Wednesday, August 31, 2011

HARI RAYA HARI UNTUK SUMBAT SEGALA MAKANAN SEDAP NENEK MOYANG

that wat the monster kakak look when she has been forced by the other brothers to finishing her laksa T__T

pergi rumah orang sumbat semua makanan . sumbat semua kuih raya yang cantik cantik sumbat semua kerepek yang sedap . terpaksa sumbat makanan orang hidang. oh perut yang comel tak mampu nak halang nafsu + syaiton yg baru keluar semalam =..=
sila gelak lepas baca.

Monday, August 29, 2011

BILA RAYA MENJELANG selamat tinggal kekasih setahun sekali semoga kita diizinkan bertemu lagi tahun hadapan .

tajuk kemain . tapi rasa sedih gila kan bila raadhan dah nak berakhir nih . rasa macam sikit je buat ibadah tahun nih . T__T

tadi pergi berbuka puasa *even tak puasa T__T  dekat surau yang adik aku jadi imam tarawikh . malam last dorang ada buat kenduri dan khatam Quran . dalam otak dok bayang satgi mesti buka puasa nasi daging atau nasi kampung je sebab surau tu kat kampung2 . memang stail perangai syaitonniraajim gila nak sedap je makan . cam bangang plak dah la takpuasa . tapi bila sampai je perghh kemain lagi . lauk dia , ayam ada ,ikan bawal ada , UDANG BESAR ada . banyak gila lah lauk dia . orang tak ramai . makcik2 je ramai . sembang sembang mak aku gitau yang makaku tu mak  kepada adik aku yg jadi imam tuh .*dah mcm keling plak aku ckap. tanya aku adik kepada adik aku tu ke . aku dah agak dah mesti memakcik akan tanya camtu T_T . bila mak aku cakap aku anak no 2 kakak kepada adik adik yang besar macam raksasa . semua terkejut . okay fine . semua memakcik sama . kata aku comel kecik . kbai .

comel kan ? 
memakcik kat situ ramah gila wa cakap lu . lauk banyak tak habis suruh aku bawak balik . tapi tak ada plastik , dia bagi tupperware kurma dia isi lauk udang yang banyak gila .*baiknyaa terharu . ni mesti kes dia tengok aku makan udang penuh pinggan =..= esok untunglah family aku sahur kat mesjid boleh la ratah udang sensorang . hoyeahh . memang terbaik la memakcik kat situ . puji2 kata aku comel kecik cute rajin lap lantai angkat kemas pinggan mangkuk. oh yang comel cute tu tipu. tahu kan ?  =..=

masa nak balik ada jugak carik tabung surau tapi eh eh memang tak ada tabung okay ! adik aku cakap walaupon kampung tapi orang kat situ kaya2 . makanan dorang collect2 je duit . dah tu hebat2 plak makanan dia . tapi tapi sedih juga tak dapat nak sesama solat tarawikh buat kali terakhir tahun nih . qiam kat mesjid pon dah tak leh pergi . tsskk . nak buat camna . dah nama wanita ;) tpi boleh makan kuih raya awal :p

apa-apa pon lusa dah raya . aku tengok fesbuk belog dah rupa macam  rumah hantu pon ada jugak . dah ramai yang balik kampung kan . time ni lah nak together2 dengan family . tapi yang pasti esok lusa penuh lah home fesbuk dasboard belog dengan status raya bagai . entry bumper edisi raya dengan segerombolan gambar fresh dari ladang . ka fesbuk esok lusa muncul lah 2 3 album raya 2011 . tao dah tao dah :p

btw nak ucap awal2 takut esok dah malas nak bukak belog . agagaga  kalut weyyh kalut nak masak lontong semua .nak masak laksa johor cam malas . huu tahun nih tak balik johor . raya kat penang plak . dah lama tak raya kat penang . nenek pon dah tak ada tahun nih . rasa lain plak T_T

salam syawal buat semua kawan kawan teman temang bergelian dan bergedik bersama2 kat fesbuk mahupon  belog . mohon maaf kalao selama kita kenal aku punya entry ada buat korang makan dalam ke butthurt ke sakit hati ke kan . tapi aku rasa mcm tak ada . ye lah dah nama una budak baeq . ok bai =.=

eh eh raya nanti jangan lupa DATANG RUMAH ! nanti ayah aku bagi duit raya . aku tak bagi sebab masih kanak-kanak :p datang la bertendang sambil meminang pon boleh kat TASEK GELUGOR, PULAU PINANG . okay ? ! :)



SELAMAT HARI RAYA SEMUA !
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)


sila gelak lepas baca.

