Monday, January 31, 2011

Contoh Resume Melayu Terbaik .omaigott.

Assalamualaikum dan selamat petang murid-murid semua .
tadi kan kan aku p la google-google nak cari contoh resume . al-maklumlah nak bekerja . haishh padahal dulu dah penah buat resume *dah la resume paling terbaik weyh resume BI aku . riak riak . tapi almalangnya pulak .hilang kat mana aku x tau . aku rasa aku ada simpan dekat laptop acer aku yang gila tuh tapi check2 rock2 tak ada plak . gila sumpah bangang aku rasa  . tu yang terpaksa buat lain . laptop compaq ni sahsah lah tak de sebab aku baru format .grrrr .memang menguji kesabaran betol .


and kat sini aku cuma nak tunjuk contoh resume 'terbaik' dari ladang tebu . kalao korang nak guna untuk cari kerja nanti pon boleh tapi jangan salahkan aku kalao x dapat okayy ? haha
mulakan dengan Bismillah ye anak-anak :p


Samdol Bin Awang(bukan nama sebenar)
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik angkat saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Samdol Bin Awang no k/p
831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu AWANG adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK) Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
- Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

- Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu)

- Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.

Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Samdol Bin Awang)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

sumber asli(aku x tao la asli ke tak tapi aku amek kat sini lah) : contoh resume

p/s amacam ada bran ke nak guna ? wink wink 

sila gelak lepas baca.

Sunday, January 30, 2011

Kontrovesi facebook again ? ingat artis je ke ada gosipp .

hye peepsss . Assalamualaikum . oh jap aku ngah tengok bang bang boom nih . siyez aku love gila mamat dua ekor tuh dengan si ha apa nama beruk dorang tuh ? BOBO ? haha ok dah dah teruskan.

ha dengar kata fesbuk hampa semua nanti akan diblock secara diam . dan secara tidak sedar . menurut berita yang kurang pasti la,terdapat beberapa mangsa sudah dikenalpasti telah diblock fesbuknya ramai jugak kot kna block dan tidak dapat beramas mesra didalam fesbuk lagi. dan sebenarnya aku belum kenal mereka cuma dengar khabar angin . so kena stand by ke ? haha ikut suka hati korang lah .percaya atau tidak kita tunguu . hoho

p/s macam-macam betol lah masalah dunia nih . lawak lawak jeh . kejap tu kejap nih la .dah tak tao nak percaya kat sapa lagi . so amacam ? tido je lagi baik kan . heheh
jangan nitemare bila tengok gambar ini .huhu

sila gelak lepas baca.

RABBIT FUN LAND or RABBIT ZOO or apa2 rabbit !

diambil dari tourism selangor 
tak tao macam mana aku nak describe betapa tahap kecomelan aku nak sangat bertemu ramah beramas mesra dengan segerombolan arnab bunny rabbit nih semakin memuncak .*oh aa tahap kecomelan dan segala jenis kesalahan bacaan amatlah dikesali* Rabbit funland tuh dekat dengan broga kan ? grr mentang la kan sekarang musim orang pergi broga naik bukit amek gambar banyak2 dan bagi aku jelez . dan sampai dah terjadi kemalangan kat situ .betapa hebatnya broga hills sampai kejap je naik memuncak *err incix broga main blog jugak eh ke pandai main trafic dan SEO or suka kopipaste? ^abaikan .x kesah lah kan .penang pon ada apa segala jenis bukit bukau . bukit mertajam ,bukit bendera,bukit jambul, bukit minyak, bukit tambun,bukit tengah . eh apa ke jadahnya aku cerita pasal bukit plak dah ni . haishh .

comell syiall . arghh
best sangat ke broga hills ? lepas aku tengok gambar kawan aku p broga aku tanya broga tu kat India ke ? time tuh broga x femes cam sekarang lagi . *gila padahal sah-sah kawan aku tu dok malaysia .heh then lepas tuh tup tup terus je nama broga nih memuncak .*eceh padahal sebelum ni dah memuncak .aku je yang baru kemuncak nak tahu .erk 0.o aku nak pegi broga sebab aku nak pegi tengok arnab-arnab kat situ jek . gila babeng punya beriban arnab kat rabbit funland tu kan . grr dah la dorang buat sate arnab . sobs sobs terguris hati tengok arnab jadi satay . huu T______T x sanggup x sanggup .MySpace

