Thursday, June 9, 2011

TARIKH KEPUTUSAN MUET bagi PERTENGAHAN 2011

Keputusan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi Pertengahan 2011 akan dikeluarkan pada Isnin ini, 13 Jun, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

“Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip 
MUET RESULT<> No. K/P hantar ke 15888 atau pon taip MUET<>No.K/P hantar ke 36363 mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my.
Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.
Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011.




notanotis : ketaq pala lutut weyh tunggu hari senin nih . tskkkk Y___Y 


SOURCE :  TARIKH KEPUTUSAN MUET 2011|SEMAKAN |enciknakal.com™ 
http://www.enciknakal.com/2011/06/tarikh-keputusan-muet-2011semakan.html#ixzz1OmdD8vfJ

sila gelak lepas baca.

13 comments:

Telaga Putih said...

dgr cite tajuk korg sng.. so msti la dpt skor kn.. hohoho

bedpet said...

all the best utk result tu nnt.
btw, mahal gila kalau nak check balik result tu. huhu

JIJI YU said...

naseb tak ambek

UNA budak BAEQ said...

@Telaga Putih tajuk mmg gila senang tapi tang nak skor tuh yg payah . bi kelaut kot .huu

UNA budak BAEQ said...

@bedpet tu lah kan . rugi jeh kalao check2 result tetap sama . huu

UNA budak BAEQ said...

@JIJI YU mesti hang amek STAM kan .

merahitujambu said...

good luck yee..moga semua baik2 saja

YOUsoF said...

Harap² result anda tak berapa nak ke laut.. ke pantai sudah.. ;D

Tawakkal okeh!

saya KILA said...

waa . selamat berjaya ! :))

HaNa Hani said...

gud luck dear
result gempak punye laa
^_^

AdiEBaH hAJie RaMLeE said...

yer ker wei..awat cpt ngat...ngan aku skali ker..hahahahahahah..taattoootttnyaaa~~hahaha

ejaKyu Brodancer said...

permission to share yup.!
tq

fairuz said...

gua dapat sikit je sulu. sobsobs

sepatah dua kata

apesal.com