Friday, August 26, 2011

BERBUKA PUASA BERSAMA hamis jalikha cik epol mario eleno, patin liana, zuzu julikha dan ZACK ZUKHAIRI

seminggu ni aku ngan family aku rajin sahur kat masjid . lepas buat qiam terus sahur seklai ramai2.bila sahur aku makan banyak . selalu kat rumah aku makan koko krunch je kalao tak lalu kdg2 makan sejemput je*bukan peribahasa tapi betul sejemput je . tapi bila makan kat mesjid , hamboih kemain mcm nak tambah2 plak tapi malu . haha sebab tu suka sahur kat mesjid . ngehngeh boleh makan banyak even lauk dia lauk ikan masin je tapi macam best plak . ok mukaddimah tak ada kaitan dengan entry :p

gambar dah lama tapi baru nak update .aku suka simpan2 cerita sampai jadi tapai . aku memang suka cerita yang dah basi basi nih . ngehngeh .tingin jugak aku nak tepek gambar besar besar tunjuk mata bulat2 muka flawless. tak apa muka jerawat banyak tak apa. nikon sedia membantu. terima kasih nikon ! minggu lepas kan time nuzul quran . aku plan ngan kawan2 nak bukak puasa dekat sekolah terchenta kat perlis . berapa tahun dah tak jejak kaki kat skolah situ . sejak berambus time lepas pmr . bebudak wanted kena out awal2 sebelum dibuang sekolah . agagaga

dari kiri : zack zukhairi, patin liana, zuzu julikha, mario eleno, cik epol

rasa suci tulus mulus kudus dan sopan :p
kalao tengah lapar . muka jadi macam hulk jangan salahkan ibu mengandung .
mereka semua beutiful gorgeous

warden kami kata kami pelajar special sebab tu dapat 2 talam . heheh

tetamu undangan . i miss the moment makan dalam talam ! 
bila dah jumpa reramai . perut mula rasa seronok nak makan banyak2 lepas melantak kat
sekolah pergi supper dekat kepsi . nak beli krusher act tapi terbeli bucket kepsi . ngehngeh
KAKAK ni yang belanja . sebab dia dah kerja . agaga buli membuli amalan mulia 

MA'AHAD AT-TARBIYAH AL-ISLAMIAH . pergh nama . haha
konon la kan . ni semua aksi masa muda remaja call ibu nangis2 nak balik =..=
baju asrama baju prep yang paling malas nak pakai ! 
kemain dulu dah la selalu kena panggil dengan warden ngan cekgu disiplin . 
p/s ada berjuta melon lagi dalam folder . kang post semua kang ada pulak yang block blog aku ni =..=
tajuk entry macam bangang . HAHAHA
sila gelak lepas baca.

Monday, August 22, 2011

LAGU ENDING JEJAK RASUL NI BUAT RASA MACAM NAK CRYCRY



rasa macam nak nangis kan ? lagi lagi bila tengah pikir berapa puluh milion dosa kita dah buat . sambil hafal nama -nama Allah sama-sama lah kita bermuhasabah diri :) jangan cakap la kan bila tengok jejak rasul , macam mana umat Islam kat sana hidup .macam mana dorang berjuang untuk tegakkan agama Islam. sangat speechless dan kagum tersangat sangat . bukan macam umat Islam malaysia yang malu dengan agama sendiri, yang hanya suka kan hiburan . nak buat macam mana kan dah kita ditayangkan dihiburkan setiap hari dengan hiburan yang melalaikan berkat keizinan pemerintah dan media . Astaghfirullah .

lagu ni punya la susah nak cari . padahal aku boleh je taip lagu tema jejak rasul tapi tak teringat langsung. tsskk tadi baru teringat nak buat camtuh last2 jumpa jugak . hamek . dah 9562865141897372 kali dah dok replay nih . sambil kesat hingus sambil korek hidung sisa siang tadi . huk huk k bai
sila gelak lepas baca.

Thursday, August 18, 2011

TOLONG JANGAN LUPA NAMA KU KALAO INI RAMADHAN TERAKHIR KU

aku nak pergi perlis hari nih dengan esok , ada majlis berbuka puasa kat sekolah lama MATRi . ngehngeh untung untung dapat jumpa jodoh pon best jugak nih :p



MEDIAFIRE :  DOWNLOAD FULL version jangan lupa nama ku MP3 
4SHARED : POMPA BENSIN - Jangan Lupa Namaku (OST Ramadan Terakhir).mp3

POMPA BENSIN di purevolume.com
minus one hanya music klik play yang bukan minus one :)


LIRIK JANGAN LUPA NAMAKU 
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana Aku mengingati mu
Kerana Aku men’cintaimuAndai aku Bisa bertemumu Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu Jauh di mataku Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku Sentiasa mengingatimu
Kerana aku Sentiasa menyayangimu oh kekasih hatiAndai aku bisa memelukmu Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

nota : bakal merindui Ramadhan bulan kemuliaan yang tinggal hanya beberapa hari saja lagi T___T


p/s fairuz mempotong aka sakinah lolz lagu ni khas untuk awak . lol :)
  

sila gelak lepas baca.

Wednesday, August 17, 2011

WEDNESDAY BERSAMA BLOGGER DAN FESBUKER YANG ANNOYING

bila ada orang nak suh dia like like pix dia . and yang paling annoying tahap cipan berbulu ketiak bila dia bukan friend kita . kalao friend kita kawan yang kita kenal minta tolong tak pe lah jugak . ni tak tetiba je . ohmeygee ohmeygee . orang sanggup buat apa je kan untuk menang . memang lah bukan isu besar tapi tak ke tak de perasaan dorang tuh dok jaja gambar nak suh like like .

kita kenal ke ?
nak hebat sangat paksa paksa org 
bila susah baru nak cari tu lah namanya kawan facebook .