satay arnab amek dekat rabbitfunlandsite

rabbit sedang beratur untuk dibuat satay :p
arnab memang la boleh makan .dan er er dorang kata sedap . tskkk T____T aku harap aku x tergoda nanti .huu sebenarnya aku nak bela rabbit sejak aku kecik lagi tapi makbapak aku mati2 x bagi aku bela . huuuu sebab apa ? sebab diri aku pon x terbela . cam mana la nak bela arnab yang comel innocent  macam aku .  sadis aku bila mendengarnya . nak bela apa binatang mesti x boleh alasannya aku pon x terurus ada hati nak bela makhluk lain . huu T__________T  sekarang pon x boleh bela lagi . i am 20 la mother  .

p/s eh eh kat PENANG  ada tak rabbit funland jugak ??? kalao ada tell me tell me tell me kat mana yang ada rabbit banyak2 ! huuu adegan excited terlampau .kasi rabbit dropping kang buat baja . hee

saya pencinta makhluk yang bernama haiwan bukan manusia bersifat binatang. 
MySpace

sila gelak lepas baca.

Saturday, January 29, 2011

Dah Biasa macam nih .Diabaikan Dan Dipinggirkan .

awas entry menyampah dan luahan perasaan aneh .dan juga bukan entry meminta SIMPATI .ingat itu .


aku dah biasa macam nih , dah banyak kali kena .ada apa la sangat dengan aku . x cantik x cun x da bakat.
ramai yang cakap wajah x memainkan peranan tapi heh kao ikhlas ke cakap camtuh ? aku tengok bukan miang lagi bila ada awex cun bagi salam . kao plak yang lebih-lebih .*bukan untuk semua tapi untuk kao yg perasan saja* kadang-kadang macam rasa terhina plak kan . biasalah kita pinggir2 jek . x de la sehebat ombak .bak kata abg ben ashaari sekadar bermain dipinggiran .tapi incix ben dah macam ombak . memang seribu kali x sama dengan aku .  macam aku mana mampu nak lawan ombak .
apa yang aku dapat hanyalah buih-buih yang x kekal lama . habis buih habislah riwayat .

so walaupon aku dah biasa macam nih , aku kadang-kadang try jugak nak berkawan dengan mereka yang populer tu .untuk belajar bagaimana mereka menjadikan sesuatu itu lebih menarik .ohh bukan untuk menumpang populariti . ya siyezly ini bukan hipokrit . tapi realiti . ada apa dengan populer . aku belum mampu nak jadi bualan kutukan orang, x mampu nak jadi pemimpin .x mampu nak puaskan hati semua .lebih selesa di tahap biasa yang mana  manusia belum kenal siapa itu husna . heh

cuma kadang-kadang aku rasa keciwa bila manusia x populer macam aku sering kali dipinggirkan di abaikan.bukanlah aku meminta supaya diberi perhatian tapi hanyalah salam perkenalan .diakui entry dan blog aku masih belum mencapai tahap kepuasan pengguna . tapi apa salahnya memberi bimbingan memberi galakan . ini tidak bila aku minta pendapat tapi diabaikan . bukan lah aku nak perhatian sebab aku tahu aku x layak tapi cukuplah sekadar dikenali dan diingati siapa itu husna. ^^

sekian dari saya manusia yang ayat-ayat nya hari ni macam nak muntah . dan silalah muntah . heheh
PENGALAMAN ITU PELAJARAN .PELAJARAN ITU PENGALAMAN .
terima kasih kepada mereka yang sudi singgah di teratak buruk aku nih . aku x penah kesah dengan trafic apa suma tuh aku cuma mahukan keihklasan kejujuran dan persahabatan .percayalah aku belum punya ramai kawan. papai
sila gelak lepas baca.

Thursday, January 27, 2011

Tahniah anda telah berjaya menamatkan degree sekerat jalan

tangis menghayati husna . haha nanti aku cita .heh


ya ya seperti yang diketahui umum oh belaum tahu eh ? ok aku bagitao . duduk situ diam-diam dan nganga mulut please. Macam mana eh nak cerita ? aaa x yah cerita lah . ok cerita jugak lah untuk cucu-cucu aku nanti bila dorang baca dan follow blog aku . grr *cam keling cakap .

