Sunday, July 31, 2011

VIDEO PENGUMUMAN PUASA 1432|2011 OLEH ATUK BARU :) | NIAT PUASA DAN DOA BERBUKA PUASA


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.

Pada 26 Julai lalu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengumumkan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

p/s cepat gila update kat youtube . memang dah maju sangat dah ni . 


NIAT PUASA -kot ada yang lupa setelah berkurun tinggal . ngehngeh . nak senang kalao takut terlupa niat . boleh niat untuk sebulan sekali ye anak-anak :)

lafaz puasa untuk sebulan 

doa berbuka puasa 

sumber gamabr dari faceblog
jangan lupa semayang tarawikh malam ni okayyyyy ! 
aku ingat nak bagi kelebihan solat tarawih dari malam pertama hingga malam terakhir tapi nasib baik aku sempat baca tentang artikel ni . . .sumber dari mufti terengganu . 

"Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. 

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu. "


jadi marilah sama-sama kita buat solat ini dengan iklhas , ganjaran yang diberi oleh Allah semestinya berupa ganjaran yang sangat tinggi . 


babai setan ! babai hantu . boleh lah pergi toilet malam2 dengan aman . kehkeh 






nota kakitangan : salam ramadhan dari aku sekeluarga . semoga kita tak sia2kan rahmat yang Allh turunkan pada bulan Ramadhan penuh keberkatan ini . tak dapat nak sama-sama tarawikh malam ni dengan puasa esok , tskkkk T_________T

sila gelak lepas baca.

Thursday, July 28, 2011

PESTA IBADAH VS PESTA BUIH ?

kita selalu gembira dengan kehadiran pesta buah-buahan, pesta gay, pesta sure heboh, pesta buih pesta hari jadi, pesta artis mai gelek2, pesta tengok awex comel pkai shawl pesta tengok pakwe hensem pakai baju kpop . tapi tahukah anda pesta ini semua mengundang kepada kemudaratan dan kebencanaan alam ? tahukah kalian bahawa pesta ini amat bahaya sekali kerana akan menambah segala dosa kita yang sediaa bertambah ?

berapa ramai yang betul2 ikhlas nak hadiri pesta yang tak ada makanan , tak ada awex comel tak ada pakwe hensem, tak ada bola , tak ada keseronokan ? korang nak ke join pesta nih ? pesta yang berlangsung selama 30 hari ini akan disambut penuh kegembiraan dan kesenduan buat mereka yang ternanti2 untuk sama2 mengimarahkan pesta ini , tapi buat mereka yang terasa beban dengan pesta ini tak leh nak kata apa , mula lah nak amek surat dokter sakit gastrik , cari port yang kedai pintu belakang buka , mulut2 merungut tentanh kehadiran pesta yang hanya setahun sekali ini .

ahh cakap banyak pon tak guna jom sama-sama kita mengutip sebanyak mana pon pahala dan rahmat yang Allah beri buat hambaNya dia bulan Ramadhan Al-Mubarak ini . sama-samalah kita menghadiri PESTA IBADAH ini dengan penuh rasa kesyukuran kerana masih bernyawa untuk menghadiri dan merasakan nikmat pesta ini , Alhamdulillah .

video terbaik dari anwar hadi . serious kalao buat iklan kat tivi memang gempak wa cakap lu . tak ada la kan iklan hari raya tapi naik rusa santa claus jadah . iklan mengarut .



dan ini versi aiman azlan !



okay nak cakap apa lagi . video ini paling terbaik dan semua video aiman azlan video anwat hadi memang semua terbaik . the great collaboration u are . this best bro. best bro. okay bai english terabuq tak mcm depa.

akhir kata marilah kita sama2 meraikan dan merayakan pesta ibadah yang hanya setahun sekali ini sahaja. capailah buatlah sebanyak mana pahala yang boleh . gunakan rahmat Allah ini dengan sebaik2nya. selamat meyambut Ramadhan dan selamat berpuasa dan selamat bertarawikh :D 


