Tuesday, September 4, 2012

You'll be alright, you'll be okay, Allah is with you.




Usahlah mengeluh apabila ditimpa musibah, bersyukurlah, 
sesungguhnya kita adalah golongan yang terpilih.



sudah acapkali menyusahkan kedua ibu bapa. memang sudah menjadi tanggungjawab mereka namun bila segala penat lelah mereka sekumit pon masih belum dibalas. rasa kerdil sangat. berdosa dan bersalah. oh maafkan anakandamu ini .

rindu . rindu sangat .


minggu yang sungguh memenatkan . penat . mohon secebis doa kalian supaya diri yang tak pernah kuat ini kuat menempuhi ujian yang tak pernah surut .
terima kasih sahabat.

sila gelak lepas baca.

Friday, August 31, 2012

Mencintai Dalam Diam . Peritkah ?

Ya Allah ...,
Atas kehendak rasa
Aku mencintainya dlm diam
Jika diamku membawa sebuah isyarat
Jagalah pandangan dan hatiku dari segelintir nafsu...
Yang membutakan mata

Ya Allah.....,

Jika yg kurindu dlm diamku akhirnya bkn untukku
Leburkanlah rasa ini
Bersama waktu mengalun pergi
Kikiskanlah rasa ini
Yang sangat tak bertepi 

pernah dengar ayat ini ? Jika belum siap, cintailah ia dalam diam . belum siap di sini maksudnya begini, aku masih belajar, ilmu agama masih kurang, bilik sendiri pula ikut mood kapan mau kemasnya. tidurnya lebih dari biasa biasa. see , bagi aku ini memang belum siap mahu bercinta yang kearah perkahwinan. siapa bilang dong aku tak mau bercinta. ya masa sih, nggak mahu punya suami soleh, anak comel. mestinya mahu mahu mahu. tapi ya ni apesal aku cakap bahasa indonesia ni. jangan petanda nak dapat orang seberang laut ini sudah . gaspp~




oh ya sebelum sebelum ini sebelum jaman jahiliah kekanak dulu, silent love ni selalu di salah ertikan. contoh macam mencintai dalam diam abam rosyam noor abam yusof haslam, abam arong ajis, abam najib razak ke . itu bagi aku bukan silent love, tapi silent killer ye adik-adik. jadi apa yang menyebabkan kau kata kau suka diam-diam ? sebab dia hemsem? wangi ? atau kaya? bagi yang berusia 16tahun kebawah yang kala ini spender pon mak beli, buat masa sekarang apa kata korang bercinta je dengan buku buku tu semua. jadi la macam kakak ni sikit, orang ajak bercinta pon akak tolak dulu. akak dulu pesen memalu tau dik. ok ok seterusnya sekarang ni kita buat contoh, kita suka seseorang ni, tapi kita tahu kita tak layak untuk dia. tak layak di sini maybe kita rasa kita tak cukup solehah, tak cukup ilmu untuk dampingi dia. dah tu pulak rupa kita ni biasa2 je, tak pandai pulak tu ! pastu pastu pemalas pulak tu. nak mandi pon malas :(

iya dah dinamakan cinta dalam diam keberangkalian si dia nak  tahu awak suka dia tu sangatlah tipis. jadi segala perasaan kecewa, marah tetiba sedih tu kau akan rasa jugak. ye la tak ke rasa nak terjun kerusi bila dia rapat dan acting nice dengan someone else. lagi rasa nak terjun secara sopan adalah bila dia hulur kad walimah dia. hah kan putih gigi. well itu memang hak dia untuk memilih yang terbaik untk dia *wlaupon dah rasa kita yg terbaik. tapi yang lagi sakit perit tu bila dia seolah-olah bagi hint sikit-sikit*ini bab terperasan lebih* yang dia jugak mcm suka kat kita tapi at the same time macam tak ada perkembangan. tergantung dan masing masing bisu teruskan kehidupan sampailah masing2 dah ada cucu cicit. pastu mulalah cerita dekat cucu pasal peslev korang kan.