Tulis sesuatu yang lucah di facebook juga mampu buat kita annoying . ini kerana remaja di facebook lebih gemarkan status-status yang merepek & tidak berinfo. aktiviti melucah macam kao dah cukup banyak pahala nak cakap benda benda nonsense macam tuh . agak2 la kan nak tarik perhatian kat group blogger mahupon status sendiri. entry hari tuh ada jugak pasal nih tapi kemain melampau sekarang . bila persaan malu dah tak ada dalam diri . benda yang sepatutnya jadi disorok dibincangkan depan2 . dah retis sangat la tu kan nak cakap menda menda camtuh kat public . bulan puasa ni hormat2 la sikit . bulan lain tak leh nak kata apa dah la sebab syaitonnirrajim bersama-sama . hurrr

aku malas nak pintscreen blogger yang suka cakap lucah dan mempopularkan diri nih .
btw SALAM NUZUL QURAN SEMUA . manfaatkan cuti dengan banyakkan membaca Al-Quran ke korang manfaatkan cuti nak pergi shopping raya ? =.= aku kena buat kuih kot hari nih . hari2 guna alasan sakit kepala sakit perut susah jugak . hurrr =='

sila gelak lepas baca.

First Giveaway by Amalina Athman

first giveaway dari amalina athman dan disponsor oleh :


nak tengok hadiah super duper menarik ? meh KLIK SINI MEH 
aku kalao giveaway yang ada hadiah makanan ngan LOMO memang aku terus join lah kan .untung2 dapat underwater lomo tak yah beli dah nanti .boleh beli holga plak . ngehngeh 

sila gelak lepas baca.

Monday, August 15, 2011

depa kata aku annoying tapi sebenarnya bukan aku tapi angelina jolie . dorang tertukar



erm erm dari tadi gua bukak new post nak conteng seketul 2 ketul ayat ayat berbunga kat korang yang sanggup baca tapi serious gua malas gila nak karang karang ayat . ni semua sebab gua dah start buat kuih raya la ni tadi =.= habis sakit badan bila lama tak buat keja .

mak cik yang buat kuih raya tu call aku , dia nak minta tolong buat kuih raya , ok memandangkan sedara gua pergi juga . tapi itu buakn sebab musabab dia . sebab yang betul sebab gua memang rajin dan suka menbantu jiran tetangga . itu jeh . ok kita abaikan disini .

apa yang gua nak gitau , semalam dan semalam dan semalam , pokoknya tiap-tiap malam sebelum  tido , ada je isu yang gua nak conteng tapi serious lepas buakk mata bukak laptop , semua kejadah tu hilang . gua tak tao la apa gua makan sampai sipat lupa gua dah macam angelina jolie . setahu gua , time sahur gua makan koko krunch  je . tak kan effect kot =..= ok yang ini pon kita abaikan .

dengar kata hari ni bonus masuk tapi asal gua tengok ibu gua diam je . tak nak share letteewwww . semalam ayah gua nak ajak berbuka kat botel tapi realitinya penang mana ada banyak hotel sediakan buffet ramadhan . nak nak pulak dekat belah juru , sungai bakap . situ gua rasa tak ada hotel . ni semua sebab nak g tengok adik aku demam la nih tu pasal tak leh gi hotel sri malaysia kat kepala batas .  okay kesian adik aku dah la jdi imam tarawikh tak macam kakak dia jadi imam atas katil je . =..=

rasanya karangan ni dah boleh hantar kat puan cikgu . dah 5 perenggangua rasa. tak payah nak cukup 1000 patah perkataan . puan cekgu tak kisah . ok lah gua nak g sambung makan kejap .buat fairuz dengan nub . i dah update harap uolssss tak sedih2 tak rendu kat entry gua *puihhh sebaldi kat diri sendri .


aku pon taktao apa yang aku merapik meracau memalam nih =..=
sila gelak lepas baca.

Thursday, August 11, 2011

I MISS YOU I NEED YOU



yaahh this is it i need rajin to come hughug me =..= because im currently


MALAS
padahal semalam dah azam nak jadi rajin sikit lepas kena 23 das leteran dr makayah





****
nak g shoping takda org nak teman, ayah bagi duit banyak tadi . minta 50 bg 150 . ok cool nak beli lauk saja rm150 dapat  .upah katanya .  nice ayah . iloveyouuu !. kbai sambung tengok running man 

sila gelak lepas baca.

Wednesday, August 10, 2011

JOM MAIN TAMBAH TAMBAH DENGAN BLOGGERS . LOLOLOL

aku tak paham kenapa sesetengah blogger suka . . . . . dan aku sure mesti nanti akan kata aku saja nak besarkan isu . bukan nak besar2kan isu remeh tapi kadang2 annoying jugak kalao dibiarkan .