The Messenger of Allah, Muhammad , (peace be upon him) said, "Ramadhan has come to you. (It is) a month of blessing, in which Allah covers you with blessing, for He sends down Mercy, decreases sins and answers prayers. In it, Allah looks at your competition (in good deeds), and boasts about you to His angels. So show Allah goodness from yourselves, for the unfortunate one is he who is deprived in (this month) of the mercy of Allah, the Mighty, the Exalted." [Narrated by Tabarani]

p/s happy belated befday anwar hadi !
sila gelak lepas baca.

Monday, July 25, 2011

SENARAI NAMA PENUH UNIVERSITI MALAYSIA versi bukan nama skema :p

USM = UNIVERSITI SAYANG MENYAYANG

UTM = UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA

UKM = UNIVERSITI KACAK MACHO

UPM = UNIVERSITI PALING MOLEK

UM = UNIVERSITI MARVELLOUS

UiTM = UNIVERSITI iNCREDIBLE TANAH MELAYU

UMT = UNIVERSITI MEMANG TANGKAS

UMS = UNIVERSITI MEMANG SUPERB

UUM = UNIVERSITI USIA MUDA

UMP = UNIVERSITI MEMANG POWER

UNIMAS = UNIVERSITI MAS

UNISZA = UNIVERSITI SUPER Z TO A

UTeM = UNIVERSITI TUNGGU eLECTRON MASUK

UNIMAP = UNIVERSITI MEMANG A PLUS

UPSI = UNIVERSITI PALING SYOK INCOME

UTHM = UNIVERSITI TAHAP HARIMAU MALAYA

MMU = MEMANG MARVELOUS UNIVERSITI

UIA = UNIVERSITI ISLAM ALHAMDULILLAH

UNITEN = UNIVERSITI TERHEBAT eLECTRON NAIK

UTP = UNIVERSITI TERKUAT PIKIR

UPNM = UNIVERSITI PERGI NAIK MAS AIRLINES
MySpace
mana universiti pilihan korang ? aku kalao boleh nak masuk UKM ngan USM . serious rambang mata nak pilih jodoh nanti .kehkehkeh lol
MySpace
notabukulima : sebenarnya banyak dah serebrum otak aku mewacanakan ayat ayat puitis untuk dipersembahkan kat hampa semua tapi tapi bila dah mula nak menaip mulalah save as draft . last2 benda ni jugak aku kopipaste . geez . 

sila gelak lepas baca.

Sunday, July 24, 2011

KEPUTUSAN PENUH TILAWAH ALQURAN PERINGKAT ANTARABANGSA *biar kalah didunia jangan kalah untuk agama :)


sumber berita 
Setelah seminggu bermula 16 Julai 2011 hingga 23 Julai 2011, maka berakhirlah sudah Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 yang telah diadakan di Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur pada 16 - 23 Julai 2011 bersamaan 14 - 21 Syaaban 1432H.. Bilangan 61 peserta dari 37 negara. Rata-rata purata markah peserta menunjukan peningkatan dari tahun-tahun sudah.
QARI
Amirrahman Abbas dari Malaysia dengan markah 89.26%
Membawa pulang wang tunai RM32,000, piala iringan serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Muhmmad Saudi dari Filipina dengan markah 88.67%
Membawa pulang RM22,400, cenderamata dan siji penyertaan.
Mahmud Al Basit dari Mesir dengan markah 87.8%
RM13,600, cenderamata dan sijil penyertaan
Saguhati RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.
QARIAH
Hajjah Suraya Abu Hassan dari Malaysia dengan markah 88.33%
Membawa pulang wang tunai RM32,000, piala iringan serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Hajjah Norkhalidah dari Indonesia dengan markah 88.30%
Membawa pulang RM22,400, cenderamata dan siji penyertaan.
Nor Azizah Solihin dari Singapura dengan markah 86%
RM13,600, cenderamata dan sijil penyertaan
Saguhati RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.
TAHNIAH SEMUA PESERTA .
nota : walaopon malaysia kalah teruk dalam semua perlawan persahabatan bola namun kita sepatutnya berbangga dengan kemenangan penuh tilawah Al-Quran yang sepatutnya lebih disokong dan diwar2kan .
eh siapa yang tengok bola angkat tangan ? siapa yang tengok tilawah angkat tangan ? siapa yang tengok dua2 angkat tangan ? siapa yang pergi ceramah ramadhan angkat tangan mcm saya :p
assalamualaikum .

