Tuesday, May 31, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

nak join klik banner

alahai gadis pujaan ramai nih . kat group and blog memana mesti cakap pasal beliau . Nisa Kay  
pensponsor hadiah . eh nak tengok hadiah ? KLIK SINI 

Tarikh Tutup :
6 Jun 2011

gila bhai . ramai tuh yang sponsor hadiah .
dah le yang sponsor semua blogger hebat .
kalao aku buat giveaway ada ke yang nak sponsor2 nih . tsskk tsskk
tolong lah bagi aku menang . tak penah tao menang giveaway2 nih *tipu*
sila gelak lepas baca.

Monday, May 30, 2011

AKTIVITI MEMBERI MAKAN KEPADA YANG TERCOMEL DAN TERKIUT

ini masa ada dekat muzium lebah sedunia, melaka . tengok ada banyak sedara mara berkeliaran dekat parking. sesambil berkenalan tak salah kalao nak menghulurkan makanan dan bantuan :p selamat lah ada stok buah-buahan yang banyak . boleh lah memberi sedikit kepada yang memerlukan .






jangan makan sambil berdiri tao lepas nih . nanti berak tak lawas




bila tao jeh kami ambil gambar . terus beliau memberi posing yang menawan . lebih menawan dari miss universe . serious menawan .tgk bawah .
tak sinonoh tao . tayang tayang =..=

ohh ini bukan sedara mara korang . tak ada kaitan.



sila gelak lepas baca.

Review | Kirin Selama Perak

header yg cantik sjaa jd hiasan . kahkah


sebab dalam hati : suka hati
sebab luar hati : er er dah orang nak review . kita bagi je la kutuk jeh . retiss plak nak review kan . buat KSP jgn nak kutuk sangat , cer puji sikit . kehkeh

p/s cik retiss nak review moh le kita join . KLIK SINI .# kata beliau yang terawal sahaja.
bahagia la kan orang asyik kata hang retiss :p pfftt



# baru balik dari 3 negeri . lepas nih nak godek godek blog balik .ok bai nak kemas rumah !
sila gelak lepas baca.

Friday, May 27, 2011

MATA LELAKI YANG MACAM MINTA TERAJANG MEMANG BODOH !

word of the day : MATA YANG MINTA TERAJANG = MATA KERANJANG

sebelum termaki baiklah beri salam dulu Assalamualaikum semua .eh dan soryy bukan niat nak memaki lelaki tapi memang ada niat kalao si lelaki tuh mata keranjang .

hari tuh time aku pergi seharian suntuk cari new baby  dekat jusco dekat sunway dekat pacific . serious shit jumpa ramai gila manusia macam2 nih . yang dok asamara tengah jalan dengan kapel masing2 pon hado, yang tak ada kapel tapi nak cari kapel dengan mengusha line pon hado .yang ada kapel tapi gatal melampao ada, tapi yang banyak aku jumpa yang mata terajang tuh . sebab tuh la smpai wujudnya entry ini .bukan lah sebab aku nak bagi biografi atau kebaikan menjadi mata keranjang . tidak sama sekali tapi nak cerita pasal kesangapan atau kebiadapan mereka terhadap golongon wanita. oh kenapa mereka begitu ? kenapa ?

ya salah siapa kalao mereka berkeadaan begitu ? salah makcik cleaner ke ? salah makcik kantin ? *eh cleaner kat mana ntah hari tuh baik tak sombong cam cleaner lain =.= * aku syak ini salah si wanita jugak lah . yang ko gila bengap nak pakai sexy sexy apa jadah ? pakai konon nak macam lolita , nak macam korea . pfftt kentut aku tengok .boleh lah tak pakai tudung boleh buat macam2 fesyen rambut bagi nampak cun kan . eh serious lah , kalao kurang cantik pastu tak yah pakai tudung , mekap mekap sikit pakai sexy sexy sikit . dangg ! dah boleh jadi cantik macam mak mah tahu . cun kan . macam mana lah abang bangla dan mamat vietnam tak usha sampai meleleh . sah memang salah wanita .

okay yang itu memang dah salah wanita sebab bodoh bangang pakai suka hati dorang tayang sana sini . satu lagi plak salah si lelaki lah kan . eleh jangan nak buat alasan sangat lah kan kata "dah si pompuan kasi tayang body memang lah kami usha "ahh  abang bangla memang lah takpe tak tao dosa pahala, yang tao nye nafsu serakah membuak-buak bagai juara . ni yang melayu ! yang Islam ! hebat . dah tahu dosa still tengok sambil meleleh . serious rasa nak kasi penampar jeh . aku jalan depan kedai bra nih . aku pelik kedai bra spender nih memang suka bagi naik shahwat kan .dah banyak kedai bra spender yang bukak kat tempat shoping camtuh . style bukak kedai depan2 dah tu bagi patung pakai bra spender taruk kat depan kedai plak tuhh . memang lah patung tapi patung tu pon lagi cantik dari tiz zaqyah apa cerr , naik shahwat jugak apa kalao tengok pastu siap imagine lagi .  yang nak diceritakan . time aku jalan depan kedai bre spender nih, ada dua tiga pakcik lalu sama .kemain pakcik tuh usha kedai tuh , aku usha pakcik tuh balik lelama , dia boleh tak sedar, usha gegila punya kat kedai tuh . pakcik nih memang melampao ! terguris hati aku*tetiba



