Thursday, June 30, 2011

#2 SPONTANEOUS THURSDAY

BERSIH ? 
dilarang memakai baju bersih ketika keluar dari tumah .
hanya baju kotor sahaja dibenarkan .
sekian terima kasih =.=



.

sila gelak lepas baca.

Wednesday, June 29, 2011

WHAT SAY YOU PEEPSSS ? NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA !

PETIKAN DARI AKHBAR SINAR HARIAN .

Suhakam: Lindungi hak perhimpunan aman
Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.
Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.
"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.
"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya

situasi 1 ~
PKR tuntut penjelasan menteri (sinar harian)

KUALA LUMPUR – PKR menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Naib Presiden UMNO, berhubung tindakan sekumpulan 200 ahli Pemuda parti itu berdemonstrasi di pekarangan ibu pejabat PKR di Tropicana Damansara, Petaling Jaya, dekat sini, malam semalam. 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, apa membuatkan pihaknya tidak berpuas hati ialah terdapat sebuah balai polis hanya kira-kira 40 meter dari pejabat PKR. 

“Namun saya tidak melihat sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berkenaan. 
“Menteri Dalam Negeri dan PDRM tidak boleh lari daripada memberikan penjelasan berhubung kejadian ini. Apa yang berlaku menunjukkan jurang dalam siasatan polis antara pemimpin PKR dan UMNO,” katanya. 
Nurul Izzah mendakwa dalam kejadian itu, ada pemimpin Pemuda UMNO memberi isyarat untuk membakar pejabat PKR. 
“Ini tidak masuk akal. Tak kisahlah sokong PKR atau tidak, tapi ini tanggungjawab kita bersama untuk mencegah perbuatan seperti ini. Masa kita lancarkan Bersih, tidak ada satu pun bendera UMNO dibakar dan semuanya dilakukan dengan penuh tata tertib,” katanya di lobi Parlimen, di sini, semalam. 

situasi 2 ~
RM48j kos kediaman rasmi PM, TPM: Nazri (sinar harian)
KUALA LUMPUR – Sebanyak RM48,789,115.03 juta dibelanjakan untuk membiayai kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun bermula 2006.

Maklumat itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung kos sebenar tanggungan kerajaan untuk kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya, semalam.

Menerusi jumlah itu, sebanyak RM32,972,155.55 dibelanjakan untuk kos sewa kediaman rasmi, RM3,581,744.78 untuk kos baik pulih, RM10,267,868.15 bagi kos bil elektrik dan RM 1,967,386.55 untuk bil air.

Berikutan itu, Siti Zailah menyifatkan jumlah kos ditanggung kerajaan untuk pembiayaan kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya bagi jangka masa lima tahun tidak munasabah dan meragukan.
Merujuk kepada jumlah itu, beliau berkata, ia bermaksud perbelanjaan untuk bil elektrik kediaman rasmi itu RM5,704.00 sehari, sementara bil air mencecah RM1,092.00 sehari.
Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pula menggesa kerajaan mendedahkan perjanjian sewa kediaman rasmi dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

“Kita rasa banyak pembaziran berlaku,. Ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan di sini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding,” katanya.

situasi 3 ~
Perhimpunan cubaan cetus suasana 13 Mei (sinar harian)

SHAH ALAM – Tindakan Pemuda UMNO hadir ke Pejabat PKR dan mengugut mahu membakar pejabat itu sekiranya perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) tidak dihentikan dianggap sebagai cubaan mewujudkan suasana 13 Mei 1969.
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan itu hanya dilakukan orang yang tidak bertamadun dalam membuat keputusan. Apakah motif provokasi dilakukan Pemuda UMNO di pejabat PKR malam itu.
“Tindakan itu bukan sahaja mengganggu penghuni di kawasan terbabit, malah di mana rasionalnya kunjungan mereka dengan laungan sebegitu. 

situasi 4 ~

Perdana Menteri dan Timbalannya sewa rumah RM 2.7 juta sebulan (sinar harian)
Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya yang dipercayai bernilai lebih RM 48.7 juta setahun. Kos sewa sahaja dilaporkan mencecah RM 2.7 juta sebulan, air RM 32 ribu sebulan, dan elektrik RM 171 ribu sebulan.

Kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional.

Malah, urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan ini juga ditanggung oleh Kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya dan ini dijelaskan dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan.

situasi 5 ~
RM17j Kos lawatan rasmi PM, isteri (sinar harian) diolah oleh http://www.freemalaysiatoday.com

KUALA LUMPUR: Bermula 2008 hingga Jun 2011 sebanyak RM17,118,650.58 juta dibelanjakan. Jumlah itu dibentangkan kerajaan ketika menjawab pertanyaan Tian Chua. Dalam ketika rakyat seluruh Malaysia teruk menghadapi kesan kenaikan harga barangan dan inflasi, rakyat kini dikejutkan dengan berita bahawa sebanyak RM17 juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Isterinya Rosmah Mansor dalam masa tiga tahun dari 2008 hingga Jun 2011.

Jawapan ini diberi oleh Jabatan Perdana Menteri semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam dan ini menunjukkan bahawa cogan kata "1Malaysia" yang dilaung-laungkan oleh Najib dan Barisan Nasional hanya cogan kata yang tidak bermakna kerana kesusahan rakyat tidak ditanggung bersama, malahan wang rakyat pula digunakan oleh golongan pemerintah untuk keselesaan hidup mereka.

Kerajaan berkali-kali mengingatkan rakyat bahawa subsidi bahan-bahan makanan dan bahan api perlu dikurangkan kerana kerajaan menghadapi defisit kewangan yang runcing. Walaupun begitu, rakyat tidak faham mengapa kerajaan Barisan Nasional begitu beria-ia hendak mengurangkan subsidi sedangkan pemimpin-pemimpin besar BN mampu menggunakan wang rakyat untuk melancong ke luar negara sampai jutaan ringgit malahan puluhan jutaan ringgit dibelanjakan.

