Friday, September 30, 2011

Solat Sunat Dhuha dan Kebaikan Kelebihannya .


1- Rasulullah bersabda,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


2- Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

3- Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

4-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Doa Selepas Solat Dhuha:



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


notabasi: patutlah setiap hari mak aku gigih usaha call dari office beliau suruh aku ngan adik beradik solat dhuha . walaopon dah gitau setiap hari tapi biasalah nak buat kebaikan ni mesti ada halangan dia . 
malas dan lupa. halangan maha dasyat =.= eh ada masa lagi ni cepat pegi amek wudhu semayang dhuha :)

sila gelak lepas baca.

Thursday, September 29, 2011

amerika der amerika derr . tak new york la tak pakai baju tayang peha betis .

takpayah nak taynag peha besar sejibik tuh la sangat kan 
cuba teka muka macam apa ? scary .


majlis perkahwinan mehmeh suheza dn pakcik norman . 
banyak banyak word cembangang cembangang cembangang
tawu la kome kome ni memang pesyen suka tayang badan potong bulu kaki lebat tapi 
kalao ye pon time kawin agak2 la pakai baju cara melayu .
tao la tema new york eh ? mmh cembangang .asal tak telanjang terus je .
mmg cembangang .
yang pakai baju purple serious huduh kemain . baju puple tu dah macam baju utk romen tido malam dgn suami .nak tahu siapa budak 4orang tuh . 
tu ha yg belakon stanza cinta tu nama apa ha fathia , miera liyana, julia zegler ngan eika . ntah tak minat aku dgn semua tu . mmg cembangang . haku kesah apa hang punya wedding of the year ke apa . kena taja bejuta ringgit . baguslah . org melayu mmg camnih . nak kata kita dijajah depa kata kita tak penah dijajah . ni semua kena jajah la ni . otah penuh amerika penuh style yang bukan bercirikan orang melayu dan paling utama sekali dalam ISLAM . eh korang agak wedding ni berkat ke ? aku tak rasa ada keberkatan dalam tuh . 

p/s takpayah nak kata biarlah kat dia . asal dia bahagia semua tu . no! kita tak boleh mcm tu ye adik2 kita kena tegur apa yang salah . tak payah kita tak leh nak aib kan gambar dgn sebar2 mcm ni . eh dah dia yang volunteer nak tayang gambar dia kan . buakn salah kita . bukan bukan =.= 

sekian berita melaporkan . segala gambar diambil dr blog mana ntah . 

sila gelak lepas baca.

Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS GENERASI KURANG ILMU AGAMA .EH ?

aku tak slahkan parti tu cuma aku kutuk orang yang up status camni .sah-sah beliau \
jahil dan tak ada sifat hormat dan aahh pandai2 lah pikir kan .


lepas ni hanya maaf je dorang tao . lepas tu buat lagi dan lagi .
terserah pada generasi bijak pandai untuk menilai . aku tak sokong puak-puak duniawi aku sokong Islam . melampao sangat dah .dah banyak sangat media massa media cetakrompak   mempermainkan agama . menyisihkan agama . sebab apa dorang buat camtu sebab dorang tahu kalao bila hukum Islam dijalankan , gamaknya memang tak bahagia la hidup dorang yang penuh dengan rasuah riba curi duit rakyat semua tu kan .

p/s ok ini bukan wordless ye anak-anak =.= 

sila gelak lepas baca.

Tuesday, September 27, 2011

TAHUKAH ANDA ? kalao tak tahu kena la bagi tahu .

gua taknak cakap banyak karang gua cakap berbaur kekelingan plak . so kita cekidout je lah fakta gua nak bagi malam niih . mana tao fakta ni semua masuk dalam final sem korang ke spm ke pmr ke kan .


Fakta 1 :
Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa…







Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya







Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda akan tertawakan diri sendiri

Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat utk copy lawak bodoh ni kpda geng korang yg lain untuk kenakan diaorang seperti korang yg telah terkena. :P



kbai . pancunglah beta pancunglah beta . sesungguhnya otak beta sekarang sudah tidak berfunsi secara normal lagi . hanya berfungsi mengikut kitaran jam sahaja =.=

sila gelak lepas baca.

