Wednesday, April 27, 2011

AWAS ! KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DURIAN !

Bekas juara bina badan dan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Mohd. Noor, yang bermain pada posisi penjaga gol diserang sakit jantung. Bekas atlet berusia 57 tahun tersebut dilihat berpaut pada tiang gol gara-gara menahan kesakitan pada bahagian dada.
“Paling mengejutkan, ada pula pihak yang mendakwa serangan jantung ini akibat saya makan buah durian sewaktu menyertai aktiviti melawat sebuah ladang buah-buahan di Ipoh, Perak anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb). Sukar bagi saya untuk mengiyakan dakwaan itu kerana doktor pun tidak mengesahkannya. “Lagipun, pada hari itu saya hanya memakan empat ulas durian. Kemudian, disusuli pula meminum air kelapa dan menjamu selera dengan lauk-pauk yang lain,” tutur Malek dalam nada suara yang masih lemah.
Kisah makan durian sehingga menjejaskan faktor kesihatan terhadap masyarakat tempatan bukanlah perkara baru. Pada tahun lalu, media melaporkan akibat terlebih makan durian, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang mengalami kesesakan nafas sehingga mencemaskan para tetamu yang menghadiri jamuan Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing di bangunan Parlimen.



haa tu diaa baik hampa jaga-jaga bila nak mencekik durian memandangkan sekarang musim durian . harga yang dijual lagi murah dari durian tang tak bermusim . cuba tengok apa pakcik ni cakap .
“Pendapat peribadi saya, jika tidak mahu suhu badan terasa panas, janganlah makan durian umpama tiada esok bagi durian lagi,” saran peniaga durian, Mustafa Ali, 53, ketika ditemui di tapak bazar Taman Melawati, Kuala Lumpur. *terbaikk punya nasihat . ngehngeh 
yang ini pulak bila dokter bagi nasihat . takmo nakal-nakal ingat nasihat doktor jangan degil-degil okay :p
Menyentuh mengenai kepanasan badan gara-gara menikmati buah durian, pakar perubatan dan pernafasan Hospital Pantai Ampang, Dr. Zal Ab. Rahim memberitahu, buah durian mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Jadi apabila individu memakan durian dalam kuantiti yang banyak maka ia mengganggu sistem metabolisme gula di dalam badan. Kesan daripada peningkatan kadar metabolisme akan menghasilkan haba dalam badan.
“Bagi penghidap diabetes, jantung atau darah tinggi mereka perlu mengelakkan makanan yang manis, kandungan garam yang tinggi, berkolesterol dan berlemak. Durian antara buah yang mempunyai ciri-ciri itu. “Cara untuk mengurangkan suhu dalam badan adalah dengan minum banyak minum air kosong,” jelas Zal.
aku lepas makan durian selalu minum air dalam kulit durian tu balik . pastuh kena tonyoh sikit2 isi yang melekat kat durian tuh pastu baru minum . seluruh rakyat Malaysia mesti tao kan petua tuh . tapi kalao nak lagi masyukk apa kata telan je sekali ngan kulit-kulit durian tuh . aku agak lepas tuh mesti tak rasa panas-panas badan dah atau sesak nafas sebab time tu hang dah selamat dikebumikan  =.= 
Akhir sekali nak makan durian selonggok pon makanlah tapi jangan lupa minum air masak bebanyak .air cap badak ke air badak berendam ke air kaki tiga ke air ketum ke ikut suka lah . janji jangan sampai masuk hospital sebab durian sudehh . masuk hospital sebab tertelan biji durian takpe . ^^ okbai .  semoga hari ini lebih ceria dan diberkati Allah . Have a nice day peepss !


p/s aku paling suka makan gula gula durian dengan tempoyak . phewwwww syiokkk woo

sila gelak lepas baca.

5 comments:

Makbed said...

saya suka nasihat itu. hahahahahah..gelak golek-golek!

nub said...

amboii ayaq daun ketum pon ada naaa. ahahha.

perhh gua benda lain gua x hantu sangat..durian x ley tahan aa brader...layannnn gilerr...


puih ckp keyyel. hahaha

ZACK ENTRY said...

faktor utama adalah malek nor makan durian sebelum bermain bola..

badan terlalu panas, pastu badan tak dapat nak menahan panas tu..

kalau makan dengan tenang, pastu duduk rileks..ok la kot

emeera asnary said...

hehe. luv deghian so much lah!

PeNgEmiS dUniA said...

baru tau durian tu byk gule , rindu nak makan durian ! rndu nak makn tempoyak opah ! uwaaaakkkk !

sepatah dua kata

apesal.com