Wednesday, June 29, 2011

WHAT SAY YOU PEEPSSS ? NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA !

PETIKAN DARI AKHBAR SINAR HARIAN .

Suhakam: Lindungi hak perhimpunan aman
Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.
Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.
"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.
"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya

situasi 1 ~
PKR tuntut penjelasan menteri (sinar harian)

KUALA LUMPUR – PKR menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Naib Presiden UMNO, berhubung tindakan sekumpulan 200 ahli Pemuda parti itu berdemonstrasi di pekarangan ibu pejabat PKR di Tropicana Damansara, Petaling Jaya, dekat sini, malam semalam. 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, apa membuatkan pihaknya tidak berpuas hati ialah terdapat sebuah balai polis hanya kira-kira 40 meter dari pejabat PKR. 

“Namun saya tidak melihat sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berkenaan. 
“Menteri Dalam Negeri dan PDRM tidak boleh lari daripada memberikan penjelasan berhubung kejadian ini. Apa yang berlaku menunjukkan jurang dalam siasatan polis antara pemimpin PKR dan UMNO,” katanya. 
Nurul Izzah mendakwa dalam kejadian itu, ada pemimpin Pemuda UMNO memberi isyarat untuk membakar pejabat PKR. 
“Ini tidak masuk akal. Tak kisahlah sokong PKR atau tidak, tapi ini tanggungjawab kita bersama untuk mencegah perbuatan seperti ini. Masa kita lancarkan Bersih, tidak ada satu pun bendera UMNO dibakar dan semuanya dilakukan dengan penuh tata tertib,” katanya di lobi Parlimen, di sini, semalam. 

situasi 2 ~
RM48j kos kediaman rasmi PM, TPM: Nazri (sinar harian)
KUALA LUMPUR – Sebanyak RM48,789,115.03 juta dibelanjakan untuk membiayai kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun bermula 2006.

Maklumat itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung kos sebenar tanggungan kerajaan untuk kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya, semalam.

Menerusi jumlah itu, sebanyak RM32,972,155.55 dibelanjakan untuk kos sewa kediaman rasmi, RM3,581,744.78 untuk kos baik pulih, RM10,267,868.15 bagi kos bil elektrik dan RM 1,967,386.55 untuk bil air.

Berikutan itu, Siti Zailah menyifatkan jumlah kos ditanggung kerajaan untuk pembiayaan kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya bagi jangka masa lima tahun tidak munasabah dan meragukan.
Merujuk kepada jumlah itu, beliau berkata, ia bermaksud perbelanjaan untuk bil elektrik kediaman rasmi itu RM5,704.00 sehari, sementara bil air mencecah RM1,092.00 sehari.
Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pula menggesa kerajaan mendedahkan perjanjian sewa kediaman rasmi dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

“Kita rasa banyak pembaziran berlaku,. Ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan di sini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding,” katanya.

situasi 3 ~
Perhimpunan cubaan cetus suasana 13 Mei (sinar harian)

SHAH ALAM – Tindakan Pemuda UMNO hadir ke Pejabat PKR dan mengugut mahu membakar pejabat itu sekiranya perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) tidak dihentikan dianggap sebagai cubaan mewujudkan suasana 13 Mei 1969.
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan itu hanya dilakukan orang yang tidak bertamadun dalam membuat keputusan. Apakah motif provokasi dilakukan Pemuda UMNO di pejabat PKR malam itu.
“Tindakan itu bukan sahaja mengganggu penghuni di kawasan terbabit, malah di mana rasionalnya kunjungan mereka dengan laungan sebegitu. 

situasi 4 ~

Perdana Menteri dan Timbalannya sewa rumah RM 2.7 juta sebulan (sinar harian)
Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya yang dipercayai bernilai lebih RM 48.7 juta setahun. Kos sewa sahaja dilaporkan mencecah RM 2.7 juta sebulan, air RM 32 ribu sebulan, dan elektrik RM 171 ribu sebulan.

Kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional.