Dalam kes ini, wang sebanyak RM17juta ini memang boleh digunakan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat, misalnya wang ini boleh digunakan untuk membina sekurang-kurangnya 4 buah hospital besar, 6 buah sekolah. Malahan ianya boleh digunakan untuk menanggung sebahagian daripada subsidi bahan api. 

notanotis : PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Nasrudin Hassan Tantawi hari ini menyatakan bahawa ada pihak sengaja mahu mewujudkan keadaan huru-hara pada 9 Julai – tarikh perhimpunan Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
“Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini,” kata beliau dalam satu kenyataan media.
“Keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus disemarakkan oleh akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.
Beliau membuat kenyataan ini sebagai respon terhadap laporan Utusan Malaysia bertajuk ‘Batalkan jika tidak mahu perang’ berikutansidang media Tan Sri Omar Din Mauju, mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia semalam.
Dalam laporan tersebut, Utusan memetik kata-kata Omar Din yang tidak dapat memberi jaminan bahawa anak didiknya akan dapat mengawal emosi apabila bertembung dengan kumpulan yang menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur.
*********
sangat lah tidak munasabah sampai semua orang nak ditangkapnya . a.samad said buat puisi pon nak kena tahan ? pelajar pratikal dianggap ejen CIA pon kena tahan ? orang masuk masjid nak semayang pakai baju bersih pon kena tahan ? cukai nak dinaikkan . topup pon nak kena cukai ? tapi perbelanjaan menteri bukan main hebat lagi banyaknya. oh ini lah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan . yeyeahhh .   
wallahua'lam sama-sama lah kita berdoa agar politik kita semakin bersih dan kebenaran sentiasa akan berpaksi kepada jalannya . pernahkah kalian dengar hero selalunya akan kecundas pada awalnya tapi akan berjaya pada suatu hari nanti . ini bukanlah entry berbaur politik tapi ini lah realitinya . tak perlu marah tak perlu emo . ambil wudhu solat jemaah . Assalamualaikum .  peace no war . stay chill and cool ;)
DANG BERAPA RAMAI YANG BACA SAMPAI HABIS ???
LAST : KENAPA TIDAK BOLEH HIDUP DALAM KEADAAN BERSEDERHANA !

sila gelak lepas baca.

TIGER ADA ADIK BARU TAPII TIGER KEMAIN SOMBONG

senior la katakan . bila dekat je mula lah nak buat bunyi2 nak gaduh si tiger tuh . kot la nak belai2 adik baru . takut kurang kasih sayang la tuh . heh oh ya 2 ekor adik adik baru nih ibu aku bawak balik dari office dia . macam anak luar nikah pon ada dorang nih . mak dia tinggal terus lari . jantan mana lah punya keja . habis madu sepah dibuang . haishh yang si mak pon sampai tak ada duit nak beli susu ke hape tinggal je macam tu . habes aku kena jadi babysitter suap anak-anak ni susu dalam botol .

kena ikut turn guna botol . botol satu lagi belom beli .

nyot nyot . nak minum susu pon payah . puting dia panjang sangat . 

nak bagi susu gantung belom ada . bagi susu dalam guna syringe je.
kena pelan2 takut tersedak plak 

mak aku 

dah boleh kawen dah nih  abang aku . siap ada cara nak bagi minum susu

sampai sekarang dorang asyik bunyiii jeh . yang betina paling bising suara macam jantan . dah bagi susu pon bising lagi . aku tak tao lah dorang nak apa . masak goreng berempah jugak kang . nak berak pon kita kena buatkan .kena usap2 bontot dorang dengan tisu basah baru nak kencing dengan berak . sampai terpancut-pancut taek cirit . selamat lah pakai glove . kalao tak semelih dah depa nih . yang tiger tak habes nak buat muka garang kembang-kembang bulu . dengan budak kecik pon nak lawan . haishh

p/s kadang-kadang semua ni berlaku ada sebabnya . kena bangun pagi bagi minum susu . kena bangun malam kalao dorang bunyik . prektis untuk kawen nanti katanya. kesabaran yg tinggi tu sangat lahhh perlu . terus terbayang susahnya ibu ayah aku nak jaga aku adik bradik masa jadi bayi comel . insaf ~

susah macam mana pon nak jaga anak-anak ni tapi bila dengar suara miow miow terus rasa sedih rasa sayang yang amat kat mkhluk Tuhan paling comel ni . sayang semua anak-anak. semoga semua kuat membesar bagai juara ye :)

sila gelak lepas baca.

Tuesday, June 28, 2011

KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA dah macam-macam benda tak berpekdah aku delete, dah bogelkan semua dah sampai tak ada baju !asal macam lembap lagi blog sampah nih ! sepak sepak sepak ! cpr cpr cpr .

=.= tsskkkk benda apa lagi la yang melambatkan blog nih . hadoiiii .
tolong senaraikan lagi .







==' 

sila gelak lepas baca.

BIAR JADI BELAGAK SOMBONG EGO, JANGAN JADI MURAHAN WAHAI PEREMPUAN



pantang bertemu makhluk lelaki yang diklafikasikan sebagai hensem macho kachak katak dan sebagainya mulalah nak jadi cacing kebangangan . kemaain gedikk dah aku tengok , padahal laki tu bukannnya syok sangat pon ngan hang . depa mmg suka macam tuh .pastu bila laki tuh buat tatao kat hang . hang nak tacing bagai buat mcm hangawex dia pehal la derr.  hey hey wekap lah memang lah. jangan jadi bodoh sampai macam tu sekali . muka dah cantik tapi tak kan lah tak nak bagi akhlak cantik sikit . dah tao cantik tak payah takut kalao laki tuh lari kat org lain . sbb nanti ada lagi yang akan datang usha . tak pon kawen terus. tak payah nak bukti bukti cinta dalm bilik jadah semua . kalao cantik jangan buat macam tuh sebab kalao depa tak percaya ,hang boleh carik lain kan kalao depa kata hang tak tunjuk bukti cinta. susah apa . kata cantik .

tak payah nak buat buat manja gedik geliman sangat . aku pon geli dah tengok . okay memang lah lelaki suka bila buat camtu . eh betul apa . eceh konon tak ngaku . tapi sebenarnya suka kan kan . kajian yang aku buat baru baru ini . err nak juga buat kajian sunsiilk tipu2 ngehngeh . kajian menunjukkan lelaki sangat suka dan menggemari perempuan yang bersifat kelembutan dan kemanjaan . woahhh . kira kira aku memang bukanlah ciri idaman lelaki . phewww kira macam limited editon jugak lah kan .

semah : eleh kao , jeles la kan muka tak cun sebab tu hang kata kami macam tuh .
maya keren : aah , dah kami cun semua orang suka kami . jelez lettewww .

ada aku kesah . ai limited edition perlu ke nak jelez bagai . dari cantik cun tapi dalam busuk tak ada gunanya . tu pon kalao ada yang tak kesah dara tu tak penting la kan  . bangga . lol

p/s pakaian yang kotor boleh dicuci tapi hati yang suci sukar dicari :p kesimpulannya biar lah jadi yang kurang menonjol mahupon dilabel sombong dari dikenali sebagai murahan . sekiann


sila gelak lepas baca.