ok senang cerita, nak sedapkan hati kita cakap gini, maybe dia pon macam kita. tengah siapkan diri nak memimpin kita ke syurga. lagi lagi lelaki, tanggungjawab dia lagi besar, walaopon kita rasa kita punya tugas lagi besar dengan nak jaga anak, nak masak, nak kemas rumah. amboi. masing-masing ada tugas besar la dik non. ada orang tanya bila dah siap sedia kenapa tak luahkan ? nah apa kau ingat luah luah ni cerita mael lambung ke? boleh main lambung2 gitu je kalau kena reject. luah cinta disini sama lah maksudnya macam kita melamar bunga dan kumbang untuk dijadikan penyeri taman taman syurga kita *aiwahh* 
Untuk nak lagi drama, jujurnya memang aku tak kuat langsung nak luah perasaan kat memana lelaki. sebab dalam otak aku ni berpusing pusing ayat -yaAllah budak ni annoying sangat. tak perasan diri tak solehah tak lemah lembut, tak berapa pandai tak itu ini bla bla bla ada hati nak ngorat aku.puihh~ok tak de lah lelaki tu nak kutuk kita mcm tu, tapi sumpah la malu gila la. dah la pesen pemalu. amboi.

sebab musabab kita terpaksa mencintai dalam diam ni adalah sebab satunya ketahuilah di jaman serba kurap ini, pemilihan jodoh ini kadangkala masih di takuk lama. bila pasangan kita tak kisah siapa kita tapi yang disekelilingnya pula yang melebih-lebih. so gimana sih? bila keluarga dia sudah ada terbaik untuk dia, nak lagi power yang lagi soleh/solehah dari kita. bila dia punya kumpulan, dan ahli gerakan dia asyik kenenkan dia dengan ikhwah/akhawat lain, so di mana kita ?  atau ketika itu masing-masing punya seribu tanggungjawab jadi masing-masing perlukan masa untuk berfikir, perlukan masa untuk bersiap sedia. perlu diingatkan perkahwinan itu bukanlah sebuah padang permainan dunia namun sebuah kebun yang bila dijaga di rapi dibaja dengan iman dan takwa maka syurga lah tempatnya kelak. Persoalannya disini, untuk siapa cinta itu hadir dengan tiba-tiba? apakah dengan redhaNya atau cinta yang sia-sia yang mengundang murkaNya ? Apakah cinta ini benar-benar boleh mendekatkan kita dengan maha Pencipta? Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya jika Allah berkehendak akan sesuatu maka terjadilah ia. 

konklusinya, aku percaya yang cinta akan datang bila tiba masanya. Cinta jugak akan datang bila dijemput sebenarnya. Bila dalam diri, kau niatkan untuk mencari cinta sejati cinta yang membawa cinta Illahi. Maka insyaAllah yang datang adalah cinta sejati bersama pakej cinta membawa ke syurga. Begitu jugak sebaliknya. maka carilah cinta yang diredhai-Nya. jadi pertama-tamanya mestilah bersiap sedia, cari cinta Illahi, cinta Allah, berbuat bakti kepada ibubapa,cedok ilmu sebanyak mungkin agar boleh dipraktikkan atau setidak-tidaknya punya ilmu agar boleh sama membimbing. jangan sampai kita mahu yang solehah/soleh tapi kita ini gayanya seperti u know what i mean ;) menjadi yang terbaik supaya kita juga akan diberi yang terbaik. Moga Allah memberi peneman hidup terbaik buat kita semua :') 

dapatkan di SINI LANGIT ILLAHI STORE.


Bahagia, biar sampai syurga.
Laluilah kehidupan dengan bijak, bukan hanya pandai skor kertas periksa sahaja.
Pandulah cinta dengan keimanan, bukan hanya sibuk berasmara semata.
Pandanglah hingga ke pengakhiran rumah tangga,
destinasi selepas mati,
bukan sekadar suka-suka nak berkahwin sahaja.


Kita kahwin dalam keadaan tidak memperkuatkan diri,
dan kemudian membina keluarga yang lemah,
keluarga-keluarga yang lemah kemudian membina masyarakat,
menjadi masyarakat yang lemah.


Ceritakan kepada mereka,
akan kisah cinta yang agung,
bukan dibalut istikharah kosong,
tetapi disertai istisyarah ulung,
perjalanan panjang dan kembara,
ilmu dan pengalaman berpadu tenaga,
spiritual dan material bergabung jasa,
keluar dari celahan semua itu satu makhluk bernama bahagia.

Sukar?
Ya sukar.
Tetapi kata mahu menembus syurga.
Tidaklah ia dibentangi permaidani merah,
melainkan duri-duri nan terpacak.

Maka jika benar cinta,
maka mestilah hendak membawa ke syurgaNya,
sesiapa yang membawa ke neraka,
mustahil layak menyebutkan cinta yang sebenarnya.