Monday, September 26, 2011

ITS MONDAY MONDAY GOTTA GET DOWN ON MONDAY =.=

hello people . oh okay aku lupa mana ada people dalam belog aku ni . yang ada hanyalah kelkatu cengkerik lelabah alien monster cicak tiger kiddy dan aku . hai kelkatu hai cengkerik hai monster hai tiger hai kiddy . hai hai semua  =.=

pagi ni bangun awal sikit pukul 9 , mandi2 terus pegi kedai beli lauk . kena rush rush gitu sebab nak masak awal karang pukul 2 nak masuk keja plak . bos kedai bunga tu call nak minta tolong buat partime kat tempat dia sampai ada pekerja tetap . selamat dia minta partime je kalao fulltime memang aku malas.heheh nak tak nak memang kena jadi lipas lah . eh hai lipas . sidai baju lagi iron baju lagi . kemas bilik lagi . malas sebenarnya nak kemas bilik sebab nanti bila kemas tiger dan kiddy semakkan balik . benci tawu .
*salahkan kucing . nice

berenti kejap nak tutup api lauk dan mkn sekali.

p/s nak jugak update walaopon yang wujud hanyalah entry personal yang tak ada pekdah .aku dah lupa cara nak berblog . kalao nak stat dengan belog seo boleh ?. pfftt




sila gelak lepas baca.

Friday, September 23, 2011

WASTE UR TIME .


jalan-jalan oh ini blog seo  jalan-jalan lagi oh ini blog kutuk-kutuk artis jalan-jalan lagi oh ini blog politikus. jalan-jalan ini blog nasihat/keagamaan . jalan-jalan lagi oh ini blog cambagus la konon.
jalan-jalan lagi oh ini blog personal tapi cam gampang tayang tetek body . jalan-jalan lagi oh ini blog uncle seekers dan permaisuri hantu bonceng . jalan lagi guna kelajuan turbo plak sebab dah mula naik jemu dengan persinggahn pertama . jalan lagi oh ini lah dia belog yang natural beauty . ya dah jumpa ! KLIK SINI 

jangan kejar populariti. ia tak akan kemana .
jangan kejar duit mahupon trafik jika sumbernya dari pada entry kamu yang berbaur haram .
percayalah ^^
conclusion . buat lah bentuk apa pon . asalkan niat kamu tidak tersasar dari landasan keimanan dan keredhaan Allah :)

p/s maaf terlalu bosan :p dan eh gila benci dengan blog seo yang suka amik kesempatan tulis entry dan tajuk lucah semata-mata nak dapat trafic tinggi . oh ciskek . kamu rasa halal ke rezeki kamu ?
sila gelak lepas baca.

Wednesday, September 21, 2011

CITY HUNTER DRAMA DAN MALAYSIA bukan cerita myspy lost and faun ke apa .


aku harap kat Malaysia pon ada city hunter sekor .kat malaysia ada sebenarnya cuba cari dalam intenet yang cerita pasal kerajaan kotor semua tuh . heheh oh ya ni lee min ho belakon tuh .ala ok drama korea tapi bukan drama lembut2 gay jambu semua tapi drama action2 gitew tembak2 cerita pasal dendam utk keluarga yang mati dibunuh oleh negara sendiri. dendam memang tidak bagus untuk kesihatan ye anak-anak sebab tu lee min ho atau si city hunter ni dendam bukan untuk membunuh mcm dorg bunuh bapak dia tapi dengan membongkarkan segala jenayah yang dilakukan oleh sebilangan anggota kerajaan . ala macm kat malaysia tak ada semua jenayah tu kan . menteri menteri bukan nya baik sangat, mesti ada punya yang makan rasuah, beri rasuah, bunuh orang mcm kes altantuya tuh scandal sana sini. penyelewangan duit rakyat. nak harap polis mahkamah semua ? silap2 dah kena suap supaya kes ditutup .opss :D

versi anime 
kalao kat malaysia ada sekor city hunter macam tuh agak2 semua clean clear .city hunter mlaysia cuma boleh bagi berita je kat intenet . tak ada lagi rasuah di antara kerajaan , pemakan duit rakyat ,cita ni macam death note la jugak kan . orang jahat dibunuh . tapi ye la bunuh tu dah kesalahan besar , so kita kena guna cara halus supaya orang jahat ni semua dapat pembalasan yang setimpal .