yang nie plak time tadi masa kat tempat lesen *eh nak tahu aku lulus weyh test jpj moto kereta . hikhik tq yang doakan . jasa kalian amat dihargai * sambung balik lepas riak doplohminit . tadi time lesen macam-macam feseyen manusia ada . feseyen hana tajima pon ada , aku macam nak tanya jeh beliau ada blog ke ? =.= yang amoi-amoi cun  lagi lah kemain dressup . suka hati jeh aku tengok remaja-remaja dan pepakcik kat situ mengusha . aku dok line blakang time nak daftar tuh . dengan muka cemberut nak muntah aku usha lah pelosok dunia yang ada kat situ . terpandang lah mamat nih, pheww sesapa saja awex cun yang keluar masuk dia pandang sampai lah minah tuh duduk kat tempat duduk . memang tengok gegila la kan ,. tapi yang aku musykil kenapa bila awex cun macam aku masuk dia tak tengok plak =.= mentang2 aku pakai seluar poket bebanyak pakai baju besar2 tak nampak aset berharga . kao tak nak usha plak ? eh syukur rahmat kao tak usha sebab memang takut tengok muka hang . dah macam perogol bersiri . biar tak cun asal terjaga .

oh okay lah . malas betul nak taip pepanjang . kalao ada pendapat dan kutukan sila lah beri . kotak kosong petak segi tuh memang dibuat untuk beri komen :) kesimpulannya bukan hanya contoh siatas saja . banyak lagi tapi oleh sebab kena tido awal malam nih . sudah2 la yer .


Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.
Dia menjawab ;
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang 1 tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali 0.

antara ciri lelaki soleh :

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
hasil mekap tak akan membuat jerawat aku hilang ! 
*esok sampai hari isnin maybe belog akan kutinggal tidak bernyawa sebab esok aku balik johor ada kenduri, pastu hari ahad ada kenduri kat melaka pulak . sampai hari isnin insyAllah baru balik penang . so korang buatlah belog aku nih macam rumah sendirik eh . nak pasword ? emel aku . kehkeh . ok bai .

sila gelak lepas baca.

Thursday, May 26, 2011

HARI INI HARI PENTING . HARI MENENTUKAN HARI ESOK . HARI INI HARI KHAMIS ESOK JUMAAT

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

dengan ini aku umumkan aku sekarang berada di tapak penuh sesak di mana terdapatnya ramai manusia yang sedang giat dan gagah untuk mengetest tahap kecekapan dorang dalam aktiviti memandu motosikal , kereta mahupon lori .

oleh itu berbesarlah hati saya jikalau kalian semua dapat mendoakan saya agar tidak lagi panic ketika berda di dalam kereta bersama incik jpj . doa kalian amat diperlukan Y__Y

aku nak test jpj ni weyh . tolonglah doakan aku . nanti aku masuk kan korang dalam list calon suamiku dan isteriku =..=

TOLONGLAH BAGI PENAMPAR SEDASS
*ini auto publish entry*
sila gelak lepas baca.

Wednesday, May 25, 2011

RANCANGAN KEGEMARAN KETIKA MENONTON TIVI MARTHASTEWART VS RACHAELRAY#1

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ! :)

hari ini dengan lagak ngeri lagi sopan aku nak tanya lah . cerita apa yang membuatkan korang selalu terpacak dekat depan television anda tiap-tiap hari mahupon tiap2 jam ? kalao nak diceritakan aku rasa kena tulis read more sebab banyak giloshh rancangan aku suka tengok dari dulu sampai sekarang . so rancangan yang paling sekali buat aku terpacak dan ternganga depan tivi adalah rancangan berunsurkan makanan . seriuosly aku paling suka tengok apa saja yang berdasarkan makanan dan pelancongan .macam cerita delicious food all over china . best weyh .



percayalah bila aku tengok rancangan macam nih aku rasa kenyang jeh . sambil mulut ternganga terliur tengok masakan dorang . kalao makanan malaysia aku tak de masalah sebab selalu tengok . ni makanan orang china,korea japan mahupon barat . eh tak perasan ke makanan dorang semua warna warni, kalao tengok memang menggoda gila dengan dekorasi yang kreatif dan warna yang menggiurkan .mereka nih memang mengutamakan kesedapan dan kecantikkan masakan dorang .

pernah tengok show martha stewart dan rachael ray ? depa dua nih memang berbakat . dulu-dulu aku asyik tengok martha jeh sebab tak tao pon ada rachael . martha nih beliau macam sopan sikit . time memasak pon sopan jeh . kalao yang rachael memang macam aku . main campak-campak jeh . kira macam cincai2 lah tapi hasil memang sedap . kalao tengok pada bilangan penonton memang lah paling banyak dari kalangan wanita. eh eh serious best kot talk show nih . ada pasal makanan*penting* , pasal craft, pasal garden,wholeliving dan shop . yang paling aku suka tang makanan dan craft . eh cantik gila ! kalao gila bosan aku usha laman web dorang cuci mata tengok makanan yang cun gilosh dengan bahagian craft . siap boleh print lagi craft tuh . best okay ! memang senang kerja . dah tuh setiap recipes yang ditunjuk dlm tivi akna di share dlm web tuh .