(HA)

p/s 1: no. this is absolutely not my story or my real situation :p
p/s 2: tak semestinya bila kita update pasal nikah or leplep kita ini sudah siap atau desperate. atau kita ini sudah mahu bernikah. kadang2 melihat keadaan sekeliling membuat kita terasa mahu menulis. 
last. kemain panjang panjang gila macam ada orang nak menelaah je !
and and tahniah aiman azlan tak lama lagi nak mendirikan baitulmuslim :') 


sila gelak lepas baca.

Sunday, August 12, 2012

TAHUKAH ANDA ? IM BACK ?



Assalamualaikum manusia !
oh ok seriuosly rasa awkward gegila bangang nak update blog . mukadimmah pon dah tak tahu nak tulis apa. maybe kesifatan belog separuh matang yang menyajikan entry separa matang sudah berbatu dua ;( btw rasanya ramai lagi makhluk tak tahu aku tukar url address kat atas nun. yang mana tak rajen nak klik belog gua memang tak sedar ler. yang sedor tu pakat inbox habes mana pegi beloq bengong aku. maceh terharru itew Y_Y

ciss habes semua nak kena keep in touch balik dengan kekawan yang lain. penat ler gua nak pegi satu2 belog nak say hi please follow me back. tak sia-sia dapat penyepak siap dengan penalti -.-  rasanya dah nak dekat sepoloh tahun aku tak update cerita sensasi gosip terkini kan. sampaikan si neelopa yang dulunya main masak2 dengan gua dah jadi pengacara nona dah beliau. kemain lopah sekarang. hm hm

dalam beberapa bulan ini jugak la kekawan sekolah kekawan kolej semua pakat kaweng habeh. padahal dulu dah janji nak bagi aku kawen dulu *sepaksepak* dalam beberapa bulan ni jugak lah aku dah jadi pelajar balik. aaah pelajar tua dikelilingi dengan adik-adik . malangnya lah. course pulak kemain lagi. Usuluddin  with Multimedia giteww. multimedia tu boleh terima dek akal lagi. masalahnya usuluddin tu.power tak power aku dah mula garuk garuk macam mana nak kuatkan ingatan dalam menghafal2 ni. lebih kurang macam STAM la ni. nak kena hafal2 sebab tu aku tak amek stam takut tak leh nak bawak. siobs~

tapi ya iyalah perancangan Allah semuanya molek2 belaka, walaupon dapat UTEM dengan course yg sama bidang dengan diploma dulu tapi ntahlah rasa sayang pulak nak berenti belajar agama ni. memang la mula2 nak berenti jugak memandangkan course usul ni memakan masa 4tahun manakala kalau aku masuk utem aku boleh je nak transfer sampai tinggal 2tahun lebih. hiuu tapi bila pikiaq aku ni kekurangan ilmu agama, tahu tu tahu tapi hati tu kemain hitamsangat. pemalas nak mampus maka biarlah aku terus hidup dengan ilmu agama ni sekurang-kurangnya tak adalah semakin hitam hati tu.dan mujur juga ada ibu ngan ayah dan sahabat yang tak jemu-jemu nasihat dan beri pendapat yang terbaik ^^

tapi tu lah sekarang umur dah 22tahun, dulu dulu aku bajett nak kawen umor 23 tapi mengikut keadaan aku yang sepertinya masih tak laku-laku terpaksa la aku lepaskan angan-angan nak ada beby umoq 24.takpe bercinta selepas nikah kan lagi sweet katanya~ eh eh tapi mak aku dah bagi keizinan kalau aku nak kawen time study pon takpe. wehuu ~ kehkeh dah la malas plak nak taip panjang2. esok ada midterm ict ngan syafawi Al-Quran . doakan eden yo !
bai !
dah mari sambung baca blog kesukaan  http://salam2benua.blogspot.com/


sila gelak lepas baca.

Tuesday, April 17, 2012

SAHAJA AKU MENCINTAIMU ...



Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri padaMU

Andai ada kata yang lebih baik 
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati 
tanda cintaku padaMU

Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar

Andai ada hadiah yang lebih baik 
dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...


Lirik lagu  Du’a Feat Ustaz Amal - Sahaja Aku Mencintaimu
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/dua-feat-ustaz-amal-sahaja-aku.html#ixzz1sIx7gLpc

sumber gambar: syabab musafir kasih

sila gelak lepas baca.