Malah, urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan ini juga ditanggung oleh Kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya dan ini dijelaskan dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan.

situasi 5 ~
RM17j Kos lawatan rasmi PM, isteri (sinar harian) diolah oleh http://www.freemalaysiatoday.com

KUALA LUMPUR: Bermula 2008 hingga Jun 2011 sebanyak RM17,118,650.58 juta dibelanjakan. Jumlah itu dibentangkan kerajaan ketika menjawab pertanyaan Tian Chua. Dalam ketika rakyat seluruh Malaysia teruk menghadapi kesan kenaikan harga barangan dan inflasi, rakyat kini dikejutkan dengan berita bahawa sebanyak RM17 juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Isterinya Rosmah Mansor dalam masa tiga tahun dari 2008 hingga Jun 2011.

Jawapan ini diberi oleh Jabatan Perdana Menteri semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam dan ini menunjukkan bahawa cogan kata "1Malaysia" yang dilaung-laungkan oleh Najib dan Barisan Nasional hanya cogan kata yang tidak bermakna kerana kesusahan rakyat tidak ditanggung bersama, malahan wang rakyat pula digunakan oleh golongan pemerintah untuk keselesaan hidup mereka.

Kerajaan berkali-kali mengingatkan rakyat bahawa subsidi bahan-bahan makanan dan bahan api perlu dikurangkan kerana kerajaan menghadapi defisit kewangan yang runcing. Walaupun begitu, rakyat tidak faham mengapa kerajaan Barisan Nasional begitu beria-ia hendak mengurangkan subsidi sedangkan pemimpin-pemimpin besar BN mampu menggunakan wang rakyat untuk melancong ke luar negara sampai jutaan ringgit malahan puluhan jutaan ringgit dibelanjakan.

Dalam kes ini, wang sebanyak RM17juta ini memang boleh digunakan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat, misalnya wang ini boleh digunakan untuk membina sekurang-kurangnya 4 buah hospital besar, 6 buah sekolah. Malahan ianya boleh digunakan untuk menanggung sebahagian daripada subsidi bahan api. 

notanotis : PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Nasrudin Hassan Tantawi hari ini menyatakan bahawa ada pihak sengaja mahu mewujudkan keadaan huru-hara pada 9 Julai – tarikh perhimpunan Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
“Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini,” kata beliau dalam satu kenyataan media.
“Keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus disemarakkan oleh akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.
Beliau membuat kenyataan ini sebagai respon terhadap laporan Utusan Malaysia bertajuk ‘Batalkan jika tidak mahu perang’ berikutansidang media Tan Sri Omar Din Mauju, mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia semalam.
Dalam laporan tersebut, Utusan memetik kata-kata Omar Din yang tidak dapat memberi jaminan bahawa anak didiknya akan dapat mengawal emosi apabila bertembung dengan kumpulan yang menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur.
*********
sangat lah tidak munasabah sampai semua orang nak ditangkapnya . a.samad said buat puisi pon nak kena tahan ? pelajar pratikal dianggap ejen CIA pon kena tahan ? orang masuk masjid nak semayang pakai baju bersih pon kena tahan ? cukai nak dinaikkan . topup pon nak kena cukai ? tapi perbelanjaan menteri bukan main hebat lagi banyaknya. oh ini lah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan . yeyeahhh .   
wallahua'lam sama-sama lah kita berdoa agar politik kita semakin bersih dan kebenaran sentiasa akan berpaksi kepada jalannya . pernahkah kalian dengar hero selalunya akan kecundas pada awalnya tapi akan berjaya pada suatu hari nanti . ini bukanlah entry berbaur politik tapi ini lah realitinya . tak perlu marah tak perlu emo . ambil wudhu solat jemaah . Assalamualaikum .  peace no war . stay chill and cool ;)
DANG BERAPA RAMAI YANG BACA SAMPAI HABIS ???
LAST : KENAPA TIDAK BOLEH HIDUP DALAM KEADAAN BERSEDERHANA !

sila gelak lepas baca.

3 comments:

JIJI YU said...

rakyat didahulukan..eheh

Rtp Farra Arisha said...

macam2 berita dunia..yang penting kita tetap hidup dlm aman dan damai :)

FasiHaH SupiaN said...

bukanlah..rakyat kene dulu....hehe

sepatah dua kata

apesal.com