ntah apa la aku merepek . ni lah dia nak bagi sinopsis tak reti .skrip cerita dah jadi cam cerita melayu plak . berbelit2 .so kalao taknak berbelit cer tengok trailer kalao rasa tak best tak yah layan .yang pasti wlaopon aku layan cita korea lagi banyak dr cita melayu bukanlah aku obses dengan depa dah tapi cerita melayu mengarut je banyak tak cerita hantu cerita gengstre rempit2 semua . macam bangang je. tak ada moral value langsung .budak2 melayu suka sgt la kan hiburan melampau camtuh. pahtu plak cerita tak mcm org melayu islam . dari aku ngumpat cerita tu baik aku layan cerita korea ke cina ke jepun . omputih banyak sgt romenromen aku kena jaga mata =..=

mempersembahkan interface fesfuking yang baruuuu *tetiba*
p/s taklayan cita melayu bukan bermakna aku tak supot buatan malaysia atau tak de smangat patriotik. banyak lagi buatan malaysia yang perlu disupot dari supot filem tak guna baik aku supot benda berguna . ye dak .so tak payah nak hangin . budak tadika je yang hangin kalao tak terima pendapat org lain . peace.
sila gelak lepas baca.

Tuesday, September 20, 2011

semoga kita diizinkan untuk bertemu dan berjumpa suatu hari nanti .






When you’re searching for the light. And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt. He’s always close to you
He’s the one who knows you best. He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last. If you just have faith in Him
You’re always in my heart and mind. Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what. My biggest wish is to see you one day
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come But surely they will fade away
If you just believe What is plain to see
Just open your heart And let His love flow through
I believe And now I feel my heart is at peace
(i believe lyric by maher zain & irfan makki )




p/s bila idea tak singgah masuk dalam urat serebrum urat kentut urat darah . ni lah jadinya . kopipaste.
dan tajuk entry memang cam ciskek kan .=.=

sila gelak lepas baca.

Friday, September 16, 2011

kawan jom ?



Behind my smile is a hurting heart.  Behind my laugh, I'm falling apart.  Look closely at me and you will see, the girl I am...isn't me .
susah kan nak dapat kawan sahabat teman sejati
yang sama-sama susah dan senang bersama kita , berkongsi masalah dengar dan try fix ur problem.
susah kan nak dapat kawan teman sahabat yang betol-betol sahabat bukan sahaja
dapat memahami kita tapi dapat menyelami persaan kita .
susah kan nak jumpa teman sahabat kawan yang betol betol membimbing kita ke jalan yang benar.
bagi aku sangat susah . aku tak tahu siapa yang anggap aku sebagai kawan dia .
korang yang perfect bagus cantik cun mesti tak yah susah2 nak cari kawan =.=
When I do something great, no one ever seems to remember, but when I do something wrong, no one can ever seem to forget. yeah always :')

awak jom jadi kawan saya bukan sekadar kawan seronok tapi kawan yang boleh 
jadikan bahu dia untuk air mata aku nanti :')


Sometimes when i say “ I’m okay ”....I want someone to look me in the eyes , and say  “ I know you are not ”
She says she doesn't care, but her eyes tell a different story 
i know Allah is there for me . hug   

sila gelak lepas baca.

ye la yela gua je yang tak sopan tak pandai kemas rumah .



gua tao gua bukanlah layak jadi stok pilihan mak mak menantu , abang abang suami mahupon adik kakak ipar . 

gua tak pandai kemas rumah , bilik pon bila dah kemas dia terbongkang balik . bukan salah gua tapi salah hantu belaan gua lah . pastu dengan adegan kejar mengejar si kiddy dan tiger . kalao main tak langgar benda mmg tak sah. last2 gua jugak nak kena kemas .

muka dah la tak cun . jerawat banyak . tak comel tapi tetap bersyukur sebab Allah bagi semua lengkap. belajar pon tak tinggi mana . takat upsr diploma je. nak sambung malas lagi . tapi cuma nak ingatkan walaopon gua tak ada tapi gua still ada harga diri .