Sunday, April 15, 2012

R I N D U



Tidak semudahnya melupakan dikau dihari mulia ini 
inilah suratan lumrah kehidupan 
Dunia yang sementara
Rindu terlalu padamu tiada tertanggung
Rindu terlalu padamu tiada penghujung
sukar mengakui perasaan hati kepiluan bersemi
Hanya pada Doa memohon padaNya
Sejahtera Dikau aman disana
Rindu terlalu padamu tak bisa dihitung
Rindu terlalu padaMu tinggi menggunung
Ya Tuhan tempatkan dirinya
di Arash yang selamat bayangnya
Bersama mereka yang Kau janjikan
sejak mula diri selalu beriman

Rindu terlalu padamu tiada tertanggung
Rindu terlalu padamu tiada penghujung


Rindu terlalu padamu tak bisa dihitung
Rindu terlalu padaMu tinggi menggunung


lirik nasyid RINDU by Nur One feat Hafiz Hamidun
sumber gambar : fesbuk syabab musafir kasih

:)

sila gelak lepas baca.

Thursday, April 12, 2012

TAHUKAH ANDA ? DENDAM POSITIF ?

``REPOST DARI POST SETAHUN YANG LALU :)

Di sebuah syarikat , kelihatan sebuah pemuda yang hanya menjadi orang bawahan terasa dahaga lalu mencari air dan ternampak oleh beliau akan air maka beliau ingin meminum air itu . Belum sempat ia minum, tangannya terhenti oleh sebuah herdikan:"Hei, kamu tidak boleh minum air ini. Kamu cuma pekerja rendahan. Air ini hanya khusus untuk jurutera"herdik seorang jurutera Amerika yang bekerja di perusahaan tersebut.Remaja itu hanya terdiam menahan haus.Ia tahu ia hanya anak miskin yang hanya berkelulusan tahfiz yang hanya bekerja disebuah syarikat milik amerika.Akhirnya muncul komitmen dalam dirinya setelah berfikir.kenapa kejadian ini berlaku kepadanya . adakah dia perlu menjadi jurutera sja baru boleh minum ? 


Ya aku perlu  membalas dendam atas apa yang berlaku  .Remaja miskin itu lalu bekerja keras siang hari dan melanjutkan sekolah malam hari. Hampir setiap hari ia kurang tidur untuk mengejar ketertinggalannya. beliau akhirnya berjaya dan Kerja kerasnya membuat perusahaan memberi kesempatan padanya untuk mendalami ilmu di Amerika mengambil kuliah S1 bidang teknik dan master bidang geologi. Pemuda ini akhirnya lulus dengan hasil sangat cemerlang.

Selanjutnya ia pulang ke negerinya dan bekerja sebagai jurutera. Kini ia sudah menaklukkan dendamnya, kembali sebagai jurutera dan boleh minum air yang dulu dilarang baginya.(adakah hanya kerana air ?tidak) pemuda yang sudah biasa kerja keras akhirnya melonjak kejayaannya dari menjadi ketua jabatan ke ketua cawangan ke pengurus umum dan akhirnya menjawat sebagai wakil pengarah yakni sebuah jawatan yang tertinggi yang mustahil dicapai oleh warga arab saudi ketika itu .ketika menjadi CEO syarikat termuka itu, jurutera amerika yang pernah mengherdik beliau ingin meminta cuti dan memohon agar pemuda itu tidak mengungkit kisah yang lalu . Namun alangkah terkejutnya jurutera amerika itu apabila bekas pekerja bawahan itu berterima kasih kepadanya dan berkata ini semua kerana herdikan jurutera itu akhirnya beliau berjaya menjadi CEO kerana bencinya berubah menjadi dendam positif yang meraih kejayaan yang besar.


Akhirnya beliau menjadi Presiden Direktur yang pertama dri bngsa Arab dan membuatkan syarikatnya Aramco (Arabian American Oil Company) iaitu perusahaan minyak terbesar di dunia menjadi semakin berkembang dan kerana prestasi itulah beliau telah dilantik oleh Raja Arab Saudi untuk menjadi Menteri Minyak dan Mineral . nak tao sape yang aku cerita ini ? ha tu lah Datin Husna okay tipu je. inilah  kisah Syeikh Ali bin Ibrahim Al-Naimi yang sejak tahun 1995 sampai saat ini (2011) . hanya kerana hinaan akhirnya menjadi Menteri. Wallahualam  . cerita yang bagus untuk berjaya. bukan nak kata entry aku bagus tapi cerita ni ya .