Sunday, June 26, 2011

BILA KEJAHATAN DAN DOSA DAH JADI SATU TREND . . .


maka bila dah buat salah dan terbukti bersalah masih boleh menunjukkan riak bangga dan senyum babi kambing.walhal dosa yang dibuat terlalu besar dan memalukan . merogol memfitnah membunuh dan sebagainya .mungkin dalam hati si babi tersebut terasa bangga kerana dapat melakukan sesuatu yang ditakuti untuk dilakukan oleh semua masyarakat . takut kerana masuk penjara atau hukuman sebatan mungkin.

-bapa merogol anak kandung sendiri . jalan dengan mendabik dada tak payah tutup2 muka dgn kain dah sampai berita plak yg kena sensored muka si bapak durjana . bangga kerana dapat melampiaskan nafsu kekuda laut terhadap anak sendiri . syabas . tahniah kerana berjaya mendapatkan satu kediaman rasmi bersama syaitonnirrajim .

-menteri yakni boleh dikatakan sebagai pemimpin rakyat . bangga dapat menggunakan wang rakyat wang yang digunakan untuk membangunkan negara untuk membuat banglo istana mereka . menggunakan duit elaon kerajaan untuk melancong bersama keluarga tercinta . ada juga yang terasa bangga dapat mengaibkan pemimpin yang lain . tahukan anda dosa mengaib itu adalah dosa yang besar . bukan mengakkan kebenaran . banyak lagi cara untuk menegakkan kebenaran bukan dengan cara menggunakan taktik kotor .

-oh sangat nice dikatakan berkorban dedah watak video seks . berkorban mengaibkan orang . berkorban lah sesam sendiri . sangat nice lah manusia zaman sekarang . bukan lah nak mengutuk atau mengentam kerajan digemari ramai. takut pula aku nanti jadi artis . pfft . kalao tak ada kerajan sekarang tak wujudlad malaysia sekarang . membesar seperti juara =.='

-gambar lucah dalam surah Yassin di masjid negeri Pulai Pinang . negeri aku . sengaja mendatangkan amarah masyarakat Islam ? . mungkinkah taktik kotor politik yang semakin melampao ? masa sedang tgk tivi tengah hari tadi. tgk tivi ntv7 . berita tengah hari . terkejut kaget ternganga . semakin berani . semakin berani . apa yang anda rasa ? orang gila yang buat ke ? atau orang yang buat2 gila demi duit ? harap pihak polis dapat siasat dengan teliti . biar si pesalah dapat hukuman setimpal dengan apa yang sudah dia lakukan ! .
KLIK SINI KALAO NAK TAO . 

-membuat maksiat dikalayak ramai . artis yang beragama islam melakonkan watak ranjang yang melampao. trend bangga bila dah tak ada dara . trend bila dapat berkasih sayang dengan sesama jenis . trend dapat pakai baju nampak tetek spenda, baju nampak pusat . pakai seluar pendek nampak bulu kaki . trend dapat cium cium dengan awex/pakwe pastu upload dekat fb . trend minum arak pastu show off dekat fb jugak . hebat hebat. kemain banyak trend yang wujud dengan pesat . eh trend pergi pasar malam time maghrib pon boleh. dah siap2 jamak barangkali yang pergi dan meniaga di pasar malam time maghrib . erm

bangga dapat membunuh , membunuh anak sendiri . membunuh saudara sendiri . bangga  . aku bangga dapat membunuh nyamuk dengan tangan sendiri tanpa bantuan ridsect mahupan sazali shieldtox .

apalagi boleh kata .inikah  malaysia yang kononnya berstatus negara Islam ?
syabas . negara membangun akhlak menurun .


 *aku tao blog aku blog perempuan cantik . terima kasih sedarkan aku
p/s siapa nizam sani ? =.=


sila gelak lepas baca.

Friday, June 24, 2011

DAH MACAM HANTU DAH GAMAKNYA BLOG AKU NIH . UNFOLLOW JE LAH .

Assalamualaikum dn selamat pagi .


my dear peeps . .
yang terfollow aku boleh lah unfollow balik . baik unfollow je sebab nanti max folloer anda dah limit kan rugi dah tak boleg follow blog orang lain . so dari korang follow blog aku pastu hilang mcm tu je baik unfollow je kan . senang korang jugak . aku tgk jumlah follower banyak2 nih kadang2 geram jugak . ye la nanti orang masuk blog aku mesti akan trus tgk jumlah follower ye dak . lepas tuh tgk komen . habes bila dah tgk jumlah follower err banyak la jugak tpi jumlah komen ciput msti org kata aku nih jenis i follow u follow back . main paksa2 sbb tu follower bnyak .tak kisah lah . ada jeh blogger lain kata i follow u , u follow back tuh tak salah . tapi suka hati aku lah nak suka ke tak . dah korang punya blog hebat2 , cakap apa pon org setuju je .

so aku tgk blog aku nih dah boleh jadi blog personal , diari aku seorang2 je so kalao nak unfollow pon tak pe . aku tak kesah . bukan la nak halau tapi ntah dari 1000++ yg follow , cuma 10& je yg muncul . salah aku jugak sbb tak bw kat blog dorang . kehkeh . nak buat camne aku nih semua malas . nk bw pon kena tunggu mood rajin gila bapak . kalao tak mmg aku temenung je la main game . heheh macam sia2 pon ada blog nih . tapi pelik dgn org sekarang . blog tuh dah mcm benda penting plak . nak buat syarat kemain .

nak try buat bisnes lah . nak jual pin comel2 kartun . kehkeh . nanti jadi blogshop je lah blog nih .biar tak ada org janji duit masuk . wukiki  *konon mata duitan

p/s sila lah unfollow aku ya :p papai .
sila gelak lepas baca.

Thursday, June 23, 2011

tak da la spontan sangat tak de lah wordless sangat cumaa. .. .

spontan : bila lah nak dapat gaji ? =.=

wordless

**********

luahan perasaan hari ni dan semalam : aku sebagai blogger yang suka jalan2 tanpa tinggal jejak ada perasan lah kan . terdapat banyak okay mmg banyak  blogger yang suka guna teknik yang busuk hodoh geli . teknik nak trafic tinggi . letak tajuk bagai nak rak tajuk memang SEO la kan tapi isi tak dak nak buat apa . contoh macam download game chuzzle deluxe(CONTOH SAHAJA) tapi bila klik download kdg2 not available . kdg2 download menda lain . filem pon banyak, bila dah dowload tgk2 tak boleh play la tak habes la.. patutnya sebelom nak publish kena la check dulu. jgn lah nak cepat jee sampai org lain yg susah .mmg lah kualiti tak sama dgn yang asli tu aku paham tapi yang aku tak paham blogger tuh . dah la semangat aku nak download game ngan filem tengok2 menda lain yak keluar =.= setakat game filem takpe lagi ni hari tu aku cari maklumat untuk UPU kemain banyak blog tulis sal ni tapi isi tak sama pon mcm tajuk . dah la urgent . haduyaii sedih tawu .