gua selalu bangun lambat . kalao mak bapak gua ada kat rumah ,awal sikit pukul 8 . kalao mak gua tak bising gua lajak sikit sampai pkul 9 =.= dah tu nak mandi pon nak kena suruh .

gua *pnat plak guna gua gna aku plak* aku bukanlah gadis gadis manis yang sopan santun selalu pakai baju kurung dan bukanlah pula seorang gadis solehah even nak solat pon selalu kena ketuk dengan mak aku .

aku juga bukanlah seorang yang bercakap dengan lemah lembik . cakap plak aku kao aku kao . tak boleh geli geli sebab geli =.= nak manja2 serious aku bagi penampar kang .

aku juga bukanlah seorang yang peramah , pemalu dan kadang2 tersombong sebab tak reti nak beramas mesra . jadi aku tak tahu nanti macam mana aku nak berkomunikasi dengan bakal ipar duai dan mak bapak mentua =.= oh takutnya takutnya .

tapi aku reti masak cakap je nak makan apa . tp jangan plak kao minta nak makan benda remeh2 sebab aku malas. walaopon kadang2 tak cukup garam masin semuanya tapi aku reti masak.percayalah aku memang tiap hari masak utk keluarga.nak kata sedap tu kdg2 sedapa juga . kalao tak sedap pon kao kena makan jugak nak aku maki tak makan makanan yg aku penat buat ? =.= aku suka masak cuma aku malas nak masuk dapur . ya malas .  *perlu ke panjang cenggini ?


jadi aku berkesimpulan yang aku masih belom banyak untuk berkahwin dan disayangi T__T walaopon kadang2 nak jugak rasa disayangi selain dari mak bapak aku =.=
er tapi kalao scandal . i okay jeee =..='
memang tak la kan korang nak . dah la tak ada apa yang nak dibanggakan .ada dslr je yg boleh nak bangga sebab guna duit senirik .yang lain semua bapak punya duit .tsskk aku syak japgi mesti ramai abang2 nsem yang unfollower aku . tsskk
apa-apa pon aku tetap try nak jadi diri sendiri cuma nak kena jadi lebih muslimah ye lah dah tua2 nih . buat apa kalao kita perangai sopan santun kemain lemah gedik kemain tapi hakikatnya perangai macam kambing . buat apa kan . lebih baik makan kambing dari perangai macm kambing *ok kesiam kambing=.=


kbai baru nak p kedai beli lauk . i tell u i kan malas .panjang plak aku ngarot dah macam bangang plak luah perasaan tak ketahuan hala .

sila gelak lepas baca.

2 in 1 CONTEST BY YANA | LUCKY DRAW


klik banner kalao tak nak join . err
Tarikh mula dan tamat kedua-dua contest adalah bermula 6/9/2011 sehingga 16/10/2011


KATEGORI 1: LUCKY DRAW

PRIZES FOR LUCKY DRAW CONTEST
x1 RM100 Shopping Voucher from Eightdesign
x10 pairs Contact lens
x10 micro lensing fibre
x2 VCO and Collagen
x2 viscose shawls
x3 amra shawls
x2 latest shawls
x1 korean dress 
x1 handbag
x1 hot dress

 1 TOP REFERRAL
x1 Handbag
X1 Shawl

okay aku nk join lucky draw je sebab photogenic tu aku tak layak kot
muka aku mna ada photogenic photosepak ada la banyak  =.= kbai . 
tolong la bagi aku menang aku nak menang aku nak menang -,-

sila gelak lepas baca.

Wednesday, September 14, 2011

awesome tak awesome . bloglist aku hilang . acane acane ?