yang serbuk2 tuh guna kelopak bunga ros 
oh memang kebanyakan makanan mereka berunsurkan pork dan semua benda dalaman piggie tuh untuk dibuat masakan . kadang2 aku nak termuntah jugak bila dorang tunjuk menda tuh . tapi itu tak jadi masalah problem aku. pastu pulak dorang punya makanan memang pelik-pelik . suka makan mentah-mentah .aku paling suka tengok bila orang korea makan bibimbap nasi yang campur dengan semua benda2 macam telur dan bermacam2 sayur tuh . dorang gaul-gaulkan pastu makan dalam mangkuk besar . dan faktanya aku penah buat macam tuh untuk merasakan kenikmatan korea :p

bibimbap
kalao japan jangan kata lah . tahap imaginasi dorang memang terlampau . makanan dorang pon memang melampoa sebab selalu buat aku terguris hati nak makan . decorate cantik-cantik . pastu makan plak jadi taik . tak ke rasa rugi nak makan  simpan dalam perut =..=



kesimpulannya antara program nyanyian yang ntah hapa-hapa tuh dengan program masakan . aku paling utamakna program berunsurkan makanan ! dah dah . sekarang nih asyik cakap pasal makan . aku kena stat masak lunch dah nih . sebelum terjadinya bebelan dari ayah aku . hurr . cari recipe sat . bye .

p/s ada banyak lagi rancangan masakan . tak cukup masa dah nak karang :p


sila gelak lepas baca.

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

nak join klik lah pada header bebunga sakura ini :)

saya sahut cabaran anda sis sunah ! aku rasa header sunah suka sakura nih tak pernah berubah . memang setia betul beliau dengan header nih . aku jeh yang asyik tukar . kalao rajin tiap minggu aku tukar . kalao tak rajen setiap hari pon aku tukar . heheh . yang selalu follow blog aku aku agak korang tao dah berapa ribu header aku tukar . hikhik . jadi header latest aku yang dah ditempek kat atas tu lah kan .semua header dibuat oleh aku sendiri guna adobe photoshop mahupon photoscape . :)



aku rasa header aku best la kot . best kan kan baik hangpa cakap best =..=


header terawal aku guna nama blog budak separa matang
antara header latest . 
p/s act aku tak tao apa yang aku nak . jadi kak sunah silalah kritik . kehkeh
sila gelak lepas baca.

'Saya Bukan Berbikini Sembarangan taw '

ye la yela lepas nih silalah semua pakat berbikini pastu buat kenyataan saya pakai bukan sembarangan ada sebab tersendiri . harap dimaafkan . ataupon saya pakai sexy bukan suka-suka saya pakai sebab nak masuk neraka boleh ? cer jawab camtuh . konpem orang tak mo tanya dah . fakop .

choiii lepas tuh ko nak mintak maaf apa ? minta maaf kat manusia buat apa . minta maaf kat Tuhan lah weyh. manusia hanya menyampaikan apa yang patut . kalaopon dah dimaafkan bukan boleh buat apa .


KUALA LUMPUR: Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), Queennera Francis Kitingon, atau Nera, 19, menjelaskan gambarnya berbikini seperti yang disebarkan di Internet adalah ketika dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Sabah Earth Malaysia 2010.Kata Nera, dia tidak sangka selepas tersingkir daripada AF9 Sabtu lalu, dia terpaksa berdepan dengan kontroversi pertama dan terkejut dengan penyebaran gambar tersebut."Saya bukan berbikini sembarangan. Pakaian itu dikenakan pada pertandingan ratu cantik yang saya sertai pada tahun lalu dan mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut.Sementara itu, Nera turut mencetuskan gosip apabila dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.
Bagaimanapun dia mengakui bahawa terdapat bibit-bibit cinta yang berlaku di antaranya dengan pelajar tersebut dan Azri telah pun meluahkan perasaan terhadap kepadanya. selanjutnya DI SINI 
mengikut pemerhatian gua, gua syak dia bangga dia dapat no 3 dalam pertandingan ratu cantik tuh . kalao gua pon bangga . muka huduh macam gua dapat no 3 . pemenang miss penang 2011 jatuh kepada si cantik husna.  hoyeahh clap clap . tak ke rasa heaven ? heaven weyh . heaven dunia . neraka akhirat . ye dak ?

eh eh kemain sedap nama nera nih . queennera bla bla . nama bukan main gah . err beliau muslim ke ? kalao bukan kenapa beliau bergossip sakan dengan azri tuh  yang si azri tu pon cam tak de orang lain .aku tak kenal sangat artis malaysia . kenal fizo omar dengan zahiril adzim je *keji* kehkeh
sila gelak lepas baca.

Tuesday, May 24, 2011

SAYA CANTIK SAYA OKAY ! eh silap SAYA KURANG CANTIK SAYA OKAY!

ini cerita lama . kisah lama . tapi memandangkan masih ada segelintir manusia masih punya ciri-ciri ini . masih mahu menilai dengan rupa . masih tidak kenal ciri-ciri sebenar wanita . masih dengan pandangan zahir dari dalaman . oleh itu , ingin sekali aku mengcopy paste agar para para sekalian tidak lupa dan tidak lalai . dan tidak punya sifat keji seperti dibawah . sifat memburuk-kan manusia yang kurang kecantikannya seperti aku . yang hanya melihat pada pandangan rupa muka bershining tanpa jerawat . melihat pada rambut panjang menggerbang yang menawan . melihat pada body cantik yang mantap .  masih adakah sang arjuna yang mencari perempuan berwajah seperti saya ? saya ada dslr  =..= *tak ada kaitan *




Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan 'kurang cantik' pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

kalau perempuan cantik dengan rambut yang di show off
lelaki akan kata: pheww pakai rejoice saja 
kalau perempuan kurang cantik show off rambut
lelaki akan kata : dah la tak pakai tudung , rambut plak mesi buat rawatan spa yang mahal. 

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan 'kurang cantik' berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan 'kurang cantik' menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu... 

