Monday, June 20, 2011

PUNCA LEMAHNYA UMAT ISLAM DEWASA KINI

ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA SETIA .
sungguh aku dapat rasakan hanya segelintir sahaja yang akan baca sampai habes entry nih :)

hari nih takmo buat entry lagha-lagha . nak buat entry serious :) percaya atau tidak , umat Islam zaman kini hanya punya Islam dalam ic bukan dalam hati dan bukan pula untuk dibuat rujukan dalam amalan seharian . ya tak payah la bagi tao . aku sendiri pon sama . T___T entry yang baik perlu lah disharekan . entry yang sangat sangat berguna dan dijadikan panduan masa kini . entry yang harapnya akan membuka mata kita semua khusunya kepada semua saudara ku yang tersayang . untuk semua RAKYAT MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM. sungguh aku dapat rasakan hanya segelintir sahaja yang akan baca sampai habes :)

sumber terhormat DARI SINI .

Antara punca lemahnya umat Islam sekarang (Malaysia umumnya) adalah;

1. Suka bertelagah dan mencaci maki sesama sendiri. Adakah kita lupa kita ini adalah umat yang terbaik (umat Nabi Muhammad saw)? Masing-masing mengaku mengikut sunnah, tetapi mengapa berpecah belah? Tiada langsung ajaran dalam Islam supaya menganjurkan perpecahan sesama mereka.
Bukankah mukmin itu seperti satu tubuh? Mencubit peha mukmin yang lain, sendiri juga yang terasa sakitnya. Menghina mukmin yang lain, Islam yang terkena tempiasnya.

2. Mencintai harta, pangkat dan kuasa, tetapi tiada ramai mana pun umat Islam yang berpengaruh dan kaya raya sehingga dapat berbakti pada agama. Kita mensia-siakan kekuatan yang ada dari segi ekonomi terutamanya, kuasa beli.Perumpamaannya seperti menternak lembu ratusan ekor tetapi tahinya saja dimanfaatkan. Tahinya diguna dibuat baja tetapi lalang saja yang ditanam.
Maksudnya, harta, pangkat dan kuasa itu diberikan kepada orang lain sedangkan semuanya itu milik umat Islam dan punca ekonomi itu digerakkan oleh orang Islamtetapi kekayaannya diberikan kepada orang lain.
Bukankah mukmin itu seperti satu tubuh? Mengapa kita tidak saling membantu (di dalam ekonomi khususnya)?

3. Malas membaca. setakat komik, novel manga jangan cakalah . Ini kerana malasnya menggunakan akal fikiran untuk memahami dan mengkaji. Pembacaan sangat penting kerana sesuatu yang tidak kita ketahui boleh dipelajari dengan membaca. Selain memberi ilmu pengetahuan ia juga dapat membuahkan semangat kesungguhan dan mengalakkan berfikir.
Punca malas membaca jugalah antara menyebabkan kita berpecah belah kerana hanya mengikut saja arus zaman walaupun arus itu membawa kita ke lubuk yang dalam hingga memungkinkan kita lemas di dalamnya.
Perlu diingat, melalui pembacaan yang bermanfaat boleh mengeluarkan seorang intelektual (inilah yang perlu dilakukan). Sekiranya membaca hanya sekadar ingin berjaya dalam peperiksaan, maka itu bukanlah intelek, tetapi sekadar makanan di celah gigi sahaja.
Bukankah mukmin itu seperti satu tubuh? Mengapa kita tidak melihat akan kesan buruk umat Islam yang jahil ke atas agama Islam itu sendiri?

4. Meninggalkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Ini adalah faktor yang paling utama dan menyeluruh. Di dalam sebuah hadis;
Hadis : Dari Umar bin Al-Khaththab r.a : Nabi saw bersabda: ... “Sesungguhnya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan kitab ini (Al-Quran) dan menghinakan yang lain.” [1353] Sahih Muslim
Apabila kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah maka kita akan menjadi kaum (umat) yang dimuliakan, jika meninggalkannya maka jadilah kita orang yang hina dan dihinakan. Janganlah kita sibuk memandang kuman seberang laut sedangkan tidak nampak gajah di depan mata. Tanyalah pada diri sendiri, 'Adakah kita salah seorang penyumbang kepada kelemahan umat Islam?'
Surah An-Nisaa' [4] : 136

hari nih dah mula start kerja sebagai PA / setiausaha / kerani kat office kawan ayah aku . ya kerja yang bahagia hanya duduk depan komputer dan streamyx :) dan masa aku sembang2 dengan kawan ayah aku yang berbangsa Cina dan sudah memelok Islam berpuluh tahun rasanya sejak dia kawin sampai lah anak dah 4 orang kot . dah lama kenal ngan dia . rasa malu dengan dia bila dia cakap melayu sekarang takmao buat kerja berat2 , nak keja dalam econd saja , cuba tengok syarikat besar2 siapa yang punya . banyak orang cina punya maaa . melayu banyak kirje kerajaan saja  . kerja kerajaan banyak senang woo . tak tao la kan dia yang kata . heheh tapi kdg2 ada betol jugak dia kata . huuu 

sila gelak lepas baca.

9 comments:

sumaiyah mokhtar said...

entry yg bermakna, tp mmg betul pun. susah nk nampak remaja sekarang baca al-quran :(

Chempaka Sari said...

alhamdulillah...dapat input untuk hari ni....

ecah mashuri said...

seyes la terasa skit dengan entri ni.huhuh..same2lah kite memperbaiki diri kearah yg lebih baik:)

Benrauf said...

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

سورة الأنعام: 70

nanyster said...

aq lah budak paling malas baca.komik pon mls baca.dok stalk gambaq jeh.haih~ nauzubillah -.-''

Fyqa said...

aduh mmg lmah

kurngnya iman "-.-

nazirulhazwan~ said...

entry ko taip sendiri ker hape?:P

al_hakim said...

manusia akhir zaman..

FasiHaH SupiaN said...

alhamdulillah, thanks una......entri macam inilah yg memang kena kongsikan :)

sepatah dua kata

apesal.com