so agak2 dapat dosa ke tak kalao korang buat camtuh ? duit mmg la dapat .masyuk . tiap bulan nak cashout je .tayang2 kat blog . tapi tak ke rasa duit tuh halal dengan tipu orang ? memang lah isu kecik tapi geram jugak lah aku kan asyik terkena jeh . banyak kali dah kena . bila cari something kat google naik nama blog dorang tapi bila bukak isi tak ada pon yang berkaitan . link pon not available .kalao berkaitan pon sikit jeh . mana tak geram . bila aku tinggal komen tegur mulalah kata macam2 siap buat entry khas utk aku .pastu ramai lah komen simpati kat dia .blogger hebat .pfftt kalao aku nak kutuk aku tak guna nama account aku . aku guna je nama anon tapi aku lebih suka guna acc sebab apa2 feedback dia boleh terus serang blog aku . susah apa . nak takot apa . aku cuma tegur tak maki pon kot =.=

aku tahu aku tak layak nak tegur korang . ye la aku bukannya hebat bukan femes bukannya otai . tapi tak bermakna kena jadi yang hebat dan ada kuasa saja baru boleh tegur kan . tapi kalao tak nak terima teguran aku pon takpa . ada aku kesah ? janji aku nak makan .bye. lapaq . (entry berkurun baru nak publish .haha)

p/s sapa ada game chuzzle deluxe ? aku nak . tsskkkk comel je bebulu tuh T__T


sila gelak lepas baca.

Wednesday, June 22, 2011

KERJA DAN KESUKAAN PALING TOP DIGEMARI RAKYAT MALAYSIA

-PENCURI
-PEROGOL 
-PEROMPAK
-PENAGIH
-PEROKOK
-PENTIPU ORANG RAMAI
-PENTIPU DUIT RAKYAT
-PEMBOMOHKAN ORANG
-PENDENGKI
-PEMBUANG ANAK LUAR NIKAH
-PENYEBAB KEMALANGAN
-PELEPAK
-PENGUNDI PROGRAM REALITI
-PEROSAK BANGSA
-PENGAMAL SEKS BEBAS SEBELUM KAWEN
-PENGGIAT TEGAR MLM
-PEREMPIT
-PENDRIFT
-PENCARI PASAL
-pen-faker profil org laen kt fb  ~ cik bibi
-pembelog...? ~ uncle gedek
-PENtido kot?? ~ dzureein

wordless wednesday ?
agak-agak pembaca blog sampah nih ada ke buat pekerjaan macam nih ? gaji tiap bulan kira mcm mana ye ?
atau ada lagi ke yang tak disenaraikan ? sila lah letak diruangan komen :p

p/s seriously patutnya banyak lagi nak taip semlam sebelum tido bermelonmelon idea nak taip tapi semua hilang ditelan mimpi tatkala bermimpi dengan fizo omar =.= inilah bahana kalao time tido lah banyak menda nak tulis . heeeee

sila gelak lepas baca.

Monday, June 20, 2011

PUNCA LEMAHNYA UMAT ISLAM DEWASA KINI

ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA SETIA .
sungguh aku dapat rasakan hanya segelintir sahaja yang akan baca sampai habes entry nih :)

hari nih takmo buat entry lagha-lagha . nak buat entry serious :) percaya atau tidak , umat Islam zaman kini hanya punya Islam dalam ic bukan dalam hati dan bukan pula untuk dibuat rujukan dalam amalan seharian . ya tak payah la bagi tao . aku sendiri pon sama . T___T entry yang baik perlu lah disharekan . entry yang sangat sangat berguna dan dijadikan panduan masa kini . entry yang harapnya akan membuka mata kita semua khusunya kepada semua saudara ku yang tersayang . untuk semua RAKYAT MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM. sungguh aku dapat rasakan hanya segelintir sahaja yang akan baca sampai habes :)

sumber terhormat DARI SINI .

Antara punca lemahnya umat Islam sekarang (Malaysia umumnya) adalah;

1. Suka bertelagah dan mencaci maki sesama sendiri. Adakah kita lupa kita ini adalah umat yang terbaik (umat Nabi Muhammad saw)? Masing-masing mengaku mengikut sunnah, tetapi mengapa berpecah belah? Tiada langsung ajaran dalam Islam supaya menganjurkan perpecahan sesama mereka.
Bukankah mukmin itu seperti satu tubuh? Mencubit peha mukmin yang lain, sendiri juga yang terasa sakitnya. Menghina mukmin yang lain, Islam yang terkena tempiasnya.

2. Mencintai harta, pangkat dan kuasa, tetapi tiada ramai mana pun umat Islam yang berpengaruh dan kaya raya sehingga dapat berbakti pada agama. Kita mensia-siakan kekuatan yang ada dari segi ekonomi terutamanya, kuasa beli.Perumpamaannya seperti menternak lembu ratusan ekor tetapi tahinya saja dimanfaatkan. Tahinya diguna dibuat baja tetapi lalang saja yang ditanam.
Maksudnya, harta, pangkat dan kuasa itu diberikan kepada orang lain sedangkan semuanya itu milik umat Islam dan punca ekonomi itu digerakkan oleh orang Islamtetapi kekayaannya diberikan kepada orang lain.
Bukankah mukmin itu seperti satu tubuh? Mengapa kita tidak saling membantu (di dalam ekonomi khususnya)?

3. Malas membaca. setakat komik, novel manga jangan cakalah . Ini kerana malasnya menggunakan akal fikiran untuk memahami dan mengkaji. Pembacaan sangat penting kerana sesuatu yang tidak kita ketahui boleh dipelajari dengan membaca. Selain memberi ilmu pengetahuan ia juga dapat membuahkan semangat kesungguhan dan mengalakkan berfikir.
Punca malas membaca jugalah antara menyebabkan kita berpecah belah kerana hanya mengikut saja arus zaman walaupun arus itu membawa kita ke lubuk yang dalam hingga memungkinkan kita lemas di dalamnya.
Perlu diingat, melalui pembacaan yang bermanfaat boleh mengeluarkan seorang intelektual (inilah yang perlu dilakukan). Sekiranya membaca hanya sekadar ingin berjaya dalam peperiksaan, maka itu bukanlah intelek, tetapi sekadar makanan di celah gigi sahaja.
Bukankah mukmin itu seperti satu tubuh? Mengapa kita tidak melihat akan kesan buruk umat Islam yang jahil ke atas agama Islam itu sendiri?

4. Meninggalkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Ini adalah faktor yang paling utama dan menyeluruh. Di dalam sebuah hadis;
Hadis : Dari Umar bin Al-Khaththab r.a : Nabi saw bersabda: ... “Sesungguhnya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan kitab ini (Al-Quran) dan menghinakan yang lain.” [1353] Sahih Muslim
Apabila kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah maka kita akan menjadi kaum (umat) yang dimuliakan, jika meninggalkannya maka jadilah kita orang yang hina dan dihinakan. Janganlah kita sibuk memandang kuman seberang laut sedangkan tidak nampak gajah di depan mata. Tanyalah pada diri sendiri, 'Adakah kita salah seorang penyumbang kepada kelemahan umat Islam?'
Surah An-Nisaa' [4] : 136

hari nih dah mula start kerja sebagai PA / setiausaha / kerani kat office kawan ayah aku . ya kerja yang bahagia hanya duduk depan komputer dan streamyx :) dan masa aku sembang2 dengan kawan ayah aku yang berbangsa Cina dan sudah memelok Islam berpuluh tahun rasanya sejak dia kawin sampai lah anak dah 4 orang kot . dah lama kenal ngan dia . rasa malu dengan dia bila dia cakap melayu sekarang takmao buat kerja berat2 , nak keja dalam econd saja , cuba tengok syarikat besar2 siapa yang punya . banyak orang cina punya maaa . melayu banyak kirje kerajaan saja  . kerja kerajaan banyak senang woo . tak tao la kan dia yang kata . heheh tapi kdg2 ada betol jugak dia kata . huuu 

sila gelak lepas baca.

SEBAB KENAPA KENDURI MEMANG BEST . KENDURI APA ?

sumber gambar dari lovelyshafa
perlu letak nama sendiri dalam kad kawen orang lain . hahaha eh eh ini adalah sebab kenapa kenduri best bg pandangan aku je. lepas nih akan muncul plak kenapa kenduri tak best . kenduri apa ? tak kisah lah kenduri apa . ini adalah umum , semua boleh joinn :D agak2 ada yang sama macam aku . meh la kita sep sep ataupon buat group hug macam uncel gedek selalu buat . kehkeh EH EH uncle nak jajan ! :D serious ini bukan review tapi penghargaan  :)
ok lets beginss .

# tak payah masak kat rumah . ya seperti yang diketahui rakyat afrika , sememangnya aku adalah seorang tukang masak handalan di rumah . so terasa amat gembira sekali bila ada kenduri . hujung minggu mesti nak tanya ada kenduri ke tak . heheh memang itu tujuan aku suka kenduri .

# dapat makan free . tak free sebenarnya . duit minyak nak kena bayar jugak . kalao jauh kena bayq duit tol plak . walaopon kadang2 lauk dia macam pffttt dan selalu jumpa kat kenduri tapi percayalah kenduri sekarang semakin hebat . lauk kena ada 4 5 jenis , kena ada makanan sampingan mcm laksa ke bihun sup ke atau spagheti ke . air plak mao 3 jenis . termasuk cendol teh tarik dan air basuh tangan . hikhik

# walaopon selalu dipaksa oleh ibu aku dengan alasan untuk mengenali saudara tapi aku lebih suka tukarkannya dengan mengusha dan mengenali calon suami . oh itu memang selalu membuat akal jasmani saya tersa mahu pergi kenduri setiap hari mahupon setiap masa . tak kesah sehari ada 10 kenduri sekalipon .

# ayah mak aku selalu pesan kalao ada kenduri kena pergi tunaikan jemputan kan wajib . ala Nabi pon ada cakap kan . kira macam nak meraikan pengantin . hehe kang tak pergi plak tak tunjuk muka orang tak nak datang kenduri kita plak . rugi semelih tiger lembu 2 3 ekor nanti . heheh

# kalao duduh rumah sewa ataopon bukan duduk rumah mak bapak . haruslah duit selalu tak cukup kan . so untuk menjimatkan kos , sepatutnya kenduri yang dipanggil kena pergi . kalao nak jimat lagi dok rumah kenduri sampai malam . untung2 dapat makanan tambahan free . hehe

# kenduri sekarang kan hebat . kalao tak ada karoke tak ada deejay memang tak sah . kampung ke bandar ke semua sama . walaopon aku tak suka tapi kebanyakn orang suka sebab boleh karok free . dari pagi sampai petang asyik muka kao jeh nak karok sampai nak tuju lagu pon tak boleh .

# kumpul doorgift ! ya memang rare . aku paling suka doorgift , sekarang doorgift memang hebat belaka. bukan sahaja kuih muih turun temurun saja tetamu dapat , malah koleksi mug, sudu garpu kecik2 , kipas tangan, coklat homemade, gula2, cupcakes muffin dan banyak lagiiiii . kat rumah aku dah belambak mug . penuh almari . kenduri sedara aku kat johor semua bagi mug. paper beg dengan beg kain lagi lah banyak . nak pakai pegi market pon malu . nanti mesti org kata beg kenduri . hehe

# mak aku suka kumpul bunga telur pastu dia gubah2 bagi jadi sejambak bunga .telu bukan nak makan sangat , penuh dlm peti ais. kalao telur pindang best la jugak. bunga telur sekarang tak macam dulu . sekrang ada bunga sabun pastu bunga telur dia memang cantik . nak buang mmg sayang .so setiap pelusuk rumah mesti ada nmpak bunga telur . heheh *boleh juga simpan untuk kenduri sendiri nanti mana tao tak cukup bajet ke nanti . boleh rolling2 . hikhik

# kalao kenduri sedara mara atau kawan2 boleh lah masuk sekali dalam gambar . bagi banyak sikit koleksi gambar korang dalam album . untung2 nanti ada orang tanya2 , risik2 gambar korang yang cun tu kan . haha

muka gua terlau excited bila pegi kenduri
ok lah yang tu cukup lah kan . ada lagi ke ? tambah je kat komen bawah nih nanti aku update . heheh nanti nak cakap pasal kenduri sekarang yang tak macam dulu . hehe ala bacalah pastu komen sikit2 ke . tak kena bayar pon . kehkeh


terima kasih kepada abang kachak fairuz kerana sudi komen setiap entry gua yang tak sebarapa . agak2 bila lu nak masuk minang gua ? kahkahkah sila ke blog beliau dan jangan mempotong okehh .

sila gelak lepas baca.

