Sunday, July 24, 2011

KEPUTUSAN PENUH TILAWAH ALQURAN PERINGKAT ANTARABANGSA *biar kalah didunia jangan kalah untuk agama :)


sumber berita 
Setelah seminggu bermula 16 Julai 2011 hingga 23 Julai 2011, maka berakhirlah sudah Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 yang telah diadakan di Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur pada 16 - 23 Julai 2011 bersamaan 14 - 21 Syaaban 1432H.. Bilangan 61 peserta dari 37 negara. Rata-rata purata markah peserta menunjukan peningkatan dari tahun-tahun sudah.
QARI
Amirrahman Abbas dari Malaysia dengan markah 89.26%
Membawa pulang wang tunai RM32,000, piala iringan serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Muhmmad Saudi dari Filipina dengan markah 88.67%
Membawa pulang RM22,400, cenderamata dan siji penyertaan.
Mahmud Al Basit dari Mesir dengan markah 87.8%
RM13,600, cenderamata dan sijil penyertaan
Saguhati RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.
QARIAH
Hajjah Suraya Abu Hassan dari Malaysia dengan markah 88.33%
Membawa pulang wang tunai RM32,000, piala iringan serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Hajjah Norkhalidah dari Indonesia dengan markah 88.30%
Membawa pulang RM22,400, cenderamata dan siji penyertaan.
Nor Azizah Solihin dari Singapura dengan markah 86%
RM13,600, cenderamata dan sijil penyertaan
Saguhati RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.
TAHNIAH SEMUA PESERTA .
nota : walaopon malaysia kalah teruk dalam semua perlawan persahabatan bola namun kita sepatutnya berbangga dengan kemenangan penuh tilawah Al-Quran yang sepatutnya lebih disokong dan diwar2kan .
eh siapa yang tengok bola angkat tangan ? siapa yang tengok tilawah angkat tangan ? siapa yang tengok dua2 angkat tangan ? siapa yang pergi ceramah ramadhan angkat tangan mcm saya :p
assalamualaikum .

sila gelak lepas baca.

4 comments:

teha said...

hebat laa amirrahman tu... no 1 lagi :)

nizamsani said...

tilawah, tengok masa persembahan nasyid aje.hehe.

~CiK TiNieY~ said...

aha...lagi bagus tengok tilawah kan...:)

nak ajak join tadarus dengan saya bulan ramadan ni...jom!:)

http://zihnunfatin.blogspot.com/2011/07/ramadan-kareem-mari-bertadarus.html

gedek! said...

Tak tengok... hehe

(malu)

sepatah dua kata

apesal.com