Monday, August 1, 2011

MENU BERBUKA ATAU SAHUR ala2 western: RESEPI SPAGETTI MARINARA versi buku resepi

aku ingat nak masak ni esok memandangkan ada 2 peket spagetti dlm simpanan .tapi sebelum nih mmg dok guna resepi ni je lah. alah sebenanrnya memang gila senang buat spagheti ni kalao nak feel mcm western la konon . tu pon kalao rajin lah kan kalao nak buat esok. kehkeh sebab mak aku keja . tak de la orang nak tolong2 plak nnt . ngehngeh sebelum nak memasak kena lah usha barang dulu , udang plak tak da, ayam je ada . tapi mak aku selalu buat kuah cair gila dah mcm kuah mee rebus dah . tsskk 


google : spaghetii marinara yg menggunakan lala/remis 


500 g Spaghetti 
1 biji bawang besar - potong dadu halus 
3 ulas bawang putih - cincang halus 
1 biji lada hidup atau 4 biji cili padi - dimayang 
300 g ayam di potong kecil (sebenanrnya pkai seafood mcm udang ngan lala tapi aku pkai ayam je ) 
3-4 biji tomato yang dicincang halus *nak cepat cari je tomato yang tin bukan tomato puree
2 sudu besar tomato puree

1 sudu besar oregano (nak tambah herb lain mcm rosemary ke pon syiokk gak bagi angkat bau dia dan rasa )
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
1 sudu besar sos tiram

3 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
Sedikit daun parsley (segar atau kering)
Garam
Gula

kiub ayam atau ikan bilis *optional
sayur-sayuran like carrot , cendawan , kacang pea atau suka hati korang .
nak pedas lagi tambah lah sikit cili boh atau sos cili .


(nak tambah sos prego atau guna sos prego pon boleh kalao nak cepat lah kan )


cara-cara pembuatannya :


Rebus spaghetti ikut panduan yang diberi. selalunya rebus dengan garam sikit dan letak minyak zaitun sikit supaya spaghetti tak melekat .Toskan dan gaul dengan daun parsley.

Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga kekuningan. Masukkan tomato puree dan tumiskan sebentar. Masukkan tomato, jus tomato/tomato cincang, sayur keras mcm carrot, sos tiram, oregano, lada hitam. Masak hingga didih dan kuah hampir pekat. Lepas tu masukkan ayam ,sayur yang lembut2, gula dan garam. Biarkan kuah agak pekat sebelum diangkat dan dihidang dengan spaghetti.



p/s seseungguhnya aku tak tahu apa beza spagetti bolognese ngan spagheti marinara nih . kalao carbonara dia putih2 guna sos prego hat putih tu kan . yang tu kaler putih mesti muak sikit .adakah bolognese guna daging dan marinara guna seafood bezanya? tapi aku suka hati je guna ayam utk dua2 resepi nih. tskkk 
sila gelak lepas baca.

2 comments:

JIJI YU said...

aku tak pernah sedap makan benda ni

zie_ira said...

ira memang nak buat spagetti bolognese takpun marinara ni,takpun spagetti cheese ke ape ke,,sayang nye,parent ira tak suka makan,,nnti kalau ira buat,ira sorang je yg makan,,sobss2,,

sepatah dua kata

apesal.com