pertama :
-suka ngeADD reramai kat fesbuk . motif apa dorang add ? okay dah tao nak tambah kawan ? like seriously ? tak nampk cam nak kawan pon . geezz tak payah nak kawan sangat lah kan . bila aku comment sikit pon tak layan . yang dia tao asyik nak suh aku like page dia suh aku like entry suh aku komen entry beliau . habes belog aku hang dah usha ke hhang dah komen ke nak suh aku buat segala kat blog hang . dah nampak sangat add sebab kepentingan diri saja . aku kalao add tuh mesti sbb aku suka gilosh blog dia dan dia juga seorang yang ramah tak memilih kawan . gila paling annoying bila blogger bajet retis ni lah kan. pandai nak add tapi budi bahasa tak ada langsung . yang blogerr kecik kecik mcm aku pulak konon gila syiokk la kan blogger terkenal add . siap buat ENTRY PENGHARGAAN la konon . lol *aku tak ada masa nak buat camtuh setakat nih* last2 dorang sendiri add pon sebab kita blogger dan senang lah nanti dia boleh suruh kita like page dia suruh kita komen entry dia . dah tu style layan blogger yang setaraf dengan dia jeh kan .  bila aku komen status dia nak befriend ngan dia , layan pon tidak. setakat nih 20% je kot bloggers yang sangat boleh buat kawan walaopon blog dorang best dari yang bajet retis nih sbb dorang nih humble dan suka layan peminat cam aku . yang lain tu OUT .blog dah best perangai pon kena best la weyh. so jangan la plak nak terasa bagai kalao hangpa tak buat camtuh . jangan pulak cakap sebab aku sombong sbb tuh dorang sombong . lol dah aku plak yang hegeh2 nak kawan dgn dorang .mmg la aku boleh ignore je request tapi dah macam kejam sangat plak dah . cuma kalao dah pandai add tu pon pandai2 la guna kemudahan fesbuk yang lain plak .

so apa motif  bloggers suka ADD ADD FESBUK nih ? #harshword?



kedua :
-mengenakan caj bayaran yang mahal kalao nak letak banner kat blog dia . agak2 la kan . memang la aku tao blog uolzz pageview banyak sejuta melon view, traficc 10k . alexa rank *okay aku tak paham kejadah apa alexa* tapi dah semua benda hang nak caj . setakat soploh hinggit tu boleh lagi la kan. ni tak nak sampai 30hinggit untuk banner kecik2 je kot sebab musabab pageview dia, trafic dia banyak . dengan sebab itu kita boleh amik trafic dia sikit dan dia mengenakan bayaran yang agak mahal ? macam tuh ke sistem barter? oh bukan sistem bater eh . habes sistem apa ?  tak paham aku apa motif dorang #harshword

ketiga :
-fan page . memang la fanpage salah satu cara untuk pembaca dan 'peminat' setia boleh update tentang entry kita selalu . dan boleh merapatkan ukhuwah silaturrahim katanya dengan kita . tapi agak-agak la kan nak buat fan page mana boleh paksa orang orang suh like . kalao orang tuh suka dia like la nanti . kenapa nak paksa-paksa ? dah nak cari likers terbanyak plak ? *jangan nak tacing sangat* aku tak cakap semua tak layak , bukan semua tak layak buat fanpage. yang mana rasa layak sebab blog dia penuh dengan bahan berilmiah dan bahan yang kelakar*akusuka* , tak kesah lah kan , buat lah page bebanyak pon, buat la account I II III pon tak kesah lah aku . aku tetap like :p jangan risau aku pon banyak like fanpage blogger . tapi yang tak tahan baru buat blog terus nak buat fan page . dah tu blog asyik cerita pasal baby bie dia , hari ni kuar shoping dengan baby hari ni kuar detinx dengan bie . shukewwww sangat . penuh cerita pasal awex/pakwe yang belum tentu jadi pasangan nikah nanti. nak plak aku like 'bahan berilmiah' macam tuh  #harshword

keempat :
-update status bebanyak kat group bloggers . status dia berak status dia kencing status dia kena marah ngan mak semua nak update kat group . apakah ? update kat profile masing2 dah la . tak payah la nak perhatian camtu sekali .  eh kalao nak jugak buat lah sekali sehari jangan lah sampai berpuluh2 status nak update kat group dalam masa satu jam . hadoii lagi2 sekarang si mark tuh dah mula buat gila sampai semua link blog yang diudate kat group semua muncul kat home . mark memang suka kan bagi orang meroyan .

kelima :
-ahh sudah benci plak bila aku naip entry penuh kebencian nih . kang ada yang kata bulan puasa dik .bawak2 bersabar. bulan puasa baru nak tunjuk baik ? tipikal lah . buat baik kena senantiasa lah bang. tak payah la tacing-tacing nak hentam2 . barangsiapa yang rasa nak hentam mesti dok buat camtu letteww . sebab tuh nak tacing lebih . again BUKAN SEMUA BLOGGERS SESETENGAH SAHAJA . so yang bukan sesetengah tuh tak yah memalu komen sikit . anon pon boleh komen . kakak suka dik . hikhik


sebarang bantahan atau pon cadangan aku terima dengan seadanya . kehkeh akhir kata . gua mohon maaf tebar sepuluh jari kaki tangan , sepasang mata dan telinga , seketol lubang hidung dan sebuncit perot kalao apa yang gua kata nih tak berilimiah dan tak ada faedah . tak suka jangan baca . eh ?


p/s susah jugak eh nak menahan nafsu korek hidung ni =..=
sila gelak lepas baca.