3 bloglist aku kumpul sejak lahir dah hilang . arghh benda paling malas aku nak buat lepas basuh pinggan, masak nasi, mop lantai, sapu sampah ,sidai baju *eh cakap je semua benda aku malas kan* aku tak da pasal nak buat segmen bloglist bloglist . dah cukup hebat la sangat buat segmen bloglistt ni kan. pfftt

haah aku memang suka susun susun list ni, pilih pilih blog yang awesome dan belog yang masukkan blog aku dlm list dorang . haah aku memang dari dulu lagi suka . masuk ni dah berapa milion kali aku susun bloglist . rajin betol macam tak ada kerja lain aku nak buat . susun pinggan pon aku malas nak buat . hailahh

kbai . banyak lagi kerja aku nak buat

p/s kalao nak exchange/letak link url dalam belog aku yang uv dia setiap hari tak penah sampai 100 . sila lah letak kat ruangan kotak kosong kat bawah . kotak komen lar =.=




*
*
*




aku kalao hangin hangin memang selalu menyetarzankan diri .kalao tak jambatan katil pon boleh =.=
nota: kononkonon nak buat levitation macam natsumi la eh ?
sila gelak lepas baca.

Tuesday, September 13, 2011

PHOTOGRAPHY : supermak gua tak layan gua layan super yowayowa jer

pegi kedai kejap beli lauk nak masak  

walaopon boleh fly fly gua tetap ikut peraturan jangan main tipu 

beli ikan yu sekilo 
mop semeter sudah . yang lain tinggai kat orang gaji 

kutip ulam sikit buat lauk 
serious supernatsumi ! buat aku adore gila tengok dia punya gambar ! nak tangkap salah satu dari gambar tersebut dia terpaksa melakukan aksi terapung di udara lebih dari 300 kali. Memang gila gigih, sebab kesungguhan beliau untuk mendapatkan gambar yang perfect dan cun ! oh oh semua tanda nak kena guna (!) sebab terlalu excited dan teruja dan ternganga . heheh nak tengok gambar lagi ? 
semuanya ada disini yowayowacamera.com


How to take "Today's Levitation" (how natsumi actually do) 
- Equipments and shutter speed
Camera body: Canon EOS 5D Mk2
Lenses: Canon EF50mm F1.2L USM, EF24-70mm F2.8L USM, PENTAX 67 lenses (with adaptors)
Tripods: Gitzo's rapid-pole 3 steps with ball heads (from 1980s)
Shutter speed: 1/500 sec. or faster (1/320 sec. can be used in a darker condition)

selanjutnya KLIK SINI 

page levitating seluruh dunia
https://www.facebook.com/LevitatingAroundTheWorld
page natsumi aka yowayowa
https://www.facebook.com/hayashinatsumi?sk=info




okay kena mula belajar nak buat levitation macam ni jugak ! =.=
sebelum aku blah . gambar terakhir hari ni . . .
abang tungguuuuuuuu .

sila gelak lepas baca.

Sunday, September 11, 2011

dear sayang semoga kamu cepat sembuh dan terus sihat :')


dulu
hati ini gembira saat kao tido didalam dakapanku,
lena di atas pangkuan penuh kemanjaan
membesar didepan mata ku walau kamu diuji sedari kecil.
kerana ditinggalkan ibu dan bapamu .
saat kao bermain manja menunjukkan kenakalan mu
saat kao makan dan minum atas pangkuanku  .
saat ditinggalkan keseorangan kao mula menangis dengan suara penuh dengan kecomelan
hati ini sangat senang sekali dengan kehadiranmu dalam hidupku
siang malam kita bersama
bermain bersama tido bersama mandi bersama walaopon kita berdua sama2 tak suka mandi =.=

tapi
hari ini jiwa  ku sangat runsing
melihat kamu sebegini rupa
yang dulunya selalu berebut makanan dan kasih sayang dengan kakak angkatmu itu,si tiger
kini makan tidak mahu minum lagi lah tidak mahu.
kalao makan pon lepas tu awak muntah balik.
dulu badan yang tegap dan montok yg menjadi kebanggaan
berubah menjadi kurus dan tidak bermaya
mukamu yang menunjukkan kesakitan menjadi mimpi buruk
setiap hari hanya tertidur lesu penat sakit
hati ini hati ini sayu sedih sekali
apakah virus itu sudah terkena padamu ?
apakah setelah kita bersama selama hampir 4 bulan akan menjadi sejarah ?
apakah kamu jugak akan turut mengikut adik beradikmu yang lain dijemput Illahi
tak dapat dibayangkan hidup ku tanpa kamu 
please be strong dear . kamu kuat .
kamu kuat menempuh segala dugaan kan ?
kamu dapat survive dengan penuh ketabahan walaopon berpenyakit
kamu kuat kan kiddy sayang :')


