Sunday, July 31, 2011

VIDEO PENGUMUMAN PUASA 1432|2011 OLEH ATUK BARU :) | NIAT PUASA DAN DOA BERBUKA PUASA


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.

Pada 26 Julai lalu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengumumkan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

p/s cepat gila update kat youtube . memang dah maju sangat dah ni . 


NIAT PUASA -kot ada yang lupa setelah berkurun tinggal . ngehngeh . nak senang kalao takut terlupa niat . boleh niat untuk sebulan sekali ye anak-anak :)

lafaz puasa untuk sebulan 

doa berbuka puasa 

sumber gamabr dari faceblog
jangan lupa semayang tarawikh malam ni okayyyyy ! 
aku ingat nak bagi kelebihan solat tarawih dari malam pertama hingga malam terakhir tapi nasib baik aku sempat baca tentang artikel ni . . .sumber dari mufti terengganu . 

"Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. 

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu. "


jadi marilah sama-sama kita buat solat ini dengan iklhas , ganjaran yang diberi oleh Allah semestinya berupa ganjaran yang sangat tinggi . 


babai setan ! babai hantu . boleh lah pergi toilet malam2 dengan aman . kehkeh 






nota kakitangan : salam ramadhan dari aku sekeluarga . semoga kita tak sia2kan rahmat yang Allh turunkan pada bulan Ramadhan penuh keberkatan ini . tak dapat nak sama-sama tarawikh malam ni dengan puasa esok , tskkkk T_________T

sila gelak lepas baca.

5 comments:

d_tieah said...

Selamat menunaikan ibadah puasa bagi tahun ini ye..
Semoga kita sama sama memperoleh rahmatNya..

JIJI YU said...

haha ku rasa cam laen je pengumuman kali ni

UNA budak BAEQ said...

selamat berpuasa jugak tieah . memoga gila ko semakin berkurang bulan puasa nih . kehkeh

UNA budak BAEQ said...

tu la kan . rendu kat atuk yang lama letteww . nanti lama2 biasa lah .

Telaga Putih said...

haha perlu ke nak bagitau y ayat last tu.. :P

sepatah dua kata

apesal.com