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan 'kurang cantik' dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst lelaki tu dah kena bomoh..

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan 'kurang cantik' d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti ada sponsor nih . jadi model agaknya.
Kalau perempuan 'kurang cantik' bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni tak pon ada guna-guna lelaki kaya

kan aku dah kata cerita lama . aku rasa sekarang tak lagi kot macam nih . blogger lelaki semua baik2 kot tak pandang paras rupa kan kan ? walaoapon muka tak secantik hanis jalikha ngan yuyu korang tak memilih kan kan ?  yang buat macam tuh mesti tak akan komen entry aku nih =..= ego la katakan . nak cantik aja . 


ok papai . tak puas hati dengan pencapaian blogg aku . tahap rendah yang amat . 

sila gelak lepas baca.

JOM CARI BONTOT WANITA TUA DAN PUNGGUNG SEDARA !



baik mengaku sapa yang cari ! 
mesti cari gambar nak buat bahan experimen nih kan . hee
ayuh mari kita ngecheck ada ke tidak jumpa bontot botot tersebut ? 
pheww lucah dah rasa belog aku nih .



aku perlu design balik belog aku nih secepat mungkin . dah rasa macam belog terlampao feminin plak dgn pink pink segala . pfftt dah lari sangat dah denagan tema asal . =.=

sila gelak lepas baca.

Monday, May 23, 2011

NIKON D3000 FOR BEGINNER LIKE ME .

entry berjiwa-jiwa berjimba bersama kekasih baru .


jangan tanya kenapa aku beli yang nih . kenapa aku tak amek yang lain . kenapa aku tak pilih jenama tuh . kenapa tak sambar yang power sikit yang mahal sikit. enough . this is my moneyy and my choice . and i am beginner not the pro photographer . so sila beri tunjuk ajar wahai para pengguna nikon :)


Type of Camera
Single-lens reflex digital camera
Effective Pixels
10.2 million
Image Sensor
Nikon DX format (23.6 x 15.8mm) RGB CCD sensor
Image Size (Pixels)
3,872 x 2,592 [L], 2,896 x 1,944 [M], 1,936 x 1,296 [S]
Sensitivity
ISO 100 to 1600 in steps of 1 EV, plus HI-1
Shooting Modes
1) Single frame shooting mode, 2) Continuous shooting mode: approx. 3fps, 3) Self-timer mode, 4) Delayed remote mode: 2sec delay, 5) Quick-response remote mode
White Balance
Auto (hybrid control with image sensor and 420-segment RGB sensor) 12 manual modes, preset manual, fine tuning
LCD Monitor
3.0", 230,000-dot, low-temperature polysilicon TFT LCD
Playback Function
1) Full-frame,2) Thumbnail (4/9/72, calendar) playback, 3) playback zoom, 4) RGB histogram display, 5) RGB histogram for portion of the image visible in the monitor with playback zoom, 6) slide show, 7) stop-motion movies
Delete Function
Single image, Selected images, images taken on a selected date, All images (except protected images)
Interface
USB 2.0 (High-speed)
Picture Angle (in 35mm [135] format equivalent)
Approx. 1.5x lens focal length
Viewfinder
Eye-level penta-Dach mirror type; built-in diopter adjustment (-1.7 to +0.5m-1)
Focusing Screen
Type B Brite View clear matte screen Mark V with superimposed focus brackets
Autofocus
TTL phase detection by Nikon Multi-CAM 1000 autofocus module with AF-assist (range approx. 0.5-3m); Detection range: -1 to +19 EV (ISO 100 at 20°C/68°F)
Focus Modes
1) Autofocus (AF): Single-servo AF (AF-S); Continuous servo AF (AF-C); Auto AF-S/AF-C selection (AF-A), 2) Manual focus (MF) can be selected
Exposure Metering System
1) Scene-recognition system compatible 3D color matrix metering Ⅱ (type G and D lenses), color matrix metering II (other CPU lenses), 2) Center-weighted (weight given to 8-mm circle in center of frame), 3) Spot metering (meters 3.5-mm circle centered on selected focus point)
Exposure Metering Range (at normal temperature [68°F/20°C], ISO 100 equivalent, f/1.4 lens)
1) 0 to 20 EV (3D-Color Matrix or Center-weighted metering), 2) 2 to 20 EV (Spot metering)
Exposure Control
1) Digital Vari-Program (Auto, Auto [Flash Off], Portrait, Landscape, Child, Sports, Close Up, Night Portrait), 2) Programmed Auto [P], 3) Shutter-Priority Auto [S], 4) Aperture Priority Auto [A], 5) Manual [M], 6) Guide mode
Shutter
Electronically controlled vertical-travel focal plane shutter, 30 to 1/4000sec in steps of 1/3 EV plus bulb, Time (Optional Wireless Remote Control ML-L3 required
Sync Contact
X-contact only; flash synchronization at up to 1/200 sec
Flash Control
1) i-TTL flash control by 420-segment RGB sensor; i-TTL balanced fill-flash for digital SLR, standard i-TTL flash for digital SLR
Flash Sync Modes
1) Front-curtain sync, 2) Red-eye reduction, 3) Slow sync with red-eye reduction, 4) Slow sync, 5) rear-curtain sync
Supported Languages
Total of 17 languages: German, English, Spanish, Finnish, French, Italian, Dutch, Polish, Portuguese, Russian, Swedish, Traditional Chinese, Simplified Chinese, Japanese, Korean, Danish, Norwegian
Tripod Socket
1/4 in. (ISO1222)
Dimensions
Approx. 126 × 97 × 64 mm
Weight (without battery, memory card or body cap)
Approx. 485g
Supplied Accessories (may differ by country or area)
Rechargeable Li-ion battery EN-EL9a, Quick charger MH-23, USB cable UC-E4, Rubber Eyecup DK-20, Camera strap AN-DC3, Body cap BF-1A, Eyepiece cap DK-5, Software Suite CD-ROM
Other Features
Retouch menu, Info Display on LCD monitor, Intergrated Dust Reductions System, Graphic User Interface, Guide Mode