Monday, August 8, 2011

STOP VOTING AND SPREADING MESSAGE FOR PALESTINE VS ISRAEL ?

entry bersambung dari entry lepas . sila klik older post kalao nak tahu sbb aku malas nak copy link :p

pagi ni lepas sahur je terus check beloq .terus check fesbuk. okay ada komen ada mesej. berbunga2 riang sebab best ada komen lolol . baca baca baca gelak sensorang *gila* and ... terus terpaku terus terpana . bukan sebab komen anon yang cool . komen anon gua tak kesah . nak komen anon tak anon suka hati lu lah . janji komen lu tak berbaur taik. *takpayahnakganas* okay okay dapat info dari fatma ayuni pasal ala yang vote vote palestine ngan israel tu kan kan . ada sedikit berita pasal info tuh . sdikit INFO yang mungkin AKAN MENJADI BESAR *kena capslock sebab BESAR . ya penting sangat penting . sila baca . tapi berita ni pon aku tak sure jugak betol ke tak . dan aku tak tao mana satu betol . arghhh . tapi dorang dah siap buat kajian . takpe ah janji aku dah sebarkan . takut juga aku kalao benda ni betol . kita mati-mati ingat kita dah sumbang sikit untuk palestine tapi rupanya kita sedang sumbang banyak untuk israel laknatullah . Astaghfirullah . dah la siap ajak semua sedara mara sahabat handai jiran tetangga kakak abg semua suruh vote . pastu yang pelik aku rasa ramai je yang vote tapi system number tu tak plak bertambah2 . ada jugak komen dari sahabat pasal tuh .aku pon sebenarnya pelik jugak tapi aku ingat maybe terlampau ramai sampai kita punya kuantiti pon tak dapat nak naikkan poll tuh .

Berhenti sebarkan mesej "Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului......"Ia adalah mesej berantai.Undi anda walaupun sebanyak mana disana tak akan membantu sedikit pun rakyat Palestine dalam kesengsaraan malah menambahkan beban bagi mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap page view laman web tersebut, sebanyak RM0.01 akan dibayar kepada Israel untuk iklan Google Ads mereka. Bayangkan kalau ada berjuta-juta pageview dan mungkin lebih dari itu. MasyAllah. Berapa banyak dah wang yang mereka perolehi. Dan tahukah anda wang itu digunakan untuk membeli senjata dan peluru2 yang membunuh saudara2 kita di Palestine? Kalau difikirkan logik, tak kan Google yang besar itu buat poll gunakan website free seperti ini kan? Dan saya ada buat sedikit Whois Lookup keatas laman web tersebut (cara untuk mendapatkan maklumat pemilik laman web tersebut). Ini hasil carian saya: http://www.whois.net/whois/israel-vs-palestine.com. Tengok sahaja pada maklumat yang disertakan. Ada tertulis pemiliknya Google? Malah maklumat yang disertakan bukan maklumat yang betul. Fikir-fikirkan lah.http://www.whois.net/whois/isrwww.whois.nethttp://www.whois.net/whois/isrwww.whois.net

so kalao berita ni betol . aku kat sini nak mohon sepuluh jari kaki tangan , sepasang mata, telinga sebab atas kekhilafan diri sendiri dah sebarkan benda yang agak tak betol . tapi apa yang penting !
  jangan lupa BOIKOT BARANGAN ISRAEL!

dan tak lupa juga hari ni *eh banyak betol info aku dapat hari nih . hikhik*  baca tentang identiti terbongkar makcik hajjah sittalwuzara kejadah apa ntah nama takhengat .baca dekat
solihin zubir
abang panda arcx13
sozcyili
azmeerahmadshahrudin
sila gelak lepas baca.

Saturday, August 6, 2011

ISRAEL LAKNATULLAH VS PALESTINE ! TUNJUKKAN SAYANG ANDA PADA SEBUAH NEGARA ISLAM

hanya setiap selang satu jam sahaja boleh vote  lepas first vote. 
berita ni aku jumpa masa dekat fesbuk . dengar kata google sedang buat undian nak namakan negara milik palestine yang dijajah sesuka hati oleh israel laknatullah dalam peta google . dan sekarang ni pon israel dah mendahului palestine dalam sisitem voting nih . masa ni lah kita kena tunjukkan yang kita sayangkan negara yang menjadi negara para Anbiyya . negara Islam .

Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului.. Anda ambil berat kan? Jom undi Palestin!
tahap kesahihan berita ni aku tak tahu . dan belom tentu pihak google akan senang hati nak letak nama palestine sebab dorang pon mesti sokong bangsa dorang . tapi jangan pikir semua itu . yang kita nak kita perlu sokong palestine .dari korang buang masa dok vote2 like gambar awk cun awek cute baik korang vote palestine. bukan sahaja sokong dari segi doa atau pon bantuan yang hanya ikut musim .kejap musim bantuan kejap diam plak .sampai dah berapa puluh tahun mereka tetap macam tuh. sama-samalah kuatkan iman boikot barangan israel / amerika yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita.



p/s sedar tak sedar banyak barangan mereka yang kita dok guna . spread the loveeeeeee .

UPDATE : STOP VOTING ON THIS POLLL ! CLICK HERE FOR MORE DETAIL PLEASE ! 
THANKZZ . AGAIN STOP VOTING ! 

sila gelak lepas baca.