sila gelak lepas baca.

RAMADHAN GIVEAWAY


Tempat Pertama : Rm 100
Tempat Kedua  : Rm 80
Tempat Ketiga : Rm 50
Tempat Keempat : Rm 30
Tempat Kelima : Rm20

sila terjah ini wootwoot dan ahmadhasif.com :)

p/s tak payah buat entry . ini hanya sekadar promosi :)
sila gelak lepas baca.

Thursday, July 21, 2011

Gangguan TM Internet Dari 25 – 31 Julai

sumber berita dari MynewsHub


KUALA LUMPUR – Pengguna internet Telekom Malaysia (TM) perlu bersedia dengan kemungkinan perkhidmatan itu mengalami gangguan dari Isnin depan hingga 31 Julai.
Ini berikutan beberapa kerja peyelenggaraan yang akan dibuat pihak TM dalam tempoh berkenaan.
“Pada 25 hingga 31 Julai, TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah.
“Pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa ‘latency’ yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.
“Selain daripada itu, pada 26 Julai, mereka bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, yang mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo, serta pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat,” menurut blog http://www.info.darxniq.com.
Walaubagaimanapun, menurut TM, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut.

notatakadakakitangan : harap2 still boleh pkai intenet wlaopon sedikit lambat. dan okay sekarang dah mula cari kat mana aku letak berokband celcom aku . berokband maxis ayah aku tak bayaq . gelabah bewak lepas ni pakat berebut berokband. sigh sigh sigh 

sila gelak lepas baca.

"MEGA GIVEAWAY BY YANA & CIK PUTIH"

cik putih dan cik yana

serious hadiah memang awesome nak mati . kalao tak takde maknany aku nak join sbb dah berjuta lemon yang join dan buat aku rasa patah semangat nak join tapi oleh sebab hadiah aku join jugak lpas ditag oleh si inspektor telaga putih

senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 
random taggie kepada mereka :
fairuz
kimicnol
ben ashaari
zack zukhairi
fatin liyana
*ada rasa terguris tak aku tag blogger yg hebat ? agagagaga XD

cuma aku musykil nak kena letak enrty penyertaan ni kat blog mana ? dua dua blog kena letak ke atau belog yang aku rasa nak letak ? huuu kang letak dua-dua takut cik putih ngan cik yana fening fening plak kan . ok lah memandangkan aku jumpa kat cik putih punya blog . aku letak kat sana je la . oh lupa dua dua blog ni aku dah follow tao =..=

p/s aku harap dpt macaron dr nora nabella tak pun dpat shawl pon boleh !  tsskk


sila gelak lepas baca.

Wednesday, July 20, 2011

oh mai oh mai ini bukan wordless la sangat kan .

calon menantu terbaik
ibu terbaik . oh they said muka kami nak sama . agakla tang mata . nak buat camna aku comel cam baby =.=

stok menantu pilihan lagi


okay bab makan tak da dah pilihan pilihan . ghasak la buruk ke tidak . janji perut kenyang .haha

pasemboq ketammmm 25hinggit . arghhhh terbaik .

i miss that moment berjimba-jimba walau di penang ! . tsskk rendu hampa semua weyh . love matrians, batch13, perlis
sila gelak lepas baca.