Sunday, June 19, 2011

SUDAH LAH SETAKAT INI SAHAJA BLOG NIH . DAH MALAS DAH NAK BUAT ENTRY .

ada kaitan ?
perbezaan blogger femes dekat dunia maya je pon dan blogger suam-suam kuku .asyik2 pasal blog asyik pasl blog jeh . bosan tawu . bosan . grr

blogger perempuan : post entry peribadi diselitkan dengan gambar chomel pakai baju kemain cun dengan shawl kekupu kekumbang atas kepala . pakai legging / jeans ketat tapi masih mempunya 100 komen membina dan mampu membuatkan si pemilik kembang kempis tak hengat dunia . so 90% komen adalah memuji kecantikan wanita itu . ada lah sesetengah komen pasal entry bukan pasal gambar .
"cantiknyaaaaa kakak . comelnyaa awak . sesuai betul shawl tuh dgn u . cantiknyaaaa dress beli kat mana ! "

ternd lah kan sekarang pakai jeans ketat dengan baju kononya baju labuh . orang pakai legging korang marah. habes tak nampak ke jeans ketat atau skinny tuh dah konpem2 ketat macam legging juga . bingai . bila ada orang buat entry pasal legging korang marah dgn org pkai leging , setuju lah jgn pkai legging tapi bila jeans ketat tak pulak nak amek kesah . lagi-lagi bila blogger cantik femes yang pakai lagi lah tak kesah . nak kata apa lagi . depan depan kena lah buat2 baik ye dak . barulah blogger femes sayannggg . tak gitu ? tak kan ada yang tegur kan ? heheh

blogger lelaki : buat entry pasal lucah atau entry copy paste atau entry hebat yang kononnya berjaya menumpaskan sindiket tipu-tipuan dalam dunia blog .atau entry yang boleh mencairkan hati wanita. ye lah perempuan kan ramai sekarang .  hebat hebat . ramai yang memuji dari memberi nasihat tentang keburukan pada entry . tak pe blogger femes . semua boleh .tak ada pon nak marah . kalao orang hentam blogger femes, jangan risau pasti ada backup punya . kaki kipas la katakan  .  opss bukan ke maaf sengaja :p

ada lagi . bila blogger biasa2 yang tak kisah dengan trafic dan hanya meluahkan perasaan terhadap dunia blog dan buat sedikit analisa terhadap dunia maya ini . cakap pasal kaki kipas cakap pasal trafic cakap pasal seo . jangan risau wahai blogger suam-suam kuku , nanti blog korang semua pasti dibanjiri ramai dan jangan lupa untuk moderate comment takut2 nanti komen yang orang bagi membutthurt kan korang . tak pepasal korang bunuh diri plak bila ada anon hentam korang sebab kononya dikatakan cuba untuk tunjuk terror .ye la newbies la katakan . tak otai tak femes . buat blog pon 2009 .

oh padahal kalao nak diikutkan memang seratus betul apa yang blogger suam kuku tu cakap . cuma sebab beliau blogger suam kuku , beliau dihentam . cuba kalao blogger bajet femes buat . perghh setakat anon pon nak kecoh sedunia buat entry sedih minta simpati . serious . buat je lah entry apa pon .

gila ini bukan entry minta trafic kejadah haram , dunia semua tuh . ini entry apa yang aku nampak apa yang aku lihat bila aku blogwalking melihat kepura-puraan dalm dunia maya . blogger femes komen blogger biasa guna acc anon . pfftt ingat gua tak tao ke . gua buat-buat tao je okay :p okay entry nih kalao korang terasa gua pedulik hapa . add je lah fesbuk aku . maki je lah kat shoutbox maki je lah kat fomrspring . ada gua kesah . hati kental derr . setakat buat entry aku kena hentam dengan anon . pejadahnya . tak kental lah der tak gagah lah weyh . okay nak hack ke ? ala jangan lah . lu hack pon bukan dapat apa . entry kosong ej dalam blog gua nih . kehkeh . duit iklan pon adalah bapa sen . nak ke ? amek je lah .   haha

dah la kalao cerita bab bab macam nih memang aku suka . sebab boleh maki maki . wukiki . bai .

*****

syok la kan lepas nih aku jarang nak update dah .
sebenarnya esok dah kena start keja kat office kawan ayah aku . syarikat baru bukak so nanti aku keja sorang2 la dgn boss . pheww jadi kerani pon kerani lah . mak bapak aku kat rumah dah bising dah asyik dok bebel aku nih suka dok  depan laptop jeh . main fesbuk main blog katanyaaaa . tsskkk

macam dulu masa aku keja kat kedai bunga , blog memang terabai lah kan . seminggu sekali ada la 2 3 entry . memang kejadah blog aku nih trafic tak penah ada . setakat time aku update je ada la naik sikit2 pastu kalao tak update turun kemain lah dorang . kena buat enrty berunsur SEO la kot lepas nih kan . kehkeh

ok till then stay chilll and coolllll yaw . nak hot hot pegi mandi waterfall . heheh

amenda lah aku merepek nih . datang bulan bintang ke apa . pfffttt . bai .bai lagi . grrr

sila gelak lepas baca.

Thursday, June 16, 2011

#1 Spontaneous Thursday

kemain hebat fenomena wordless wednesday . lepas nih fenomena spontaneous thursday plak . penuh dashboard ahkak tao . selamat ahkak tak join sebab i tak online, kalao tak tak mesti lagi femes . <---- bukan spontaneous thursday ye . kehkeh
apa menda plak dah spontan spontan nih ? jom klik SINI . ya di SINI .


BILA LA CALON SUAMI NAK MUNCUL =.=




SERIOUS AYAT NIH MEMANG SPONTAN . *MUKA SERIOUS* 

sila gelak lepas baca.

Monday, June 13, 2011

TIGER SUDAH MENUNJUKKAN BELANGNYA ! MACAM NAK BUANG SAJA !

masih ada yang belum mengenali tiger si binatang itu ? KLIK SAJA SINI :p

sekarang ni beliau dah pandai berak dalam rumah . berak belakang kerusi . berak atas KATIL ! berak bawah katil . grrr pokoknya berak dalam rumah . memang suka berak tiger nih . ibu aku cakap beliau masih kurang diajar . ya ya lepas nih ibu tolong ajarkan beliau jalan nak ke toilet okay =.= oh sila lah jangan suruh aku postkan gambar berak itu semua . aku pon nak naik muntah bila tengok . kang tak pepasal blog aku jadi blog zombie plak . so aku upload gambar beliau yang suka belagak comel itu .

dah la nak makan pon memilih . sekarang dah tak mahu makan makanan kitten dalam peket . ayah aku senang jeh bagi ikan mentah . mak aku bagi ikan panggang . aku bagi penyepak . bising sangat .

tiger yang suka tengok bola sambil tangkap2 macam boleh dapat =.=

penang penang ! *tetiba

nsem abang main bola . nak suruh dia ngorat tuan aku yang cantik tuh *aku la tuh:p

ya ya nak goall dah tuh .

scrambler

memang sengaja aku nak bagi blur-blurkan gambar . bukan tivi plasma mahupon lcd . tivi 2inci saja. cukuplah untuk tengok forum perdana, alkuliyyah , halaqah ataopon semanis kurma .

psstt psst kemain ramai yang nak tahu result aku . bukan la nak show off tapi aku cuma mampu dapat ben10 saja . cukuplah untuk aku ke oxford nanti . doakan ye =..=
sila gelak lepas baca.

