah cinta ini benar-benar boleh mendekatkan kita dengan maha Pencipta? Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya jika Allah berkehendak akan sesuatu maka terjadilah ia. 

konklusinya, aku percaya yang cinta akan datang bila tiba masanya. Cinta jugak akan datang bila dijemput sebenarnya. Bila dalam diri, kau niatkan untuk mencari cinta sejati cinta yang membawa cinta Illahi. Maka insyaAllah yang datang adalah cinta sejati bersama pakej cinta membawa ke syurga. Begitu jugak sebaliknya. maka carilah cinta yang diredhai-Nya. jadi pertama-tamanya mestilah bersiap sedia, cari cinta Illahi, cinta Allah, berbuat bakti kepada ibubapa,cedok ilmu sebanyak mungkin agar boleh dipraktikkan atau setidak-tidaknya punya ilmu agar boleh sama membimbing. jangan sampai kita mahu yang solehah/soleh tapi kita ini gayanya seperti u know what i mean ;) menjadi yang terbaik supaya kita juga akan diberi yang terbaik. Moga Allah memberi peneman hidup terbaik buat kita semua :') 

dapatkan di SINI LANGIT ILLAHI STORE.


Bahagia, biar sampai syurga.
Laluilah kehidupan dengan bijak, bukan hanya pandai skor kertas periksa sahaja.
Pandulah cinta dengan keimanan, bukan hanya sibuk berasmara semata.
Pandanglah hingga ke pengakhiran rumah tangga,
destinasi selepas mati,
bukan sekadar suka-suka nak berkahwin sahaja.


Kita kahwin dalam keadaan tidak memperkuatkan diri,
dan kemudian membina keluarga yang lemah,
keluarga-keluarga yang lemah kemudian membina masyarakat,
menjadi masyarakat yang lemah.


Ceritakan kepada mereka,
akan kisah cinta yang agung,
bukan dibalut istikharah kosong,
tetapi disertai istisyarah ulung,
perjalanan panjang dan kembara,
ilmu dan pengalaman berpadu tenaga,
spiritual dan material bergabung jasa,
keluar dari celahan semua itu satu makhluk bernama bahagia.

Sukar?
Ya sukar.
Tetapi kata mahu menembus syurga.
Tidaklah ia dibentangi permaidani merah,
melainkan duri-duri nan terpacak.

Maka jika benar cinta,
maka mestilah hendak membawa ke syurgaNya,
sesiapa yang membawa ke neraka,
mustahil layak menyebutkan cinta yang sebenarnya.

(HA)

p/s 1: no. this is absolutely not my story or my real situation :p
p/s 2: tak semestinya bila kita update pasal nikah or leplep kita ini sudah siap atau desperate. atau kita ini sudah mahu bernikah. kadang2 melihat keadaan sekeliling membuat kita terasa mahu menulis. 
last. kemain panjang panjang gila macam ada orang nak menelaah je !
and and tahniah aiman azlan tak lama lagi nak mendirikan baitulmuslim :') 


sila gelak lepas baca.

Sunday, August 12, 2012

TAHUKAH ANDA ? IM BACK ?



Assalamualaikum manusia !
oh ok seriuosly rasa awkward gegila bangang nak update blog . mukadimmah pon dah tak tahu nak tulis apa. maybe kesifatan belog separuh matang yang menyajikan entry separa matang sudah berbatu dua ;( btw rasanya ramai lagi makhluk tak tahu aku tukar url address kat atas nun. yang mana tak rajen nak klik belog gua memang tak sedar ler. yang sedor tu pakat inbox habes mana pegi beloq bengong aku. maceh terharru itew Y_Y

ciss habes semua nak kena keep in touch balik dengan kekawan yang lain. penat ler gua nak pegi satu2 belog nak say hi please follow me back. tak sia-sia dapat penyepak siap dengan penalti -.-  rasanya dah nak dekat sepoloh tahun aku tak update cerita sensasi gosip terkini kan. sampaikan si neelopa yang dulunya main masak2 dengan gua dah jadi pengacara nona dah beliau. kemain lopah sekarang. hm hm

dalam beberapa bulan ini jugak la kekawan sekolah kekawan kolej semua pakat kaweng habeh. padahal dulu dah janji nak bagi aku kawen dulu *sepaksepak* dalam beberapa bulan ni jugak lah aku dah jadi pelajar balik. aaah pelajar tua dikelilingi dengan adik-adik . malangnya lah. course pulak kemain lagi. Usuluddin  with Multimedia giteww. multimedia tu boleh terima dek akal lagi. masalahnya usuluddin tu.power tak power aku dah mula garuk garuk macam mana nak kuatkan ingatan dalam menghafal2 ni. lebih kurang macam STAM la ni. nak kena hafal2 sebab tu aku tak amek stam takut tak leh nak bawak. siobs~

tapi ya iyalah perancangan Allah semuanya molek2 belaka, walaupon dapat UTEM dengan course yg sama bidang dengan diploma dulu tapi ntahlah rasa sayang pulak nak berenti belajar agama ni. memang la mula2 nak berenti jugak memandangkan course usul ni memakan masa 4tahun manakala kalau aku masuk utem aku boleh je nak transfer sampai tinggal 2tahun lebih. hiuu tapi bila pikiaq aku ni kekurangan ilmu agama, tahu tu tahu tapi hati tu kemain hitamsangat. pemalas nak mampus maka biarlah aku terus hidup dengan ilmu agama ni sekurang-kurangnya tak adalah semakin hitam hati tu.dan mujur juga ada ibu ngan ayah dan sahabat yang tak jemu-jemu nasihat dan beri pendapat yang terbaik ^^

tapi tu lah sekarang umur dah 22tahun, dulu dulu aku bajett nak kawen umor 23 tapi mengikut keadaan aku yang sepertinya masih tak laku-laku terpaksa la aku lepaskan angan-angan nak ada beby umoq 24.takpe bercinta selepas nikah kan lagi sweet katanya~ eh eh tapi mak aku dah bagi keizinan kalau aku nak kawen time study pon takpe. wehuu ~ kehkeh dah la malas plak nak taip panjang2. esok ada midterm ict ngan syafawi Al-Quran . doakan eden yo !
bai !
dah mari sambung baca blog kesukaan  http://salam2benua.blogspot.com/


sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com