Tuesday, July 19, 2011

PENGALAMAN PALING BEST JAGA ANAK KUCING YANG BERSTATUS YATIM PIATU

ENTRY TERBAEKKK DAN TERBEST DARI ALAMKUCING.BLOGSPOT <---sumber dari sini


Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia. Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat.


Bagi Makanan Pada Si Comel


Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.

Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.( cik fasihah supian ada tanya aku pasal susu . aah mahal jugak kot susu dia weh . kalah susu lembu . tp ikut brand la kot, ada yang aku beli harga smpai 16hinggit ada yang 8ringgit je . asalkan beli yang susu khas utk anak kucing )


Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing


Ya, berak dan kencing, saya tak tahu tajuk apa yang sesuai tetapi dua perkataan itu adalah sangat tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.

Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Tak la, saya bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah). Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu. (memang mak aku yang selalu buat . aku kdg2 je kot . so jgn rasa geli bila terpegang taik atau kencing dorang . tsskk)

Si Comel Perlu Selamat & Selesa


Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).

Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.

Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepadapenggunaan kotak najis juga digalakkan pada ketika umur ini.

Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.

Kucing lain akan mengajar 'budi bahasa' dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran 'budi bahasa' seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.







p/s tadi dorang muntah keluar cacing . gila gelii gila kot . mak aku siap simpan dlm botol lagi nak bawak g lab dia la kan . cacing tu bahaya kot . lab mak aku mmg penuh dgn bermacam2 cacing . hurr


psstt juvana dah habes T___T ok bye 
sila gelak lepas baca.

Thursday, July 14, 2011

SAYA SUKA TENGOK AIZAt NYANYI SAYA SUKA TENGOK DAFI COMEL JE SAYA SUKA TENGOK DIANA DANIELA . COMEL DAN SEXY GITUU =.=

tajuk entry hanyalah metafora sahaja . nak minat dorang . pfftt 
kenal siapa mereka ? bohong lah kalao ta kenal . artis feveretttttt tuh . yang membawa kearah malaysia sebuah negara seni yang terhebakkk . yang membolehkan malaysia dikenal kerana seninya dari agamanya .mereka artis muda yang berjiwa seni yang hanya berusia dalam lingkungan geli geli remaja. dalam kebanggaan terhadap mereka yang sudah berjaya dalam usia muda. ya sangat mungkin dan mesti ada yang sangat meminati mereka . tanyalah mak mak atau adik adik bawah umur semua kenal. aku juga kenal tapi tak bermaksud aku suka dan ambil mereka sebagai idola . masih belum tahap layak dan tak akan layak  .
KITA LEBIH KENAL MEREKA INI DARI KITA KENAL MEREKA YANG PATUT KITA KENAL DAN DIJADIKAN CONTOH





dan
eh oh anda tak kenal siapa beliau ? bukan artis realiti bukan juga artis didikan atau seumapanyaa .
siapa kenal syabas dan tahiah diucapkan.
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh , khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.ikuti kisah selanjutnya DI ILUVISLAM klik untuk baca biodata dan cerita . dan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH  sini juga KISAH SULTAN AHMAD AL-FATEH *paksa kan diri anda baca !
kalao kita baca sejarah Islam bagaimana dorang tawan benua negara kafir yang sangat gagah dengan tentera yang banyak dan menggunakan senjata yang canggih mesti kita akan terpegun dengan kekuatan umat Islam pada masa dahulu . kekuatan yang hanya memerlukan selama tempoh tak sampai 40puluh tahun oleh Nabi Muhamma SAW untuk mendidik umatnya dan sahabatnya dalam memperjuangkan Islam agama Allah . Subhanallah .


apa yang aku nak kata kat sini . masih ada lagikah pemuda segagah beliau yang berani mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia ? bersyukurlah atas kekuatan dan kesabaran para sahabat dan Tabiin dahulu , Alhamdulillah kita boleh bernafas dalam nikmat Iman dan Islam walaopon nikmat itu semakin terhakis dek godaan barat yang tak sia2 nak hancurkan bumi Islam .