Friday, August 5, 2011

TWITTER DAN SAYA ! | TUTORIAL LENGKAP MENGGUNAKAN TWITTER DENGAN BERKESAN



berkurun lama dulu penah buat satu account nama pon time tuh pelik2 . gila glemer time tu pakai nama nak vogehhh jeh . last2 lupa nama lupa password . lantak . aku tak kesah boleh buat lagi :p

pastu awal taon 2011 nih kot aku buat seketol lagi twitter . januari rasanya . entah lupa tak masuk plak dalam kalendar hari ini dalam sejarah . lolol jangan lupa follow saya @unabudakbaeq okay terpromolot plak .bila dah buat tuh memang lah memula tuh tak da kawan . kita la kena hegeh2 follow orang lain . tweet beliau ,greet beliau . kalao dah retis tuh tak payah cakaplah kan . masa tuh aku cuma pandai follow pandai tweet pandai retweet saja .pastu banyak mention yang aku tak perasan sebab lama tak online .adibar noor pon nak jugak mention nama i tao . terharu. pastu sebab twitter tak ada notification cam fesbuk so aku rasa  cam susah nak tao sapa mention kita *konon lah kan cam la ada org mention mention nama hang .puihh*



punya lah lama baru hari ini aku rasa nak google pasal tutorial guna twitter nih . tak ke comel noob nya aku google pasal nih . so lepas ni kalao ada keyword tutorial guna twitter gaya comel ha tu aku lah yang cari. btw google memang terbaikk . tuto macam tuh pon ada . terima kasih lah pada segala bloggers yang susahsusah buat tuto macam tuh untuk orang comel macam aku =.=

jadi apa kata kalao yang tak tahu guna twitter kita KLIK link ni reramai dengan kadar tahap comel !


terima kasih awak awak semua 
jangan lupa follow saya dan tweet tweet bersama saya :p
teringin nak dapat tweet banayk2 cam retissss =.=



sila gelak lepas baca.

Thursday, August 4, 2011

BILA DAH MASUK U SEMUA BAGUS LA EH EH ? SEMUA DAH JADI GOOD GOOD LA KAN .pffttt

merenung masa depan ? *benci gila caption camnih =.=
tajuk entry sengaja mahu menenangkan perasaan gundah gulana aku =='

kadang-kadang bila orang tanya , weyh hang u mana la ni ? weyh hang p belajaq kat u mana ? memang lah kadang-kadang aku jawab aku kat UTC tak pon UMOBILE kadang-kadang aku jawab dengan muka inosen UMARAHILOVEYOU . selalunya jawapan aku akan disertai dengan sepakan penalti dan sepakan ninja dari yang bertanya soalan.

T_________T aku kolej swasta je kot . takat diploma jeh . degree konon-konon nak apply UUM tak pon UITM , UKM  pon boleh . tapi tu lah dapat u swasta jauh2 . mak aku plak tak bagi p jauh2 nanti sebok nak balik setiap minggu T___T pastu nanti takut terkena kejutan cuaca . sakit tu lah sakit ni lah =.=


tetiba rasa macam budak bodoh plak tak leh nak belajar sampai u hebat-hebat .bila tengok ramai kawan2 semua masuk u dapat u hebat2. tsskk nanti nak pilih laki tak boleh nak demand2 pilih yang hebat-hebat sahaja sebab diri sendiri pon ala kadar je =.='

rasa macam mak mak datin ngan anak-anak beliau je pixca nih *tak ada kaitan entry=..=
UTC : nama bas tambang dekat bahagian utara .
sila gelak lepas baca.

Wednesday, August 3, 2011

PEREMPUAN MALAS MANDI ? LOMO AQUA PIX

chillex la derr . kat rumah je pon kan kan . mak bapak adik beradik je bao badan . bukan nye busuk mana pon . tak de bao tengik cam bangla ha . serious

okay ada rasa nak muntah tak ?
jangan malas-malas mandi ye :p *nasihat untuk diri sendiri =.=

*******
ehem ehem

will get this baby soonnnnnn .bukan fish eye mahupon diana mini tapi hanyalah lomo aqua. act aku bukan nak beli dslr pon sebenarnya dulu, tapi nak beli si cantik manis lomo ha tapi tergedik urat kentut plak beli p dslr . last2 simpan dalam lemari je buat stock pegi jenjalan =.=


LOMO AQUA PIX Waterproof Camera


murah doeee tak mahal tak sampai seratus pon boleh dapat 

mana lagi awesome ??? boleh la nanti berjimba-jimba dalam air pakai bikini pastu tangkap tangkap gambar . ngehngeh . tak sabor dah ha nak p snorkeling kat pangkor . kehkeh
sila gelak lepas baca.