Apple Pink Bow Giveaway !


Apple pink Bow punya giveaway . nak join klik banner saja :) segala syarat ada disana .




Hadiah-hadiah :
Pemenang Pertama : Hadiah yang bernilai RM60++
Pemenang Kedua : Hadiah yang bernilai RM45++
Pemenang Ketiga : Hadiah yang bernilai RM30++

random tag:
telaga putih
norma azura

hebat tak kawan - kawan hadiah diaaa ! hebat kan . apa lagi jom la join , untung2 hadiah untuk raya nanti ke . hehehe KLIK SINI ATAU KLIK BANNER YE .

sila gelak lepas baca.

MUET STUDENT JOM PAKAT CHECK RESULT ONLINE ATAU SMS PUKUL 9 PAGI NI :)

INFO DARI SINI
aku dah penah post pasal nih . entry nih hanya nak mengingatkan saja . kehkeh

yang rajin boleh pergi ke tempat yang korang daftar tuh pada pukul 10pagi . yang persendirian nanti pihak MPM akan pos ke rumah masing-masing . yang teruja nak tao macam aku boleh lah semak keputusan melalui SMS dengan menaip MUET RESULT<> No. K/P hantar ke 15888 atau pon taip MUET<>No.K/P hantar ke 36363 . dah boleh check pukul 12pagi tadi dah . 


yang nak semak melalui lama web boleh check pukul 9pagi nih di http://www.mpm.edu.my/ *mesti lambat nak loading nak masuk web tuh sebab ramai yang nak check result .  ha apa lagi jom la share result . wahaha




GUD LUCK UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMUA YANG AMBIL  :)

sila gelak lepas baca.

Sunday, June 12, 2011

PERGHHHH DAH JUMPA KEMBAR LAH! KEMBAR SEPARA MATANG !

Assalamualaikum peepsss !
sesungguhnya begitu banyak post yang belum dipublish dan masih berda dalam alam draft oleh kerana tidak mempunya kepadatan idea yang membuak-buak ke ladang TIGER . eh ingat nak post pasal tiger hari nih . beliau semakin mengganas dengan aksi hebat selain berak atas katil ! grrrr tapi...

nak kenal dengan kembar separa matang aku tak ? moh ler klik ke blog comel bubles biru beliau . nama dah nak sama dah . cuma aku blog budak separa matang . hahaha jumpa blog nih masa aku singgah blog si yuyu . nampak kat pengomen tegar ada nama nih aku ingat tuh aku . pelik juga aku mana rajin komen kat blog yuyu. haha so so aku pon klik lah .


budak bachelor English nih . memang kalah lah dengan aku . aku nak sepaking sepaking nih mmg hancuss .
most of her entry in english . terpaksa la bukak google translte nanti . hikhik oh ya nampak berat sangat lah blog awak . ada orang cakap letak salji kat blog boleh buat blog kita berat . hehe ini hanya sekadar pendapat seorang kakak  . *hamboihh hang kata blog orang berat. hang ingat blog hang laju ? =..=*
selamat berkenalan budak separa matang ;) jangan klik kanan nanti dia marah . hahaha

kehkeh aksi separa matang
p/s best kan jadi budak separa matang . tak percaya tanya arol si BUDAK KURANG MATANG :p
sila gelak lepas baca.

“GA PERTAMA PUTERI KATEK”


dengan hebat dan bangganya aku nak join giveaway si katek nih . kemain princesss katek nih ha . jom la join .
KLIK SINI ataupon klik saja banner okay :)

oh ya sebelum tuh puteri katek nak tengok 3 entry terbaik blog aku . eh ada ke enrty terbaik ? =..=
- RAHSIA KEAJAIBAN BUNGA ROS 
-TUTORIAL BUAT SIMPLE ANIMATION GUNA ADOBE PHOTOSHOP
-BUDAK ZAMAN SEKARANG NIH KAN . PELIK

argh sebenarnya tak de lah terbaik sangat . huuu dah dah jom lah join . nak bagi sponsor pon boleh . hehe

last sekali ada ucapan dari pihak penaja :p
“ LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!”

sila gelak lepas baca.

SIAPA KITA ? SIAPA KITA PADA MASA HADAPAN ? MANUSIA CEPAT BERUBAH.

google
=

google
atau


google
=
google
kita yang akan mencorak kehidupan kita . bukan sesiapa . semuanya bergantung kepada kemahuan kita apa yang kita mahu apa yang kita akan lakukan nanti . tak semestinya jahat dahulu akan jahat selama2nya dan sebaliknya pulak kan . sebab kita semua mudah berubah dan akan berubah .


p/s entry terpendek ke ? tak lah kan.  moga ia tidak lah sekadar entry kosong :)

sila gelak lepas baca.

Friday, June 10, 2011

BILA IBU SURUH AKU JADI NURSE ~~

kalao semua nurse camnih mesti penuh hospital
anas(adik sebelum bongsu) : elok2 pesakit tuh nak baik terus mati dengar suara hang.
zaki(adik last) : kalao pesakit tak mo makan ubat . sekali jerit terus makan sampai tertelan ubat .
ibu (mak aku lah) : patient asyik kena jerkah je lah nanti .
zaki , anas , ibu : gelak jahat sambil berbalas2 kutukan demi kutukan.

aku : alah memang takmao jadi pon . tak tahan geli kalao dengan muntah dan seumpamanya . kalao dengan orang tua lagi tak tahan satgi sedih tengok depa camtuh .kesian okay =.= tapi kalao jaga baby boleh lah :)

depa : satgi penyek baby2 semua tuh .gelakgelak

=..=

bukan tiger

p/s jadi nurse bukan senang . jadi hargailah para-para nurse kat spital yaw :p tapi tak perlulah nak minta nombor bagai =.=
sila gelak lepas baca.

Thursday, June 9, 2011

TARIKH KEPUTUSAN MUET bagi PERTENGAHAN 2011

Keputusan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi Pertengahan 2011 akan dikeluarkan pada Isnin ini, 13 Jun, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

“Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip 
MUET RESULT<> No. K/P hantar ke 15888 atau pon taip MUET<>No.K/P hantar ke 36363 mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my.
Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.
Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011.




notanotis : ketaq pala lutut weyh tunggu hari senin nih . tskkkk Y___Y 


SOURCE :  TARIKH KEPUTUSAN MUET 2011|SEMAKAN |enciknakal.com™ 
http://www.enciknakal.com/2011/06/tarikh-keputusan-muet-2011semakan.html#ixzz1OmdD8vfJ

sila gelak lepas baca.