free gift yang dibagi memang banyak .lengkap semua sekali dengan tripod dan 8gb memory card baru nak minta lebih-lebih tapi dah banyak yang dia bagi . so nak kata apa . terus bayar je lah kan . kehkeh dalam kereta kemain jakun tembak sana tembak sini . jakun la katakan. and yeahh nikon the best sebab dia kasi guide pasal button2 yang ada . walaopon aku kena carik dalam intenet lagi untuk memantapkan lagi skill dan supaya tak kena bahan dengan seisi family yang selalu saja bahan tak cukup2 . camera berat dari badan lah . pegang elok2 kang terhempas lah . camtaekk je . tao lah aku nak menjaganya . hurrr gantung tali kat leher untuk mengelakkan dari terjatuh :p

first trial

andd opsss saya belum buka kaunter untuk menjadi wedding photographer :p

maaf saya tak dapat membendung sifat riak dan jakun saya :p
lupa nak cakap hari tuh masa aku sehari suntuk usha dslr aku ada nampak fujifilm polaroid instax mini . ala yang besar gedabak yang terus keluar gambar tuh kan . harga dia tak sampai rm300 pon . aku macam nak amek tapi kang aku tao mak bapak aku mesti marah punya . hurrr


sila gelak lepas baca.

Sunday, May 22, 2011

SEHARIAN SUNTUK MENCARI NEW BABY UNTUK DI TATANG BAGAI MINYAK :)

Assalamualaikum . sebelum aku menghemburkan segala rasa gumbira dan excited aku . marilah sama-sama kita membaca sekali lagi Al-Fatihah untuk semua anak-anak yatim dan warden yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di hulu langat . gambar tentang berita disini enciknakal . serious walaopon hari nih gembira tapi tetap tak lupa dengan mereka . hati kecil nih tersentuh dan termenangis T____T moga mereka dikalangan orang beriman. amiinnn . Al-Fatihah sekali lagi .

okay dah stop stop takmo nangis .cerita pasal aku plak eh :) ala cerita kosong je ataupon entry ni aku takut akan buat ramai yang sakit hati dengan aku . aku takot pendedahan eklusif aku nih .sampai nak eja eksklusif pon aku tak reti nak eja dah T___T . tadi ayah aku ajak keluar . pukul 12tengah hari tadi . sebenarnya dah lama aku ajak tapi baru hari nih ayah aku ada masa lapang . tu pon selamat tadi dia meeting kejap jeh . kalao tak aku nak sambung merajuk lagi je tadi sampai esok . huu

mula-mula pegi sunway . okay ada tapi mahal sebab yang latest punya. reject sebab aku bukan nak buat betol2 pon . just for beginner dan main main saja . so memang nak amek yang paling murah tak lebih 2000 . so pegi pacific plak . okay jumpa . harga tak sampai 2000 . suka . tapi ayah aku kata nanti takot yang tu tak syiokk . okay lah p jusco plak . . aku tak kesah . dorang yang drive aku dok blakang jeh buat muka sikit kalao dorang terus balik umah . last-last kat jusco pon ada satu tapi ayah aku kata dia dok pakai canon tak best . ye la ye la tak yah beli yang tuh . pusing balik p pacific . tak cakap banyak terus amek . try try terus bayar . terus blah dengan muka senyum kambing. ngeh ngeh . walaopon kena bahan dengan abg aku sebab aku tak reti guna . tapi takpe sudah aku katakan bodo dekat beliau sebab dah nama pon beginner .heh


yeah nampak tak ? nampak tak ? hikhik . cer teka cer teka apa nama beliau. 

halamak domo sibuk jehh nak camewhore dengan new baby nikon d3000 .hikhik

dan dibawah ini adalah muka si senyum kambing yang selekeh serabai 


choiii d3000 je pon . tu pon nak senyum kambing . puihhh . d3000 dah lama lah weyh . dah tak keluar dah pon tokey tu kata . pffttt kuno lah weyh . eh tapi ada aku kesah janji nama beliau dslr juga. agagagagaga


sila gelak lepas baca.

Saturday, May 21, 2011

SABTU YANG SEPI PI PI . PAK MAT JADI HEPI PI PI . SABTU PAKMAT YANG SEPI

meal today:
ikan pari panggang masak pecal cekur ala-ala aku-tak-tahu-rasa-apa-sebab-macam-pelik-saja.
diambil resepi dari my resepi



question today : perlu ke DSLR untuk kehidupan ? perlu ke trend ?  perlu ke fashion ? perlu ke husna dalam kehidupan anda ? ok abaikan soalan last .
aku dah rasa annoyed dengan kehidupan sendiri yang kadang-kadang dah dicampur dengan kehisupan orang lain . *serious*

-eh lupa cerita merong mahawangsa bes jugak kan ? filem epic pertama aku tengok memalam ta rasa ngantuk. sebab aku rasa filem tuh best la jugak . ada funny ada sedih ada gembira .
tapi seriously kenapa banyak sgt adegan yang mcm nak cium2 mcm meraba-raba*macam lah otak aku tak kuning bila apa nama sijahat tuh -kemawas raba-raba puteri cina tuh* . ohh aku rasa terhibur.
=.= annoying face

add la saya difesbuk anda akan terasa nikmatnya
orang cakap jangan buat entry sampah dan kosong tapi aku tetap jugak terbuat i'm sorry =.=
jangan sampai aku nyanyi lagu friday friday rebecca black tuh ka tanda protes bosan , bye

muka ada aku kesah

sila gelak lepas baca.

