Monday, June 20, 2011

SEBAB KENAPA KENDURI MEMANG BEST . KENDURI APA ?

sumber gambar dari lovelyshafa
perlu letak nama sendiri dalam kad kawen orang lain . hahaha eh eh ini adalah sebab kenapa kenduri best bg pandangan aku je. lepas nih akan muncul plak kenapa kenduri tak best . kenduri apa ? tak kisah lah kenduri apa . ini adalah umum , semua boleh joinn :D agak2 ada yang sama macam aku . meh la kita sep sep ataupon buat group hug macam uncel gedek selalu buat . kehkeh EH EH uncle nak jajan ! :D serious ini bukan review tapi penghargaan  :)
ok lets beginss .

# tak payah masak kat rumah . ya seperti yang diketahui rakyat afrika , sememangnya aku adalah seorang tukang masak handalan di rumah . so terasa amat gembira sekali bila ada kenduri . hujung minggu mesti nak tanya ada kenduri ke tak . heheh memang itu tujuan aku suka kenduri .

# dapat makan free . tak free sebenarnya . duit minyak nak kena bayar jugak . kalao jauh kena bayq duit tol plak . walaopon kadang2 lauk dia macam pffttt dan selalu jumpa kat kenduri tapi percayalah kenduri sekarang semakin hebat . lauk kena ada 4 5 jenis , kena ada makanan sampingan mcm laksa ke bihun sup ke atau spagheti ke . air plak mao 3 jenis . termasuk cendol teh tarik dan air basuh tangan . hikhik

# walaopon selalu dipaksa oleh ibu aku dengan alasan untuk mengenali saudara tapi aku lebih suka tukarkannya dengan mengusha dan mengenali calon suami . oh itu memang selalu membuat akal jasmani saya tersa mahu pergi kenduri setiap hari mahupon setiap masa . tak kesah sehari ada 10 kenduri sekalipon .

# ayah mak aku selalu pesan kalao ada kenduri kena pergi tunaikan jemputan kan wajib . ala Nabi pon ada cakap kan . kira macam nak meraikan pengantin . hehe kang tak pergi plak tak tunjuk muka orang tak nak datang kenduri kita plak . rugi semelih tiger lembu 2 3 ekor nanti . heheh

# kalao duduh rumah sewa ataopon bukan duduk rumah mak bapak . haruslah duit selalu tak cukup kan . so untuk menjimatkan kos , sepatutnya kenduri yang dipanggil kena pergi . kalao nak jimat lagi dok rumah kenduri sampai malam . untung2 dapat makanan tambahan free . hehe

# kenduri sekarang kan hebat . kalao tak ada karoke tak ada deejay memang tak sah . kampung ke bandar ke semua sama . walaopon aku tak suka tapi kebanyakn orang suka sebab boleh karok free . dari pagi sampai petang asyik muka kao jeh nak karok sampai nak tuju lagu pon tak boleh .

# kumpul doorgift ! ya memang rare . aku paling suka doorgift , sekarang doorgift memang hebat belaka. bukan sahaja kuih muih turun temurun saja tetamu dapat , malah koleksi mug, sudu garpu kecik2 , kipas tangan, coklat homemade, gula2, cupcakes muffin dan banyak lagiiiii . kat rumah aku dah belambak mug . penuh almari . kenduri sedara aku kat johor semua bagi mug. paper beg dengan beg kain lagi lah banyak . nak pakai pegi market pon malu . nanti mesti org kata beg kenduri . hehe

# mak aku suka kumpul bunga telur pastu dia gubah2 bagi jadi sejambak bunga .telu bukan nak makan sangat , penuh dlm peti ais. kalao telur pindang best la jugak. bunga telur sekarang tak macam dulu . sekrang ada bunga sabun pastu bunga telur dia memang cantik . nak buang mmg sayang .so setiap pelusuk rumah mesti ada nmpak bunga telur . heheh *boleh juga simpan untuk kenduri sendiri nanti mana tao tak cukup bajet ke nanti . boleh rolling2 . hikhik

# kalao kenduri sedara mara atau kawan2 boleh lah masuk sekali dalam gambar . bagi banyak sikit koleksi gambar korang dalam album . untung2 nanti ada orang tanya2 , risik2 gambar korang yang cun tu kan . haha

muka gua terlau excited bila pegi kenduri
ok lah yang tu cukup lah kan . ada lagi ke ? tambah je kat komen bawah nih nanti aku update . heheh nanti nak cakap pasal kenduri sekarang yang tak macam dulu . hehe ala bacalah pastu komen sikit2 ke . tak kena bayar pon . kehkeh


terima kasih kepada abang kachak fairuz kerana sudi komen setiap entry gua yang tak sebarapa . agak2 bila lu nak masuk minang gua ? kahkahkah sila ke blog beliau dan jangan mempotong okehh .

sila gelak lepas baca.

13 comments:

KuNanGKuNanG said...

best sbb mkn sdp2 tapi..yg xbestnye mesti org tanya bila nk kawen...huhu

JIJI YU said...

dapat usha awek pakai shawl

Nora Shahaira said...

huhu ada logiknya semua fakta itu..tapi mcm akak, memasak tetap kena masak...huhu no cuti2. seronoknya pada akak gi kenduri kawen kalau kenduri tu menyajikan ayam masak merah ys sguh mabeles..memang adore sampai bila2...haha

unieMARKS :) said...

hee , boleh buat photoshoot scra tak lgsung ya ndak . jadi model terjun :P
mkn free tuh yg syiiiiiiiiok!

msredcheesecake said...

cik una,
kenduri mmg best...makan sedap...free...leh melaram...hheee

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

haha.. nak kata>> setuju dengan komen kunang2..hehe

fairuz said...

dapat usha family pengantin juga. manalah tau ade yang berkenan di hati. keh keh kehh.


btw time kasih la sbb taknak potong gua. hahahaha

blogtilldrop said...

kenduri memang best...
aklau nak buat kenduri memang penat..

shopping2u said...

anda dipilih utk menerima hadiah dri sy sila ke sini
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/blog-yang-menerima-hadiah-dari-saya.html

Syafiq Rosli said...

hehe..awak ble plak nk buat kenduri..

FasiHaH SupiaN said...

amat bersetuju dengan entri ni...paling best makan free ;)

syahnabil said...

Zaman makan free dah berlalu dek...leni kita kena lah juga hulur sikit-sikit kat tuan rumah...kalau orang kelantan panggil "Ngeley"..kalau tempat lain tak taulah panggil ape..

KimiCnoL said...

dapat tengok aweks seksi.wow ;0 hahaha

sepatah dua kata

apesal.com