BEST KE PAKAI BAJU NAMPAK TALI BRA ? NAMPAK BRA ? NAMPAK LORONG2 GELAP ?

arghhh bukan pintaku nak buat tajuk kemain lucah nih tapi nak buat camna dah terasa nak buat . tapi gua syak kawan2 blogger aku tak ada yang macam nih tapi kalao blogger yang aku tak kenal maybe lah ada kan . ala yang macam si milomilo tuh gambar tebaru kot pakai baju tak cukup sebelah sampai nampak tali  bra kaler hitam . shit. kalao tak bagi gua gersang memang tak sah kan kao pompuan   =..=

eh memang belambak2 kot pompuan yang suka pakai baju nampak tali bra dan bra kaler kaler . gua tak tao lah dorang sengaja ke atau tak sengaja . ye lah time beli baju nampak cam sopan jeh bila pakai opss ternampak lah plak . tapi tetap pakai jugak walaopon boleh menampakkan tali rapia dan juga ketiak hitam eh mana nak tao kalao pakai camtuh boleh dapat jodoh ke boleh dapat pakwe ke kan.lol

dah agakkkkk ! dorang pakai baju bagi nampak tett sebab nak tayang kat para lelakilembu
 yang bernafsu serakah !
gua rasa mesti ada sebab dorang suka pakai macam tuh . ye lah selain menambahkan dosa para lelaki bermata keranjang dan lelaki yang beriman yang terpandang .dan semesti menambahkan dosa si pemakai, aku rasa mesti ada lagi sebab musabab mereka suka melucah macam tuh . maybe sebab mereka masih tak punya cukup duit untuk beli baju muslimah mahupon baju lengkap menutup aurat . eh tao tak baju nampak tali bra gua tengok kat pasar malam selonggok lima hengget jeh . memang patutlah ramai yang pakai macam tuh . murah weyh murah . ataupon dorang rasa cool bila pakai camtuh ?

mungkin jugak sebab mereka rasa terlebih hot . *hot ini ada dua makna ye anak2 * ye lah kat mesia nih konon panas tak macam longdong sejuk mata memandang . terpaksa la kan pakai baju nampak tali bra dan baju nampak bra*nipis* . oh kemungkinan juga mereka rasa hot bila pakai macam tuh . retisswadapak pon belambak pakai macam tuh . so untuk menjadi retis jalanan kena lah pakai baju nampak tali bra camtuh .ye dak. baru ada orang pandak phewiit phewitt kan .

ahh pokoknya gua sendiri tak tao apa motip depa pakai baju tak cukup sipat macam tuh .gua tak kesah lah kalao yang pakai tuh bayi comel atau kanak2 comel yang tak perlu pakai bra tapi gua kesah yang pakai macam tuh kakak kepada bayi dan yang paling gua menyampah dengan mak kepada bayi mahupon nenek kepada bayi . memang rasa nak baling #petias jeh tapi gua takot nanti dorang semua pakat menari sambil gesel2 kat #petiais.gua heran lah kan sebab gua mana ada nak pakai baju macam tuh . gua pakai baju macam budak selekeh sampai orang tanya gua nih tingkatan berapa . gua ingat nak pakai baju tuh dalam bilik jeh tayang kat suami terchenta baru fresh. kahkah asal nak lucah jeh nih traik trafic ke apa bhai . pfftt

gua lupa nak cakap sal baju kurung nipis  nampak bra . selamat ROZI TIGER ingatkan gua .kehkeh
Wah.. Lu sekarang hebat kan bro??? Hahaha.. Aku tak kesah lah kan dia nak tayang tali bra ke ape ke.. Masalah aku cuma satu je.. Hahaha.. Aku tahu lah sekarang trend kain baju kurung nipis kan??? Pastu baju plak berfesyen cam #retis konon.. Dah tu boleh plak baju dia takde lining or tak pakai inner.. Tapi kepala bertudung.. Aiyooo.. Itu memang selalu aku nampak kalo ade mejlis kenduri tak kira lah kat rumah atau d hotel.. Adoiiiiiiii.. Kain baju kurung aku pun ikut trend gak tapi ade lining.. Takdelah nak tunjuk tali bra kaler maler tu.. Hahaha..


notanotis : pergi kenduri pakai baju kurung memakcik tanya gua tingkatan berapa . pergi jalan2 pakai tshit besar memakcik tanya gua tingkatan berapa . lu ingat apa yang patut gua pakai sampai memakcik tuh tanya nak tak jadi menantu makcik ? okbai *gua rasa cool lah bahasakan diri gua gua musang nih .

gua kecik2 lagi dah kawen . lu ada ?

sila gelak lepas baca.

Wednesday, June 8, 2011

BUKAN WORDLESS TAPI WORD YANG BANYAK PADA HARI SELASA :D

selepas ENTRY INI  . ini kali kedua aku pegi pantai dalam tahun 2011 nih . sebenarnya tak berapa suka pantai sebab trauma penah lemas dan trauma dengan kejadian tsunami yang melanda tahun 2006 tuh . sebab tuh selalu pergi waterfall jeh . lagipon pantai panas . nati hitam lah muka i yg putih slepas diedit nih hikhik

ini sebenarnya hari keluarga tapi ramai jugak sedara yang tak dpt hadir . ayah aku pon tak dapat ikut sebab sibuk . huhu mula-mula nak pergi air terjun dekat tama rimba tepi taman rama-rama tuh tapi ditutup sebab kencing tikus . heheh kemain seronok abang ngan adik aku sebab memang dorang nak p pantai takmo p air terjun . hee siap beli bola 2 bijik nak main bola pantai . memandagkan cuti sekolah kelilig ppantai penuh dengan mausia sebab tuh terpaksa pergi teluk bahang . batu feringghi best lagi sebab ada banyak kemudahan .

bahan muatan melebihi kadar kepancitan tayar

sementara menunggu peserta konvoi yg tersesat .hikhik



polis dan cikgu = tukang bakor

teluk bahang

saya handal dlm berenang di persisiran pantai mnggunakan kaki dan tangan pijak pasir .

cuba teka mana saya . yg baju merah ? pandai !
cam pro . pfftt kita bakoo !

mengangkat budak 10kilo ini sepupu. saya tidak ada adik mahupon kakak perempuan =.=

ada yg tertinggal

masih cool

sangat cool pfft~
sekian terima kasih

p/s siapa lah perempuan-peremouan gedik kat toilet semalam tuh . sampai sploh jam nak tunggu .memang sempat lah nak berbalas2 makian kan . hahaha
sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com