yang mana belum pernah dengar dan baca cerita pasal Sultan Muhammad Al Fateh , aku sangat2 mengalukan dan mewajibkan pada kalian untuk membaca . boleh menitis air mata ohh bila tgk video tuh ngan baca cerita pasal perjuangan khalifah terdahulu dalam menyebarkan agama Islam agama yang satu . untuk kesekian kalinya masih adakah pemimpin yang seperti ini ? berjuang2 habis habisan untuk menentang si lakhnat kafir ? yang pemimpin sekarang tahu hanylah memberi segala jenis bentuk hiburan yang melalaikan . media menjadi tempat segala hiburan dicurahkan . ini kah yang dinamakan NEGARA ISLAM ?  rancangan keagamaan memang lah banyak tapi ada ke yang tengok selain pakcik makcik atok nenek anda ?


kalao korang pergi kat youtube jangan cari pasal kpop ke mpop ke jpop ke icepop ke tapi cari video pasal cerita nih . dorang ada buat filem .taip je Sultan Ahmad Al Fateh. serious best . ini antara khalifah dan pemimpin yang aku sanjungi . masih ramai idola yang kita perlu kenal selain artis remaja yang hanya tao nak mekap2 bagi cantik kelaur clubbing konon rare cium cium mulut dgn awex/bf pakai baju kemain tak cukup kain . yang tu je la yang jadi idola bebudak zman sekarang . tak leh nak salahkan bebudak . dah media asyik dok tayang hat tu ja nak buat camna kan . 


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu..   


bebudak skang yang tao hanyalah lepak depan pavi naik moto pecut2 smpai terburai otak main comolot2 rumen2 study takmao . gamee main fesbuk . yang tu je lah tao . maaf entry ini sangat panjang ==' kbye
sila gelak lepas baca.

"PHOTOGENIC PETS CONTEST"

klik BANNER NAK JOIN . eh due date hari ni okehhh 
yeahhhhh contest ni memang best best best ! tak ada lah aku rasa aku tak layak nak join sbb tak payah tunjuk muka sendiri yang tak comel nih hanya perlu tunjuk muka pets yang comel . heheh cepat weyh jom join hari ni kot tarikh tamat selamat aku jumpa contest ni kat blog KUNANG KUNANG . hikhik

so mari kita cekidout gambar si TIGER ngan si oren ngan oren hitam eh aku belom sempat bagi nama dekat 2 ekoq nih . nak kena guna imaginasi yang tinggi untuk choose the best name . cheewaah .



ini TIGER dia suka tengok tivi
usha usha 
ni adik angkat tiger . ada 3 ekor tapi sekor dah mati semalam . tsskkk T____T
tiger kadang2 menunjukkan sifat keibuan beliau dengan menjilat2 adik agkat beliau tapi lepas jilat2 beliau main gigit plak . geezz geram betoi aku . hari tuh jilat2 pungkok si oren sekali si oren terpancut taik kat tiger . baru padan muka . ganas sangat si tiger ni main main cam anak patung . sbb tu nama dia tiger . hee
sila gelak lepas baca.

Wednesday, July 13, 2011

[yx2/xy*2x] BLOG DAN METEMATIK

blog + SEO = ?
blog + lucah =  ?
blog + copypaste = ?
blog + perempuan cantik  = ?
blog + lelaki hensem = ?
blog + separa matang = jarang update

bye

iklan : nak tempah kuih raya ? hubungi saya segera =..=

nota : anak kucing sekoq dah mati . adik bradik kpd si oren ngan oren hitam . tsskk memula kawan mak aku yg amek dia jaga tapi bagi balik kat kami 2minggu lpas sbb beliau nak p kursus . dia yg paling kecik terbantut tumbesaran . minum susu pon sikit je . kawan mak aku boleh p bagi makanan kucing hat whiskas tu mana la dia boleh makan . kecik lagi . tgk2 pagi ni dah mati . tak sempat pon nak amek gambar dia T____T
sila gelak lepas baca.