Aku baru je sambung belajar bachelor IT (networking) bulan 12 hari tuh kot start . heheh lupa .pastu pastu minggu lepas rasa malas nak belajaq pulak dah . call ibu call ayah . okay macam biasaa bebelan yang indah .
dan hasilnya aku down dan x de mood untuk 2 3 hari yang lepas . sebabnya makbapak aku marah lah.  haha so aku pon melancarkan mogok dan bila mak aku call aku cakap cam merajuk gitu . hahaha

last-last ayah aku call malam tuh sambil beletiaq 2 3 kerat . dan nahhh akhirnya aku berjaya . x payah pegi class dah . hoyeah hoyeah . *tetiba semalam aku rasa macam rugi plak aku berenti tetiba .huu
dorang x bagi aku dok rumah sesaja . aku bila dok umah bukan jadi keja . memang malas  tahap gaban super power . tido lepak depan tb depan lappy makan . memang keja wajib bila kat rumah . hee

dan ni plak part paling aku rasa nak sambung belajaq balik .
mak aku hantaq mesej " jangan lupa salinan semua result diploma hari tuh nak pakai pd 1feb nanti kawan ibu suruh isi borang utk jawatan PUSTAKAWAN ACMS  "
MySpace

arghhhhhh ibu memang x boleh tengok aku bersenang-lenang di rumah . terus carikan aku keja .sobs sobss T__________________________________T

so lepas nie hai saya pustakawan . anda ? grr grr bye .

sila gelak lepas baca.

Wednesday, January 26, 2011

Wahai Gadis Tahukah Anda, anda begitu berharga .

Si Gadis : Fynn Jamal , Wani Ardy dan Ana Raffali (3venus)



bila anda gusar lemah hayatilah lirik ini wahai gadis kesayanganku .
sumber dari blog Wani Ardy . ada lagi berpuluh lagu yang best dekat blog sicantik ini .
saya suka sicantik manis wani ardy dan fynn jamal .mereka sangat berbakat .sumber lyric juga dari blog Wani Ardy juga .
thankz wani ardy, fynn jamal and ana raffali for the best song n puisi ever. lagu ini lebih layak dan sempurna dari lagu sampah mengarut cinta x tentu hala yang muncul begitu banyak sekarang .

ihsan google
SI GADIS

Lirik: Wani Ardy
Puisi: Fynn Jamal
Gubahan: Ana Raffali
Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan
Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas

Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup
Lalu aku membalas:
“Bukan tugasmu memuas.
Manusia berbeza,
minda tak akan sama.”
Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Si gadis soal, “bagaimana lagi?”
Lalu aku berkata:
“Biar nalurimu beraja.
Mana hujung sempurna
pada manusia?”

Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia?
Dengar sini- mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

Lalu aku berkata:
“Biar nalurimu beraja.
Mana hujung sempurna
pada manusia?”
Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah

Ayuh gadis,
berhentilah kau menangis.
MySpace

sila gelak lepas baca.

Sunday, January 23, 2011

wey wey wey kill kill !

sebelum tu nak jerit jerit histeria .aaa kenapa semua header aku tetiba jadi blurr nih .semua ya .
adakah sebab aku tukar template . aku ingat ada salah tang mana2 aku pon p la buat lain .adehh selamat lah setakat buat header ni aku layan je . haih tapi penat la nak buat header hari2 . *apakah ?
aku dah x paham apa yang aku cakap . las2t aku buat header tanpa muka cun aku  lagi . aaa
dengan header tetiba jadi blur . semakin stress jadinya . nak benti blogging lah .grr

MySpace


tsskk tskk baru nak join segmen incix ben . sobs sobs tapi dah malu nak masuk sbb header suma jadi blur bila upload . huxhux . berapa pixel yang dorang nak nih . sebelum nih okay jek . adoyaii .
stress nak tidoq . huu class start kul 2 plak . dem dem penat hidup camnih . tskk komen hape menda aku x sempat nak reply *aa bukan blagak diva femes cuma x de mood je lagi sobss . bw pon x lagi . trafic sure x penah naik . hux dah dah babai .

p/s contest akan dilangsungkan setelah minda dan otak aku dah okay dari tekanan. sekian .sobs

MySpace

sila gelak lepas baca.

