Thursday, July 14, 2011

SAYA SUKA TENGOK AIZAt NYANYI SAYA SUKA TENGOK DAFI COMEL JE SAYA SUKA TENGOK DIANA DANIELA . COMEL DAN SEXY GITUU =.=

tajuk entry hanyalah metafora sahaja . nak minat dorang . pfftt 
kenal siapa mereka ? bohong lah kalao ta kenal . artis feveretttttt tuh . yang membawa kearah malaysia sebuah negara seni yang terhebakkk . yang membolehkan malaysia dikenal kerana seninya dari agamanya .mereka artis muda yang berjiwa seni yang hanya berusia dalam lingkungan geli geli remaja. dalam kebanggaan terhadap mereka yang sudah berjaya dalam usia muda. ya sangat mungkin dan mesti ada yang sangat meminati mereka . tanyalah mak mak atau adik adik bawah umur semua kenal. aku juga kenal tapi tak bermaksud aku suka dan ambil mereka sebagai idola . masih belum tahap layak dan tak akan layak  .
KITA LEBIH KENAL MEREKA INI DARI KITA KENAL MEREKA YANG PATUT KITA KENAL DAN DIJADIKAN CONTOH





dan
eh oh anda tak kenal siapa beliau ? bukan artis realiti bukan juga artis didikan atau seumapanyaa .
siapa kenal syabas dan tahiah diucapkan.
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh , khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.ikuti kisah selanjutnya DI ILUVISLAM klik untuk baca biodata dan cerita . dan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH  sini juga KISAH SULTAN AHMAD AL-FATEH *paksa kan diri anda baca !
kalao kita baca sejarah Islam bagaimana dorang tawan benua negara kafir yang sangat gagah dengan tentera yang banyak dan menggunakan senjata yang canggih mesti kita akan terpegun dengan kekuatan umat Islam pada masa dahulu . kekuatan yang hanya memerlukan selama tempoh tak sampai 40puluh tahun oleh Nabi Muhamma SAW untuk mendidik umatnya dan sahabatnya dalam memperjuangkan Islam agama Allah . Subhanallah .


apa yang aku nak kata kat sini . masih ada lagikah pemuda segagah beliau yang berani mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia ? bersyukurlah atas kekuatan dan kesabaran para sahabat dan Tabiin dahulu , Alhamdulillah kita boleh bernafas dalam nikmat Iman dan Islam walaopon nikmat itu semakin terhakis dek godaan barat yang tak sia2 nak hancurkan bumi Islam .


yang mana belum pernah dengar dan baca cerita pasal Sultan Muhammad Al Fateh , aku sangat2 mengalukan dan mewajibkan pada kalian untuk membaca . boleh menitis air mata ohh bila tgk video tuh ngan baca cerita pasal perjuangan khalifah terdahulu dalam menyebarkan agama Islam agama yang satu . untuk kesekian kalinya masih adakah pemimpin yang seperti ini ? berjuang2 habis habisan untuk menentang si lakhnat kafir ? yang pemimpin sekarang tahu hanylah memberi segala jenis bentuk hiburan yang melalaikan . media menjadi tempat segala hiburan dicurahkan . ini kah yang dinamakan NEGARA ISLAM ?  rancangan keagamaan memang lah banyak tapi ada ke yang tengok selain pakcik makcik atok nenek anda ?


kalao korang pergi kat youtube jangan cari pasal kpop ke mpop ke jpop ke icepop ke tapi cari video pasal cerita nih . dorang ada buat filem .taip je Sultan Ahmad Al Fateh. serious best . ini antara khalifah dan pemimpin yang aku sanjungi . masih ramai idola yang kita perlu kenal selain artis remaja yang hanya tao nak mekap2 bagi cantik kelaur clubbing konon rare cium cium mulut dgn awex/bf pakai baju kemain tak cukup kain . yang tu je la yang jadi idola bebudak zman sekarang . tak leh nak salahkan bebudak . dah media asyik dok tayang hat tu ja nak buat camna kan . 


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu..   


bebudak skang yang tao hanyalah lepak depan pavi naik moto pecut2 smpai terburai otak main comolot2 rumen2 study takmao . gamee main fesbuk . yang tu je lah tao . maaf entry ini sangat panjang ==' kbye
sila gelak lepas baca.

5 comments:

FasiHaH SupiaN said...

hari ni ada masa blogwalking, g blog una, terima kasih ada cerita sultan al-fateh kat sini.... dah dapat saham una bagi ilmu kat org lain baca :)

Enuni Hanim said...

Hye. nk tumpang promote. Promote this blogshop, http://hijab-intrend.blogspot.com/ or you can find us at fb, hijab-intrend blogshop.

Kami ada menjual shawls yg sangat cantik. The latest one is, custom made shawls yang cantik dan sangat berkualiti tinggi ! Jom terjah kay. Pasti tak menyesal! Btw, thanks. (:

sissyira said...

salam


terima kasih di atas peringatan =)


ziarah rakan yang saya follow =)

Muhammad said...

salam

cantik bahasa artikel ini.
memang penuh dengan ilmu dan kenangan,ttg kehebata umat islam.

tapi harap mintalah.
waktu bila kita berkata ttg kebaikan.
janganlah di kontrakan dengan aib orang.

kebaikan ttp akan baik.
tak perlu,di sulami dengan kegelapan..utk tunjukan sinarnya.

KimiCnoL said...

ilmu2..thanks ustazah una ;))

sepatah dua kata

apesal.com