Monday, April 25, 2011

CUTE LA AWAK NI~ *ENTRY BUAT SAHABAT TERSAYANG*

*panass panass baru balik test lesen . hurrr* 


Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop. Password : ****** ~~~~~~~~ Welcome.Cursor di arah ke YouCam. “nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!” Klik..klik..klik… Save in…’aku cute’ folder. Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect… “Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe” www.facebook.com email password aku_cute@yehaa.combact ****** upload photo create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~ location : - “da settle da upload..yes!”





Muhd Khairy likes your photo Boboy commented on your photo Haziq, haikal, mamat and 26 others friends commented on your photo. “Giler banyak..hehe baru je letak kot” Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy! Khairi : cun abis~ Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~ mamat : comelnyaaa awak macam nak gigit2 jeh Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun comel je… 
1 message received. Opening . .. ABDULLAH : “wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang dah lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak.

Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya dan lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat dan senang? K la..saya tahu awak tahu yang awak sendiri TAHU yang awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”
Elly  Logout 


di copy bulat-bulat dari facebook (tak tao sumber asli)
mari ke sesi mengutuk !!! oh yeahh . . sebelum tuh ada ke para bloggers yang buat macam tuh? kalao ada soryy terasa . hikhik bukan apa sharing is sexy . i sexy sebab tuh i share . maaf ya :p


aku memang suka tengok gambar-gambar awex zaman sekarang . sangat comel . lagi-lagi bila buat rambut panjang2 takpon rambuk pendek comel2 lah sangat kan . kalao aku tengok pon dah comel apatah lagi si abang-abang janggut misai. lagi bernafsu gamaknya . heh kadang2 jelez jugak bila menyaksikan kehebatan dan kecomelan para awexzz tersebut . sampaikan aku rasa nak terjun katil je sebab kenapa aku tak comel macam dorang . tak putih macam lisa tak ada mata besar macam heliza . tak ada jerawat macam tiz zaqyah and tak ada tubuh ramping macam maria ozawa . =.=




bila kat facebook macam-macam fesyen manusia ada .tak yah pegi jauh2 kawan-kawan terdekat dah boleh bagi contoh banyak yang dah berubah wajah . bukan dari cantik ke lebih cantik ataupon dari hodoh ke cantik tapi dari segi perangai . memandangkan ake bersekolah agama dari kecik makanya kawan-kawan aku semua ramai dari sekolah agama je lah . sama-sama belajar Iqra sama-sama belajar Aqidah Tauhid Sirrah . aku gembira bila ramai kawan-kawan aku yang dulu perangai nak macam astaghfirullah tapi sekarang dah Alhamdulilah .*tipu:contohnya macam aku* tapi tak kurang jugak yang memang terus bertukar arah . dari sama-sama belajar tentang aurat last-last terbukak jugak aurat yang dijaga tuh .


aku rasa bukan aku jeh yang ada pengalaman macam nih . bila dah menginjak dewasa nih , nafsu pon dah bertambah . konon rasa diri cantik bila berpakaian sexsi bila rambut yang dulu tertutup rapat bawah tudung labuh kini dibuka . mungkin sebab dulu rambut beliau ketak-ketak dan sekarang dah rebonding pakai jari pon boleh .dulu nya seluruh tubuh ditutup dengan rapi kini dibiarkan terdedah dengan memakai seluar pendek dan bulu-bulu kaki dicukur untuk mengelakkan si lelaki pingsan bila melihat bulu yang berjuntaian .aku tak marah dekat yang tak pakai tudung tuh  tapi yang pakai tudung time skolah agama, bila dah besaq p bukak . kena culture shock ke hapa . baik kena elektrik shock lagi best .


bila aku menegur selamber je dia cakap .aku saja nak try tak pakai tudung pakai seluar pendek buat muka2 sexsi nih ha. ala dalam rumah je pon .WATDEEEEESPAGETII ! aku pon tak pakai tudung dalam rumah ngek .memang lah dalam rumak makcik oiiii ! tapi yang kao tayang kat dalam fesbuk tu apehal ! mentang-mentang kat fesbuk pon ada tulis HOME habeh kao ingat tu dah jadi rumah kao la eh ? kata belajar tinggi2 tapi yang tu pon tak dapat nak beza macam mana .


aku paling rasa macam nak baling dengan harmer cangkul tukul besi harmer lagi je kat bebudak yang takde otak cakap macam tuh . dah pakai tudung tu pakai la eloq2 tak kira lah dalam fesbuk ke hapa . tak kan tak boleh pikir kat fesbuk tuh ramai jugak laki yang nampak rambut ketak2 ko tuh .sejibik lah perangai macam cerita kat atas tuh . aku bukan nak mengutuk memaki tapi nak mengingatkan janganlah kawan-kawan yang lain buat macam tuh. alahai dulu bukan main alim lagi dekar sekolah . jahat-jahat nakal aku aku boleh lagi beza dalam rumah dengan dalam HOME FACEBOOK tuh . alahaii aku lagi RESPECT dengan orang yang tak pakai tudung tapi dia boleh beza home kat rumah kao ngan home kat facebook*tapi lagi cantik pakai tudung kan sayang ? bukak untuk suami lagi romantik ye dak^^ . okay dah aku tak tao kenapa aku teremo macam nih . macam dah lari tajuk pon ada . hurr 


akhir kata tak yah la nak jadi perempuan murahan sampai macam tuh sekali .nak tayang pon pada-pada lah jangan sampai si lelaki naih shahwat kerana kao . tak payah kot sampai gambar time tido ke time bangun tido pon kao nak angkut semua letak dalam facebook . ingat facebook selamat ke ? silap-silap ada org cari rumah hang pastu dia kidnap pastu dia bawak p thailand ke p indon ke jadi gro . mao ?
AKU PON BUKANLAH SEMPURNA . TAK LAYAK NAK BAGI NASIHAT cuma nak mengingat satu sama lain sahaja .


nak cantik boleh tapi berwaspadalah dan jagalah aurat (: tak selamat gila lah kalao korang nak letak semua gambar korang kat facebook . lagi pula kesiankan lah kat para lelaki yang asyik dapat dosa je bila terpandang gambar cantik 'kita' tuh ^^  bukan depa ja dapat kita lagi berganda2 dapat dosa tuh . heheh SAYANG SEMUA WANITA DIDUNIA :)
maaf kalao terasa aku hanya insan yang hina :p CUTE NYA AWAK PAKAI TUDUNG :)


 
sila gelak lepas baca.

2 comments:

JIJI YU said...

haha..dulu aku malu kalo tak pakai baju..setelah dapat body cam bro ben..aku suke bukak baju..ahaha..

nub said...

aku ada fb pon macam tadak. hahaha

sepatah dua kata

apesal.com