Friday, May 20, 2011

info : MANDI BUNGA ANTARA AMALAN , SAINS DAN KESIHATAN



Amalan mandi bunga dengan bunga ros adalah penawar yang paling sempurna untuk menentang masalah saraf, mengembalikan keanjalan kulit, awet muda, menghilangkan kebimbangan dan menghaluskan kulit-Dr Boris

lanjutan dari kisah khasiat bunga ros.
samalah macam mandi bunga amalan orang melayu turun temurun untuk menaikkan seri wajah dana wet muda. sebenarnya mandi bunga nih saja dah cukup penawarnya tanpa perlu jampi serapah dan mantera bagai. kalao guna ayat al-Quran takpelah jugak kan . eh takpe kan kalao air Quran dibuat mandi ? kang aku salah bagi info plak . huhu okay teruskan . sebab kalao diikutkan sains fizik, mandi bunga ini dinamakan aura atau gelombang tenaga yang ada pada bunga tersebut. Aura atau gelombang tuh lah yang mengharmonikan tubuh melalui kulit yang menjadi antena untuk menyampaikan makluamat pada saraf, kelenjar dan otak . Jadi tak perlu takot untuk mandi bunga . sebab kalao mandi bunga tanpa mantera dan jampi boleh digunakan.

okay berkenaan dengar air Quran tadi aku ada google so aku jumpa yang nih SUMBER RISALAH
amalan Mandi Bunga ini diberikan solekan berupa bid‘ah agar ia dapat menampilkan wajah ‘Islam’. Mandi Bunga cuba dirasionalkan sebagai perbuatan yang ‘Islamik’ sebagaimana mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnah hari jumaat, mandi sunnah Hari Raya, dan mandi-mandi lain yang telah disyari’atkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Situasi ini dapat dikesan apabila mantera yang dibaca dalam hampir semua ritual orang Melayu tradisional termasuklah Mandi Bunga, akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan syahadah dan salawatOrang yang melakukan upacara Mandi Bunga pula akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Lebih mengelirukan lagi ialah apabila bomoh yang mengendalikan upacara tersebut berpesan pula “Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar”. Amalan Mandi Bunga telah disalahanggap sebagai suatu wasilah kepada ibadah ‘ikhtiar dan tawakkal’ dalam Islam. Maka tidaklah menghairankan apabila wujud juga varieti mandi untuk ‘membuang sial’ yang lain dalam kehidupan orang Melayu tradisional, seperti mandi tolak bala, mandi air selamat, mandi safar, mandi pengantin untuk bakal pengantin, mandi basuh lantai untuk ibu dan bayi yang baru dilahirkan, mandi bertabal untuk pertabalan raja yang baru dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, amalan mandi untuk kesihatan fizikal dengan semata-mata memanfaatkan khasiat limau, bunga dan daun tertentu tidaklah menjadi masalah. Meskipun begitu, apabila disertakan dengan kepercayaan atau amalan yang tidak selaras dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, amalan Mandi Bunga dapat bertukar menjadi perbuatan bid‘ah dan khurafat yang boleh membawa kepada syirik. Islam mengajar penganutnya bahawa tidak ada sial atau tuah pada masa-masa tertentu, serta tidak akan ada pula manfaat, mudarat dan karut-marut berkaitan dengan amalan tertentu.WALLAHUALAM
so aku masih ragu-ragu dengan penggunaan ayat Quran macam tuh . apa kata hangpa je lah google sendirik . hikhik tapi macam dikatakan amalan mandi bunga untuk kesihatan fizikal masih boleh dimanfatkan lagi,penggunaan bunga ros adalah penawar terbaik untuk membuatkan kulit awet muda dan menghaluskan kulit . jangan sampai mandi bunga untuk buang sial atau whatsoever yang bercanggah dengan Syariat Islam. btw mandi bunga lebih berkesan kalao korang guna air sejuk sebab bukan ke air sejuk atau mandi ais nih elok untuk kesihatan kan ? aura jugak tuh.heheh baik hangpa try . best weyh .

sedangkan si pengkaji amerika syarikat pon kata mandi bunga nih bagus untuk kesihatan . so itulah nikmat dan kebesaran Allah . setiap kejadian,makhluk ataupon benda yang dilakukan di ciptakan oleh-Nya pasti ada hikmatnya ada kebaikannya.bukan semata-mata dijadikan  :)

aku penah mandi air bunga buatan sendiri .bukan aku la yang buat mak aku yang buat . guna 7 jenis bunga kalao tak silap. semua keluarga aku penah mandi . air ais pon aku penah mandi . terketaq2 pala weyh mandi air ais . mandi air aura dengan ais tuh . dulu kan populer dengan aura nih . heheh so dah terbukti awet muda aku nih bila semorang tak caya aku dah 21 . semua igt aku baru abes SPM . wakakakaka taktipu.

aku ada simpan gambar masa aku mandi bunga . eh eh tapi perempuan saja boleh tengok. diharap para lelaki menjaga hak privasi aku :p kalao lelaki tengok habeslah hangpa kena kawen dengan aku . =.=








***





















kasi suspen sikit .kasi semorang teruja dengan gambar hott  aku mandi bunga . . ,












sumber;http://carimenantu.fotopages.com/?&page=3
aucakkkkk comel kan kan kan . awet muda gittewww .

p/s berdarah hidung tak tengok para abam-abam ? :D

aku rasa macam nak tukar nama blog letak blog separa ganas boleh tak ? =.=

sila gelak lepas baca.