PUASA DULU PUASA SEKARANG : CONTOH SMS UCAPAN PUASA



pejam cecelik pejam bebuka dah start puasa balik hari nih . kalao pejam tak bebangun tu maknanya dah tengah menaip dalam kubur la tuh . hikhik satgi tengah hari mesti ada yang tergagau peti ais cari ayaq . tak pon mesti dah ada yang sempat teguk 2 3 liter ayaq dah kan . pastu kononnya terlupa . biasalah first day puasa . kalao tak lupa tak sah . lagi2 bab nak korek hidung . tu la time sahur tadi takmo siap2 nak korek hidung habis bila dah tengah hari baru rasa hidung penuh taik . ha kan dah nak garu2 hidung . jangan sampai korek penuh nikmat lak kang ada jugak yang bukak puasa awal . hee

puasa dulu
-dapat mesej-mesej wishes dari member2 . sehari tuh kalao tak bunyik2 memang tak sah . sampai celcom ngan maxis selalu hang lah bila time2 malam camnih .siap tukar2 mesej puasa dengan family . pastu kalao tak dpt mesej yang sama tak sah . biasalah ayat yang sama dihantar . aku rasa bila dapat wishes maacam ni lah yang paling heaven sekali . rasa mcm ramai je yang ingat kat kita .

time sahur dedulu tak de la kecoh sangat . tiap rumah je yang kecoh nak bangun sahur liat tapi sekarang tak payah risau . time sahur ni ramai yang online kat fesbuk . so pagi2 sahur dah ada keyakinan dan tenaga nak sahur sebab lepas sahur atau tengah sahur nanti boleh post status kat fesbuk kan kan sambil show off makanan time sahur tadi . kehkeh lepas ni aku plak buat . heheh

dulu paling semangat nak p terawih sebab boleh jumpa2 member kat mesjid atau surau pastu semayang lapan jeh . tak pon semayang pat rakaat je terus bungkus kain telekung p main . tapi sekarang nak g mesjid pon susah . penat kerja lah penat buat assigment lah . konon nak semayang kat rumah je tapi haram . tarawih depan laptop  . tao dah .

kalao korang ingat lah kan . kita selalu dapat sms macam ni kan .

Perkataan yg indah adlh “ALLAH”
Lagu yg merdu adlh “ADZAN”
Media yg terbaik adlh “AL QUR’AN”
Senam yg sehat adlh “SHALAT”
Diet yg sempurna adlh “PUASA”
Kebersihan yg menyegarkan adlh “WUDHU”
Perjalanan yg indah adlh “HAJI”
Khayalan yg baik adlh ingat akan “DOSA&TAUBAT”

jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya.
jika seluruh umur adalah dosa, maka tobatlah obatnya.
jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya.



ACCOUNT NOTICE
Pls note that your PAHALA balance is not sufficient to maintain your AKHIRAT account.Pls recharge your AMALAN to reload your SYURGA credit line

Marhaban Ya Ramadhan

Setup niaT
Ugrade imaN
Download sabaR
Approve maaF
Hunting pahalA
Biar jadi member surgA
Selamat menjalankan ibadah puasa


Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR b'nombor 1432H dgn tujuan AIDILFITRI.
kita akan terbang dgn ketinggian 29/30 ke atas permukaan HAUS & LAPAR.
Para penumpang diwajibkan utk memasang NIAT PUASA & menegakkan kursi SOLAT.
Penerbangan ini bebas asap PERMUSUHAN & PERSELISIHAN.
Saya selaku anak kapal yg b'tugas mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :)
si tieah bagi kat fesbuk .

kalao yang teror symbol2

.i. * c .i. 
* l.l _£_ l.l *
.l.l_(""""')_l.l.
.:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:.
Se£aMaT MeNYaMBuT Bu£aN RaMaDaN A£-MuBaRaK

tapi sekarang dari tadi aku tunggu2 tak de plak bunyik2 dari nset2 aku .rosak ke hape tak tao lah =..= tapi ada la 3 4 orang baik hati bagi mesej . terharu mak nokkk .  kesat hingus sikit buat tenaga puasa .

iklan puasa

sila gelak lepas baca.

TAWARAN DAN TARIKH PERMOHONAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM SESI 2011/2012

Permohonan biasiswa Jpa bagi program ijazah dalam negara (PIDN) 2011 telah pun dibuka sekarang. Permohonan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang layak untuk mengikuti program ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 ogos 2011 manakala permohonan akan ditutup selepas 7 hari dari tarikh permohonan iaitu 8 ogos 2011.

Untuk membuat permohonan secara online, sila layari pautan dibawah.
Keputusan akan dikeluarkan  pada 23 September 2011 (Jumaat) di laman sesawang  http://esilav2.jpa.gov.my.  Bagi calon yang berjaya, pihak JPA akan mengeluarkan surat tawaran biasiswa serta buku perjanjian.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH SEMAK DISINI 
sumber : informasi.my

sila gelak lepas baca.

KOREK HIDU PENGSAN ? BATALKAH PUASA ? #WW





funny gifs


lupa lah plak nak korekkorek sahur tadi kan dah terangsang =..=
sila gelak lepas baca.

Tuesday, August 2, 2011

LUPA NAK LETAK TAJUK BOLEH ?


gambar perempuan pkai baju sekolah basah ?
nak buat eksperimen sains ke biologi nih ?
tak kan lah bulan bulan macam ni pon nak cari menda alah ni jugak .
setiap hari mesti ada keyword lelucah yang singgah .
semalam cari pasal bra lah pasal selak kain pon ada . malas nak prinscreen . 
habes belog i jadi mangsa kepuasan nafsu korang .
geezzz .
setan bertopengkan manusia ni jugak lah yang tak dirantai .
datang p lah bulan apa pon kalao dah nafsu jadi anak didik setan tak kemana jugak . 
sama je tiap tiap bulan pon .  