Itulah kekuatan "DENDAM POSITIF"
Kita tidak boleh mengatur bagaimana perangai orang lain terhadap kita.
Kita tidak pernah tahu bagaimana keadaan akan menimpa kita.
Tapi kita sepenuhnya punya hak bagaimana nak mengendalikannya.
Apakah kita mahu putus asa dan hancur kerana hal seremeh itu?
Atau kita hanya perlu bangkit dengan semangat "Dendam Positif."

jadi tunggu apa lagi ? ayuhlah berdendam positif unutk berjaya ^^ ni tidak asal berdendam je bunuh asal bunuh je dendam . asal nak dendam je pukoi-pukoi balas balik . tengok je lah drama n pilem sekarang. kalao rasa nak belajar cara-cara berdendam p je lah tengok tv pasti dapat idea nak bunuh2 . hurrr .

idea entry selepas dengar IKIM tadi ~ penat google cari pasal cerita nih .huu~
dan mari kita lihat pulak hasil kerja keras aku hari ini dan minggu lepas  =.=


nash donutss

blueberry chese tart

chocolate cake

spaghetiewww~

(sumber gmbar semestinya abang gugel)

eh eh kenapa gambar makanan ? well inilah hasil kerja keras aku .bukan acara membuat menda alah nih tapi  memakan dan memakan sampai gemuk namun tak gemuk-gemuk cam kak limah . akhirnya aku berjaya nak makan makan kesukaan buat sementara ini . masih ada banyak makanan kesukaan yang masih belum ditunaikan . tsskkk. . ok bye jangan lupa hayati cerita tauladan kat atas tuh . jangan nak berdendam jeh kalao ada orang takde otak hina2 korang malah jadikan hinaan tuh sebagai pencetus kejayaan. hoyeahhh . semoga berjaya bagi yang ada final exam .aku pulak ada test lesen . dingdang betol .


sila gelak lepas baca.

Saturday, March 31, 2012

ADA APA DENGAN BULU ? erm erm

Aku tak tahu macam mana start menaip panjang-panjang macam dulu . kira senang cerita mulakan dengan Bismillah dan Salam je lah ye dak . moga-moga ada ler yang masih still dengan belog hitam ini walaopon url dah berukar daripada kurang matang kepada yg lebih berjenama *pon boleh . 




berbalik kepada masalah problem kita diatas yakni ada apa dengan bulu . sebelum itu mohon para pembaca tidaklah terlalu kuning fikirannya kerna sebab musabab kuning itu sendiri adalah lambang kepada BERSIH :p
okaylah sebenarnya aku tetiba teringat orang dulu-dulu kata kalao bulu kening kita duduk dekat-dekat ,bercantum sikit2 kedua-duanya maknanya jodoh nya pon orang dekat2 jua .ohya sebelum itu nak explain la sikit benda ni memang aku ingat sebab berkaitan dengan jodoh kita, bukan apa menda macam ni kira macam tips tips utk masa depan -.- 


point kedua plak . kalao bulu kening jauh jauh , tengah2 tu macam longkang kosong , orang kata jodohnya pon dpt orang jauh2 .oh yang pasti bukan disebabkan kikisan bulu bulu kening yang sememangnya haram tapi memang dah natural dia jauh beribu batu. macam mak aku, aku tengok bulu kening dia jauh , ayah aku pon sama jauh jugak.end up mak aku yg dari selatan johor boleh bergabung tenaga dengan ayah aku nun jauh di utara penang dan tadaaa lahirlah anak-anak comel macam aku ni . hikhik
dan apa yang pasti tak kira betapa jauhnya kutub utara kutub selatan mereka duduk ,merka berdua adalah role model dan idola saya sepanjang zaman skarang :) 


ye ye sebenarnya point utama disini bukan nak mengajak para pembaca percaya dengan ramalan bulu kening yang tak berapa nak betol nun. benda macam ni bukan boleh percaya sangat dan boleh membawa kepada syirik kalao kita terlalu taksub ikut sampai nak ukur berapa cm bulu kening kita untuk tahu betapa jauhnya jodoh kita tu. hendaklah diingatkan bahawasannya mati dan jodoh itu kn ada di tangan Allah .Allah jua yang berhak menentukan :)


kesimpulannya essay saya hari ini , berapa jauhkah bulu kening anda ? ekeke
ya jauhnya beribu batu tapi jangan pula jodohnya jauh juga sampai ke nepal mahupon lombok.
sampai johor saja limitnya :p
p/s lebih matang rasanya saya sekarang ini :p


sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com