3minggu dilahirkan : bulu belum tumbuh :(
bebear kekasih lama menjadi tempat persembunyian
:(
masih ada nafsu utk bermain wlopon sekejap



semoga cepat sembuh kiddy
p/s aku tahu sajak gurindam aku macam bangang maklumlah aku bukan si jiwa geligeli=.=

sila gelak lepas baca.

Friday, September 9, 2011

apa susah bro . public phone kan ada . burung pon banyak .

emanthehalia at fuubook
tak payah nak bising2 kalao cukai naik pon . ala macam tak biasa pulak korang dok beratur panjang nak kacau awek . nak gayut dengan awex pakwe kan . ala setakat 6% je pon . rokok hang hisap sampai tekeluaq jantung jantung , kena kanser mulut kaki kira hebat la . bangga . nak nak pulak pakai ron97 . malu nak naik bus nak lrt . sanggup lagi . jenama baju seluar semua tak layan lah brands pasar malam. prada zara . argh sudah lah aku mana tahu semua jenama baju memahal nih *  spender boxer pon dah seratus hinggit . lepak plak kat hotel jeh. bukit bintang lagi . nak sedak pavilion . tak pun kalao kat penang pegi je queensbay , hebak hebak. semua nak mewah mewah .

so nak bising apa topup kena cukai pon ? untunglah aku tak yah susah nak topup2 bila singel single nih. heaven . boleh simpan duit nak kawin nanti . celcom plak bapak aku bayarkan . ngehngeh . so jadilah macam aku beli baju beg jam semua beli kat fesbuk je . murah2 plak tuh . mana penah baju aku semua lebih seratus *err baju kurung jubah tu biasalah* buat apa lah nak bazir bazir pakai bebarang mahal semua . simpan duit untuk topup sudah . topup tu plak pandai2lah jimat . kao ajak la makwe pakwe kao buat fesbuk ke skype ke. bayar 2 hinggit je kat cc pastu borak la suka hati korang . so topup tu boleh la save untuk keselamattan macam call mak bapak korang . atuk nenek kat kampung ke .oh kalao call mak bapak pon nak berkira ke ? japgi mesti suh mak bapak korang buat call back kan ? nak save credit korang . hish hish .

cukai 6% untuk reload topup dan simpack berkuatkuasa 15/9/2011

ATAS TU SEKADAR PERMULAAN :)
ye la kita nak marah marah bantah bantah pon tak guna . dorang yang besar2 tuh . ada ke nak dengar ? minyak naik . kita marah p la camna pon. nak demonstrasi pon dorang nak sembur sembur segala . kerajaan kuku besi memang suka nak nyusahkan rakyat. apa lagi sokonglah kerajaan sampai mati . bagi semua barang naik puas2 . lepas ni fesbuk pon kena tax . emel kena tax. baru best eh ? bil letrik bil segala mak nenek menteri dan perdana menteri semua ditanggung . besar sangatkan dorang tuh ? mana nya rakyat didahulukan ? cembangang cakap macam cilake. kesian kat makcik makcik anak2 yang pakai topup bukan untuk berseronok tapi untuk saat2 penting . dah la nak beli sekali pon dah 5 hinggit 10 hinggit . naik plak berapa sen . memang la sen tapi bagi dorang sen tuh berharga . acane kerajaan . agak2 dah boleh tukar ke belom ?

2 singgit 2 singgit 2 singgit 
last but nt least *betul ke aku cakap?* marilah support age nih . phew baru buat nih dan berpuluh ribu likers !
KAMI BANTAH CUKAI 6% UNTUK RELOAD DAN SIMPACK !

kbai nak g hospital jaga tok sedara sakit . best best . heheh . second time jaga . takde hantu pon . hikhik


sila gelak lepas baca.