Friday, January 21, 2011

Bila Stress menguasai diri maka. . . .

maka aku pon sakit kepala . the end .



p/s aku juga punya perasaan .sila ingat itu . behave ur self .
aku penat jaga perasaan kao,kao x penah jaga perasaan aku . kejam ya .
and i love u virtual frenz oh kawan maya . u make my days .
i love my follower my frenz in here .
thankz .

oh ya oh ya cukup je 400 rasa nak buat contest jugak buat penghargaan to my kanak-kanak riang aka my followers .harap-harap ada yg nak join . aaa cuma x de sponsor . .heheh ayah help me ^^

sila gelak lepas baca.

Thursday, January 20, 2011

Gila barbiessss !! aaaa Cintakuh Dato nuffy !

jerit jerit histeria sawan laju-laju . aaaaa
salahkan class salahkan class ! class pagi mnyebabkan aku x sempat buka lappy dan mengecek email !
*ok ok kalao x de class pon aku x de nya nak bukak emel kerap2 . rasa cam lepas ni nak bukak tiap saat je . aaaa jangan cakap banyak . layankan aje surat cinta yang aku telah menolak cinta beliau tanpa sedar . waaa



  • Dear Nuffnanger,

    How's it going up in the land of good food? We have a little something just for you Nuffnangers residing in Penang :)

    TGV Cinemas is opening a new branch in 1st Avenue, and it'll be quite an affair with performances, a tour of the new cinema and best of all, an exclusive premiere screening of The Green Hornet. They'd like to invite a few bloggers to join them at the launch, and so we have invites for four (4) bloggers and a guest each to the event! Details of the launch are as below:

    Date: 25 January 2011 (Tuesday)
    Time: 5.00 pm onwards
    Venue: TGV Cinemas 1st Avenue Foyer,
                Level 8, 1st Avenue Mall

    The tentative itinerary for the event is as following:
    5:00pm - Registration & Cocktail
    6:00pm - Performances & Speeches
    6:30pm - Launch
    6:40pm - TGV Cinemas Tour
    7:10pm - Buffet Dinner
    8:00pm - Premiere Screening of ‘The Green Hornet’

    Sounds cool, doesn't it? If you'd like to join a few of your fellow Nuffnangers at the launch of the new TGV Cinemas branch in 1st Avenue, drop us an email with your full name, email address and blog URL at tgvgreenhornet@nuffnang.com before 9am, 20 January 2011 (Thursday) and we'll be in touch if you're selected. Hurry, because spaces are limited!

    Looking forward to receiving your emails soon :)



sobs sobss.tengok kna hantar emel sblom pkul 9 pagi ! aku dah ada kat class time tuh . sampai hati kenapa u x mesej je terus kat number i .kan senang  tsskkk . 
harap2 lepas ni encik nuffy x jemu-jemu nak hantar jemputan lagi walaopon i x layan u buat kali pertama . sobs sobs * padahal belum tentu selected lagi . and belum tentu dapat pegi sbb hari selasa ada class .tskk and aku dekat kedah x kan nak balik penang semata2 . mesti nanti mak aku tanya pehal tetiba balik .huu 
err okay ini bukan spamm kan ? haha

sila gelak lepas baca.

Wednesday, January 19, 2011

Kesan Sampingan Laptop Terhadap Masa depan anda !!

Assalamualaikum peeps !
hari ini class aku start pukul 7 ye . ye diulangi pukul 7 PAGI ! disaat matahari belum memunculkan diri .aku telah menapak ke kolej mencari ilmu . ngehngeh sasterror . ok ini saja mukaddimah dan berbanggalah kamu wahai Husna bukan selalu bangun awal . subuh pon nak pukul 7 .grr

ok ok back to the topics .sebenarnya aku dah tao lama dah dan kesan dia dah pon aku kena =.= so y not aku share dengan korang yang masih belum tahu .so  nak tao apa kesan kalao korang letak lappy korang kat atas paha korang ? aku pasti ramai yang buat camnih .sama ada duduk atau baring . ye la kan ke senang posisi tuh . lagi2 budak malas cam aku yang asyik baring je . dan juga kononnya pelajar IT yang tegar lagi otak programmer *programmer la sgt. .kehkeh laptop nih memang port terbaik atas perut*aaa jangan usha pelik weyh* ngan paha *gila betol*ada effect okay . haishh aku dah tao tapi tetap buat jugak . tapi sekarang anjakan pardigma , aku letak lappy lapik dengan bantal . hoho

so mari kita lihat berita nih . berita nih dah lama . sumber dari kosmo online


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.


ini bukan aku dan hang
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.


Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.
Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP



sekian saya datin paduka una melaporkan . 
sila gelak lepas baca.

Jom Gegarkann Blog !



yaw segmen incix ben dengan blog separa matang mmg x dinafikan telah mempunyai scandal . jangan tekejut ianya benar dan silalah terjah ke blog beliau untuk pertanyaan lanjut .terima kasih .
aaaaaa aku dah lambat . dah beriban orang join . dem dem . kang tetinggal kapaltebang lagi.haishh .
so mari lah kita gegarkan otak di blog incix ben  . yeyeahh .
okay dah nak tido .*giloshh tido petang ,betambah gila la .*haishh
sila gelak lepas baca.

Tuesday, January 18, 2011

Today is a Wonderful Day *brokenheart english*

Assalamualaikum sayangness
yeah hye peeps. doing great ? kehkeh perlu ke nak cakap bi yang dah tentu-tentu brokenheart .haihh mula-mula memang x de mood langsung nih . nak BW pon dah malas*bajet blog femes .grr okay lupakan . nanti aku p terjah blog blog hampa hat besttt gilosh tuh . heheh

hasil study dengan coklat pemberian ayah kuh .heheh
hari nih result kuaq oyeah oyeah . dapat dean list ? hahaha mesti . see the head lah . haha
ok tipu . aku nak dekan ? haha tunggu je lah . asyik dapat sipi2 jek . nak lepas 3.6 tuh agak susah .bila lah nak jadi cam hanis zalikha tuh . dah la cantik menarik pandai plak tuh .tapi sangat best sebab dah x de huruf-huruf C dan D . haha *poyoss perlu ke cakap ?

lastly , dah lama nak cakap . aku menang contest buat header untuk cik jijah .kehkeh dapat nombot dua . ok la tuh kan . haha memang sgt terharu aku nih dah la x kreatip x pro .huu tapi dah rezeki x kemana . heheh thankz cik jijah . jasamu dikenang . hox

*tolong jangan gelak dgn header aku tuh. sobs sobs .
+++dah menang2 nih boleh kot nak buat contest . dari taon lepas lagi dok pikiaq .hox
sila gelak lepas baca.

Monday, January 17, 2011

Chef Nakal cakap ang makan ang reti masak dak ?

kat malaysia ada jual cokobi x ?
hamboih hamboih . sentap doe tengok kuiz encik nakal yang mengingkat dewasa nih .heh
lagi-lagi bila apa yang beliau cakap tuh betol . pompuan la nih mukan nya tao nak masak sangat tao nak melahap ja . cerr tengok cita kat lam tb . harap muka ja cantik tapi nak masak nasi pon x reti . bukan nak peleceh tapi dah memang hakikat manusia zaman moden ni pangai camtuh. lagi-lagi plak laki zaman la nih nak tengok muka cantik ja buat bini . hat x cantik yang bebakat tuh hang letak tepi . hee macam la hat cantik tuh x jadi nenek *err perlu ke aku beletiaq camnih ? teremo plak . haha ok dah abaikan .

aku nak kata pandai masak x la pandai sangat sebab kalao nak compare dengan masakan adeq aku si lelaki tuh masak . masakan beliau lagi sdap . dem . suka hati je masak lagi sedap dari aku .hee dan bila aku cakap yang aku memang jd tukang masak kat rumah sejak aku form4 *org len msak umo 6taon* semua orang x caya . memang siott ahh budak2 nih langsung x caya aku masak . mentang2 ar aku nih pemalas x de muka nak masuk dapur langsung . tapi tolong lah pecaya . haha aku dah macam bibik kat rumah memandangkan aku ja ank pompuan . grr so setakat gulai, kari, sweet sour ,tomyam ,spageti,dan goreng2 apa lagi kao nak ? aku boleh je masak .wakaka cuma jangan tekejut bila kurang garam . haha ayah aku asyik komplen kurang garam ja . dulu salu buat kek coklat ngan cookies besaq punya sbb tepung naik terlebih .heh huu makanan yang aku 1st masak ialah eh dah lupa kot .telur goreng ke ? hax aku dari dulu memang salu tolong mak aku masak.dah belambak2 resepi . so orang pertama yang makan makanan aku adalah family aku sendiri dan mak aku yang paling rajin memuji kata sedap*adakah untuk ambil hati aku supaya terus memasak ?*=.= dan ayah aku asyik kata kurang garam . huhu then masak kat tok aku nasi goreng .dia kata sedap pergh .buat ayam goreng madu berempah utk bukak puasa family gathering dan mereka semua suh aku buat lagi tyme raya .haha konon kata sedap la kan kan .hax