******
yang perempuan plak bila pergi bazaar ramadhan suka hati je sarung baju .yang pakai tudung pakai lengan pendek pakai baju ketat pakai legging. yang tak pakai tudung biasalah . 
habis macam mana nak bagi lelaki semua jadi orang beriman
dosa korang bertambah pastu menyebarkan plak ka orang lain yang sememangnya tak tahan dengan godaan nafsu . haish haish manusia manusia . 

Hadis riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.

sila gelak lepas baca.

TUTORIAL CANTIKKAN SCROLL BAR BAGI JADI COLOUR ATAU GAMBAR

ASSALAMUALAIKUM ! kehkeh bukan lah nak jadi blog tutorial tapi sebab nak puaskan nafsu   harapan yang telah ditanya beberapa penduduk bumi kat fesbuk den.
 serious menda ni senang yang amat . pastu rasanya tak memberatkan belog kot . kalao yg berat tu mesi pakai berokband =..= act aku pon bukan nya terror sangat nak buat code sendiri so aku berpandukan code dari  mak incik kerana manisnya epal ni :) mintak halal la ye nak spread the love nih :p

*asal mukaddimah je mesti nak panjang berjela =='


sila amek pensil amek pemadam dan buku nota pastu letak kat tepi . kita tak gunakan menda tuh . kita guna intenet je okay anak-anak ? =.= oh ya menda alah ni hanya sesuai untuk google chrome sahaja katanya .

memula mesti lah pergi dekat port ini

Dashboard-Design-Edit html-Tick Expand Widget Templates

Cari code ini ]]></b:skin>


Step 2

Copy code kat bawah ni pastu letak DEKAT ATAS CODE  ]]></b:skin>

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #D9D9D9;}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #F2F5A9;-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}

yang hijau tu untuk colour background dia
yang biru tu plak untuk colour scroll bar tu plak .
untuk code html colour boleh klik sini 

pastu kalao nak guna gambar plak boleh lah tukarkan 
background-color: #F2F5A9;  kepada

background-image:url(URL BACKGROUND ANDA);

kalao nak letak border plak bolehlah tambahkan code bawah ni selepas code border-radius: 10px;
border: 1px solid #000000;

Cuba preview.. Kalau tak ada error, boleh la tekan button save tempalte sesuka hati bagai pelangi :p

sebelum tu korang tao tak apa itu scroll bar ? tolong buat2 paham apa yang aku ajar nih T_T tak paham baru tanya eh eh . jgn memalu . 

sila gelak lepas baca.

Monday, August 1, 2011

MENU BERBUKA ATAU SAHUR ala2 western: RESEPI SPAGETTI MARINARA versi buku resepi

aku ingat nak masak ni esok memandangkan ada 2 peket spagetti dlm simpanan .tapi sebelum nih mmg dok guna resepi ni je lah. alah sebenanrnya memang gila senang buat spagheti ni kalao nak feel mcm western la konon . tu pon kalao rajin lah kan kalao nak buat esok. kehkeh sebab mak aku keja . tak de la orang nak tolong2 plak nnt . ngehngeh sebelum nak memasak kena lah usha barang dulu , udang plak tak da, ayam je ada . tapi mak aku selalu buat kuah cair gila dah mcm kuah mee rebus dah . tsskk 


google : spaghetii marinara yg menggunakan lala/remis 


500 g Spaghetti 
1 biji bawang besar - potong dadu halus 
3 ulas bawang putih - cincang halus 
1 biji lada hidup atau 4 biji cili padi - dimayang 
300 g ayam di potong kecil (sebenanrnya pkai seafood mcm udang ngan lala tapi aku pkai ayam je ) 
3-4 biji tomato yang dicincang halus *nak cepat cari je tomato yang tin bukan tomato puree
2 sudu besar tomato puree

1 sudu besar oregano (nak tambah herb lain mcm rosemary ke pon syiokk gak bagi angkat bau dia dan rasa )
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
1 sudu besar sos tiram

3 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
Sedikit daun parsley (segar atau kering)
Garam
Gula

kiub ayam atau ikan bilis *optional
sayur-sayuran like carrot , cendawan , kacang pea atau suka hati korang .
nak pedas lagi tambah lah sikit cili boh atau sos cili .


(nak tambah sos prego atau guna sos prego pon boleh kalao nak cepat lah kan )


cara-cara pembuatannya :


Rebus spaghetti ikut panduan yang diberi. selalunya rebus dengan garam sikit dan letak minyak zaitun sikit supaya spaghetti tak melekat .Toskan dan gaul dengan daun parsley.

Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga kekuningan. Masukkan tomato puree dan tumiskan sebentar. Masukkan tomato, jus tomato/tomato cincang, sayur keras mcm carrot, sos tiram, oregano, lada hitam. Masak hingga didih dan kuah hampir pekat. Lepas tu masukkan ayam ,sayur yang lembut2, gula dan garam. Biarkan kuah agak pekat sebelum diangkat dan dihidang dengan spaghetti.



p/s seseungguhnya aku tak tahu apa beza spagetti bolognese ngan spagheti marinara nih . kalao carbonara dia putih2 guna sos prego hat putih tu kan . yang tu kaler putih mesti muak sikit .adakah bolognese guna daging dan marinara guna seafood bezanya? tapi aku suka hati je guna ayam utk dua2 resepi nih. tskkk 
sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com