Thursday, May 19, 2011

info : RAHSIA DAN KEAJAIBAN BUNGA ROS SEJAK ZAMAN KERAJAAN ISLAM BANI UMAIYYAH

untuk semua lapisan masyarakat yang berjantina lelaki perempuan yang cintakan pada kesihatan dan kecantikan semulajadi tanpa perlu menggunkan botox mahupon otak-otak . sekian

Hospital Islam pada zaman kegemilangan Islam Bani Umaiyyah,Andalaus adalah hospital pertama yang menggunakan terapi wangian buanga ros untuk menggantikan bau ubat-ubatan. kebanyakan pesakit sembuh sebelum diberi rawatan . Puncanya adalah haruman bunga ros sebagai penwar tambahan . betul ke ?

mengikut sejarah, Ibn Sina adalah yang pertama menemukan kaedah rawatan aromaterapi dan juga proses penyulingan wap untuk minyak pati bunga . korang tak perasan ke bila kita hidu bunga ros nih kita rasa cam stim jeh . eh maksud aku rasa lapang tenang je kan bila bau bunga nih . sebab tuh bunga nih paling laris dipasaran. dia boleh meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressent) .
  • merawat penyakit berkaitan dengan sistem peranakan
  • menyembuhkan luka dan radang pada kulit
  • merawat masalah saraf dan sebagai ubat hidu untuk pesakit  paru-paru.
  • ekstrak nya pula digunakan untuk pesakit masalah jantung dan buah pinggang.
  • menentang bakteria dan mengatasi masalah proses penghadaman didalam perut dan usus kecil
  • mengandungi vitamin C, karotena dan kumpulan vitamin B dan K . hampir semua mineral penting boleh didapati dalam kelopak bunga ros .
  • didalam kelopakros juga ada iodin yang bagus untuk kelenjar tiroid.
  • kelopaknya yang segar bleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan melecur serta alahan pada kulit dan masalah gatal.
  • dengan menghidu bau bunga ros segar atau minyak ros, InsyaAllah dapat melegakan pening kepala, mabuk dan lemah tenaga.
  • mengandungi kalsium yang mempengaruhi metabolisme da proses asimilasi zat makanan.
  • Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
  • baunya sja boleh menghilangkan sakit kepala, batuk selsema dan masalah saraf
amalkan minum teh bunga ros penuh khasiat yang gila senang untuk dibuat tak payah beli buat je.
Rasai sendiri kesan teraputiknya apabila anda meminum Teh Bunga Ros…
        
Cara Penyediaan Teh bunga Ros :
petik 2 3 kuntuk bunga ros kat luar rumah kalao ada pokok la kan .
Masukkan 2/3 kuntum bunga ros ke dalam  satu cawan air panas campur tea.
Boleh di tambah air berulang kali sehingga warna merahnya pudar.
Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan..

waktu yang paling elok nak petik bunga ros ni adalah pada waktu awal pagi time ketika udara masih bersih dan lembap. selepas hujan atau ketika embun banyak pon okay jugak . lepas tuh kelopaknya terus dikeringkan tanpa membasuhnya bagi mengekalkan khasiat . kalao korang sembur racun err basuh la sikit . kang beracun plak mawar korang tuh . huu mawar berduri tak apa jangan mawar beracun .so dari kelopak bunga ros tu lah terhasilnya ekstrak, rebusan, air mawar atau minyak ros . hasil kajian Dr.Boris Vasilyev bakteria akn mati dalam masa lima minit apabila tersentuh kelopak ros segar . satu keajabain dari jutaan cipatan Allah . bukan sekadar wangi ditaman atau dirumah tetapi banyak lagi rahsia ros yang telah disingkap atau belum. kalao rasa stress ataupon tension cepat2 la p petik bunga ros atau p tempek kat sebelah pokok ros untuk menghilangkan segala depressi .



cara yang paling senang untuk memanfaatkannya , masukkan kelopak bunga ros kedalam air panas dan biarkan wapnya memenuhi ruang rumah atau bilik .senang dan cepat tu pon kalao rumah hampa ada pokok bunga ros ni la kan . kalao tak da kena plak p cari kat kedai india yang juai bunga tuh . okay sebenarnya banyak lagi istilah sains tentang penyakit yang boleh sembuh dengan bunga ros nih tapi cukuplah yang ni saja pon dah banyak kan . moga apa yang aku sharekan ini bermanfaat untuk semua .
sumber bacaan dari Al-Islam April 2011


p/s bunga ros juga sangat membantu pada pasangan manusia yang sedang mengalami masalah rumahtangga apabila salah satu pasangan mneghadiahkan sejambak bunga ros pada pasangannya :) atau berguna untuk menggembirakan di hari konvo .
coming soon : mandi bunga dan sains
coming soon : rahsia warna bunga rose

sila gelak lepas baca.

Tuesday, May 17, 2011

AKTIVITI YANG DILAKUKAN KETIKA BOSAN ATAU TAK ADA KERJA .