Thursday, September 8, 2011

comel ? #ehyeke ? slapurface!

slap !






letak tali beg atas kepala sambil buat peace buat kamu nampak cool dan muda . kbai
*jadah apa aku update tayang gambar comel aku kat khalayak ramai ? =.= pfftt
sila gelak lepas baca.

REVIEW fukkenlol dari fuubookk ? #ehyeke?

hari nih aku nak paksa bagi sesape yang belom usha komik fuubookk .ni semua gara gara kebaranian aku melayari belog lucah seantero dunia belog comic paling best  FUUUUUUbook . budak ayam si founder . dah tak payah beli komik 7hinggit kt 7e lagi dah pasni . hewhew pergi la usha sekarang .  dekatt fuubokk tu ramai lagi artist . tapi tak ada la semua best best kat situ. ada yang buat comic eh lu-tak-payah-buat-comic-pon-tak-pe-tak-berapa-nak-best. takpe lah janji dia ada gak usaha nak try sesuatu yang baruuu*yuna libressee* tapi selain dari 2 3 orang yang suka buat lawak bodoh ramai lagi yang talent kat situ . comic superb. walaopon short comic tapi lawaknya terasaa uolss . memang sekali sekali kena la sebut fuuuuuuuuu$&# kalao membaca dekat situ . wahh dah macam membaca gaya wawasan gitteww.

tapi aku nak cakap pasal budak nie je hari ni . budak qiraf . jumpa masa tengah sedap bergelak ketawa dekat fuubook . baca comic dia dekat sana . memang fukken gila kalao usha belog budak qiraf ni selalu . boleh bawak maut katanya ? . semua comic cambest la jugak. dia selalu guna filem atau movie yang meletupss untuk dibuat komik . ah tak kesahlah janji boleh la nak hilangkan gatakgatal aku nak tido je memanjang kan .

salah satu comic dari budak qiraf


kata budak qiraf :
comixed adalah satu seni! Setiap movie ada scene yang boleh dibuat lawak. Asalkan otak kamu sengal!


so tunggu apa lagi . tambah lah belog fukkenlol ni sebagai koleksi belog anda :p
kbai


p/s bila mood dah macam bangang nak blogging . mulalah nak review review . pheww  
sila gelak lepas baca.

Tuesday, September 6, 2011

DAH SEDIA KE NAK I LAP U U LAP ME ? B BABY ? MAMA PAPA ?




JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAMU...
 Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu  Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu  Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK     

Jika kau mencintaiku karena Allah jangan dekati aku   
Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menggodaku   
Jika kau mencintaiku karena Allah jangan merayuku   
Jika kau mencintaiku karena Allah jaga izzahmu denganku   
Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menyentuhku   
Jika Mencintaiku karena Allah jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya

"Janganlah kamu bimbang andai kamu belum bepasangan tetapi bimbanglah andai imanmu akan berkurangan..janganlah kamu bimbang andai kamu x rupawan,tetapi bimbanglah akhlakmu murahan..kejarlah n carilah cinta Allah nescaya andai kamu memperolehinya seluruh makhluk Allah akan menyayangimu..."
sumber : ilmiislam


sila gelak lepas baca.

Sunday, September 4, 2011

raya kan saling berkongsi kegembiraan dan juga er sayuran ?

usha nak amek apa lagi nih

yeah akhirnya ulam rajaaaa . nak tanam nak tanam !



ya itu dia ini masa raya ke empat .family aku dari raya ke2 sampai raya ke6 tak penah lekat rumah .yelah bukan selalu dpt raya kat penang . bila dh raya kat sini mulalah mak bapak aku nak buat lawatan secara belajar , ye belajar sebab kami sedang mencari dan menjejaki keturunan belah ayah aku di penang,perlis kedah dan perak . cadangnya nak buat alumi secara besar-besaran nanti . pheww

dan gambar kat atas nih kalao dah kepala jenis suka tengok pokok pokok ulam2 segala . memang rasa teruja je kan nak bawak balik segantang . lagi2 bila rumah orang tu ada kebun . lagi lah kan . sekali dengan biji kelapa bawak balik nak tanam kat rrumah . niceee. itu lah syoknyeewwwww raya di kampung . heheh

p/s malas nak karang ayat panjang2 bukan org nak baca . kbai
sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com