Friday, July 8, 2011

DIA DILANGGAR DEPAN MATA AKU . DEPAN MATA AKU :'(

penyesalan nih dah tak berguna . sambil bawak moto sambil pegang sayur keluar dari market . aku menangis macam orang kena tinggal suami . anak kucing tu anak kucing tu kecik lagi . aku tao dia lapar sampai dia meow pon dah keluar suara . bodoh lembap betol aku sampai kalut nak beli ikan sampai tak sempat nak tolong makhluk Allah yang kecil itu . dia dia kena langgar dengan van depan mata aku . dah tergodek godek dah beliau masa kena langgar van itu . aku tak sempat aku tak sempat nak angkat letak tepi . sekarang ni aku dah macam hutang nyawa kat beliau ,

aku memang nak angkat masa aku nak masuk pejabat pos tapi sebab tengah rushing nanti dulu . lagipon time tu dia ada dekat tepi pokok tak kisah sangat . masa aku keluar dari office pos tengok dia dah tak ada . rupanya dah jalan sampai atas jalan . macam mana dia boleh ada jalan tepi longkang ? mesti ada orang angkat sebab sebelum tu dia ada dekat sebelah sana . nak lalu kena langkah longkang . ahhh sudahlah kalao aku cakap pon bukan korang dapat imagine macam mana keadaan tu T________T aku nak letak tepi sebab memang dah fikir nak bawak balik rumah . tsskk tsskk

aku nak angkat dah letak tepi sebab memang dia ada kat tengah jalan nak masuk simpang . bukan lah jalan besar tapi aku dapat rasa dia akan kena langgar . sebab dia kecik sangat memang orang dalam kereta tak akan nampak kalao bawak laju . at the end memang dia kena langgar . kena langgar depan mata aku . dengan van . aku dah nak ondaway dah nak angkat dia . tak sempat . tak sempat nak angkat dia letak tepi :\

maaf kucing maaf maaf maaf maaf maaf aku memang nak angkat kamu . tapi ajal kamu lagi cepat dari aku . kalao tak mesti kamu dah ada kat rumah sambil bermain dengan tiger dan adik adik angkat nya yang lain . biar tubuhmu kurap dan taik matamu banyak . semua tu boelh diubati . tapi tapi t_t aku masih tak sempat.

aku harap kematian itu akan membahagiakan beliau kerana tak payah lagi cari makanan dan tak payah lagi  tahan lapar dalam usia sekecil itu . maaf kucing maaf .


p/s ini baru anak kucing kalao anak manusia depan aku. aku rasa dah pingsan terguling2 dah . tsskkk aku harap korang kalao nampak anak kucing tu tengah jalan ke letak beiau kat tepi jauh dari jalan raya sebelum dia kena langgar . dia juga makhluk Allah yg kita kena tolong .

sila gelak lepas baca.

Wednesday, July 6, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3 ?






gila belog aku kemain buruk lagi menunjukkan aku semakin mengabaikan beliau=..=
sila gelak lepas baca.

Friday, July 1, 2011

BUKAN LIRIK LAGU MAHUPON SAJAK PUISI ATAU GURINDAM


.
no one wall me about my private only blog authors .
no one notification me if i walk in the street .
no one poke me when i get myself online andavailable
no one like if i post a new entry or picture
no one tagged me in the invitations of something
no one comment me when i do something .
and like no one is listening what im says .

the truth is no one see me as a lady =.=


sebenarnya tak ada kaitan langsung pon dgn fesbuk . kehkeh saja nak guna ayat mnggunakan term yg ada kat fesbuk nun . hikhik

support the 'clean and clear '

sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com