  • bukak intenet online sampai lebam sampai mata juling sampai kena maki sebab terlampau lama depan laptop . jgn risau biarkan janji kita tak bosan. sambil tgk fesbuk sambil gelakkan kapel hampeh yang show off dorang je ada kapel kat fesbuk . =.=
  • bila dah bosan main intenet pastu lagi bosan kalao kat fb asyik tgk muka yang sama je pastu org yang  kita tak suka asyik nak chat jeh . terus offline tutup laptop bukak tv
  • bila bukak tv . tukar-tukar chanel yang mana best . malanglah bagi yang tak ada astro .kalao chanel tv lain tak best asyik tayang cita indon . ok tutup tv baling bantal sebab marah dengan bosan.
  • masuk bilik . baring-baring tengok siling . main-main dengan bebear . belek-belek buku or majalah yang dah berapa puluh juta kali khatam .
  • keluar bilik pergi luar tengok orang lalu lalang  sesambil tuh jerit jerit nama kalao kenal .usha-usha beburung terbang riang kat angkasa . bosan jugak masuk balik umah.
  • bukak balik tv kot-kot ada cita best . okay tak ada asyik cerita sampah . cerita  meleis tayang pompuan cantik tak ada bakat tunjuk body .
  • tutup tv bukak balik laptop . carik game best-best . ok dah jumpa main angry bird sat . sat jeh sebab tak sampai hati nak baling bird-bird yang comel tuh sampai mati . T___T main game lain plak.
  • ddah puas main cari movie best-best plak . tgk sampai tak kedip mata . ok dah habis bukak intenet carik movie lain untuk didownloadkan . 
  • tunggu punya la lama nak habes download . main blog main fesbuk . bukak youtube carik lagu . carik video lawak yang best .video lucah bukan video lawak sila jangan bukak .
  • pergi dapur carik makanan . okay tak ada makanan .semua frozen kena goreng dulu . malas tak yah masak. masuk bilik balik .korek-korek hidung.
  • berangan kejap nak kawen dengan sapa . nak anak berapa . berangan sampai tertido .
  • eh eh terbangun tido check laptop . yes dah habes download 4 movie.
  • tiba-tiba . .  . . .

astaghfirullahhhh tak masak lagi . alamak cam mana boleh lupa . aku nih tukang masak handalan kat rumah.kena serve kan makanan untuk 5 orang , hurrr.
ok bai . nak p masak . err hari nih masak apa . dah buntu blurr asyik masak yang sama jeh ok jom masak spagetti . *tipu .dah senang-senang buat ikan goreng nah makan la hampa dengan kicap . bagi rasa sikit kemiskinan asyik mewah jeh . *alasan .



p/s kat dashboard penuh dengan update tentang guru . aku jeh tak buat sebab tak ada cerita. ada tapi lupa.

sila gelak lepas baca.

KAPAL BANTUAN MISI KEAMANAN GAZA DI TEMBAK LAGI | RACHEL CORRIE DITEMBAK


Kapal bantuan Palestin dipaksa berundur, berlabuh di pelabuhan Mesir
KAPAL kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin, sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, semalam.Bagaimanapun, semua yang berada atas kapal itu, termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media selamat. Kapal yang dinaiki masing-masing dua warga Ireland dan India serta seorang warga Kanada itu membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaik pulih dan membina semula sistem pembetungan dan bekalan air di Gaza, diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat 30 batu nautika dari kawasan itu.
INFO
THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE

Nama asal: MV Finch
Jenis: Kapal kargo (reka bentuk tongkang)
Ukuran saiz : 54.9 meter panjang, 9.4 meter lebar dengan kedalaman 4.75 meter
Tahun: 1989
Buatan: United Kingdom
Kelajuan: 8.5 knot
Muatan kargo: 1,200 tan
Flagship: Moldova
Pelabuhan kapal didaftarkan: Giurgiulesti
Muatan: Paip PVC sepanjang 7.5km seberat 30 tan






  • MV Rachel Corrie mengambil sempena nama aktivis keamanan dari Amerika Syarikat, Rachel Corrie, 23, yang meninggal dunia digilis jentolak Caterpillar D9 tentera Israel ketika cuba menghalang rejim Zionis memusnahkan rumah penduduk Palestin pada 2003. Rachel Corrie meninggal dunia selepas digilis dua kali oleh jentolak seberat 48,988 kilogram itu. selanjutnya DI SINI







  • kata-kata berhemah : nak kata apa lagi . dunia kononnya aman selepas kematian osama . ye dak ? eh ada kaitan ke dengan kematian osama ? why not . bukan ke orang kata dia pengganas yang membunuh manusia tak berdosa?  aku syak mesti hantu beliau yang mengganas tu kan . pfftt . Alhamdulillah tak ada orang yang cedera ataupon maut dalam misi membawa paip PVC untuk sistem pembetungan air kat gaza . israel lahanat tuh imaginasi tinggi betol . mesti dorang ingat paip pvc tu aktivis keamanan nak buat meriam buluh .hurrr


    eh eh wahh  muhyiddin kecam tindakan israel ye ?? baiknya awak  =.=


    p/s kalao kapal bawak bom agak-agak dorang nak tembak tak ? sekali tembak sekali dengan depa terpelanting. bagus bagus .  memang itu yang dirancangkan *harap-harap FBI mahupon CSI tak serbu rumah aku . hikhik .kalao faizal ismail aku tak kisah . 




    sila gelak lepas baca.

    sepatah dua kata

    apesal.com