Friday, September 30, 2011

Solat Sunat Dhuha dan Kebaikan Kelebihannya .


1- Rasulullah bersabda,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


2- Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

3- Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

4-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Doa Selepas Solat Dhuha:



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


notabasi: patutlah setiap hari mak aku gigih usaha call dari office beliau suruh aku ngan adik beradik solat dhuha . walaopon dah gitau setiap hari tapi biasalah nak buat kebaikan ni mesti ada halangan dia . 
malas dan lupa. halangan maha dasyat =.= eh ada masa lagi ni cepat pegi amek wudhu semayang dhuha :)

sila gelak lepas baca.

6 comments:

nazirulhazwan~ said...

alhamdullilah, da berubah da ngko

JIJI YU said...

hahaha gelak aku bac akomen atas ni

UNA budak BAEQ said...

naz:
dari dulu lagi aku mmg mcm ni =.=

ko bila plak nk berubah ?

UNA budak BAEQ said...

jiji:
ye la yela suka la korang .gelak bebanyak .tskk tssk

delarocha said...

besar keberkatan solat dhuha ni, walaupun 2 rakaat tapi liat kita nak istiqamah kan?

gedek! said...

tengkiu sharing... babe!

sepatah dua kata

apesal.com