pinjam pakcik google . kek coklat aku sedap cam nih la .heheh
mari kita lihat resepi-resepi yang diberi oleh chef nakal untuk diadun menjadi sebijik makanan yang kurang pasti sedapnya bila digabung.heh .

jawapan :
1. B for sure kalao x de kacang dalam bubur kacang agak2 ang jadi bubur apa ? santan juga main peranan nak buat kuah bubur tu kan . so kacang bahan utama dan dibantu oleh cik santan . hee
2. yang ni kompius sikit antara kari alagapas atao minyak bijan(kalao minyak masak x pe gak). nak buat inti karipap guna rempah kari jugak .minyak bijan cam x wajib sebab minyak x kesah sangat ada bijan ke x kan .. heheh so dengan konpident nk jawab D .
3.MSG ? bukan kah ajinomoto tuh ? aa kategori apa ha pakcik aji nih ? think think . x mao jwab boleh ? ok jawab je lah .hee jawapan tanpa konpident B. x penah aku nak guna MSG nih .
4.ok yang ni pon konpius . lets see kalao A kan nasi x masak cuma er panggil apa eh nasi oh tanak eh? pape jeh .  then kalao C, tukang masak bukan sejenis barang kan kan ? so rasa nak jawab C .
5. B ! yang ni best laju jek . haha teluq ayam memang la ayam tapi pada2 la nak buat rendang pakai teluq .
6. B . hahaha memang konpident sardin . sebab salu beli . haha

kesimpulannya . encik nakaiii awat susah ngat soalan ang , jenuh aku nak pikiaq . den masak ciken cop pon belum tentu susah camnih . hohox sila la terima sy seadanya . wahaha
sekian dari saya executive chef husna . hex *tingin nak amek cullinary dulu tapi x kesampaian . sobss
sila gelak lepas baca.

Sunday, January 16, 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

haha setelah aku meluahkan perasaan .tiba masa aku nak join contest plak . haha
ang nih memang x habeh2 ngan contest . heheh so kali ni nak join contest cool ni plak .hoho aaa apa ? nak join jugak ? boleh boleh . klik sini ramai-ramai kasi owner pening tengok pix2 yg cool .kehkeh. jangan lupa ikut syarat2 ye kawan-kawan . heheh


hoyeahh . sangat menarik dan best . 
contest yg x perlu tayang muka gedix perasan cun lagi . heheh
so here we go .
jeng jeng jeng aksi panas bakal ditayangkan .














*
*
parents aku .aww
ibu : abang abang jom la kita tangkap gambar dekat kolam ikan tuh . 
ayah : . . . . .......* x dak reaksi . ikut je cakap* haha pasti dalam hati berbunga2 .haha
aku as a photograper : =.= bila aku nak ada abang ? 0.o


baju hitam : i fedap ngan dunia nih . izinkan i terjun longkang nih please .
tudung oren : astaghfirullah . bawak mngucap una (bukan nama sebenar). i tetap ada supot u . jgn givup .Allah pasti ada bersama hamba2nya . mari kita p solat berjemaah .^^

ok dah dah kalao boleh nak letak sepuluh gambaq . haha
err kena tag eh ?
aku tag semua orang . haha
mari mari meriahkan contest cool . nih .oyeahh 


sila gelak lepas baca.

Awas Entry Menakutkan . Sila berhati-hati

ASSALAMUALAIKUM
SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MAKI MEMBUTA TULI 

ENTRY LUAHAN SILA JANGAN BACA kalo x suka.okay aku sgt geram dengan notification belambak2 sekarang nih. aku ingat orang komen pix aku yang cun cun tu ke kan*abaikan* . atao komen status aku ke kan.rupanya noti dari group-group yang bermacam2 group .. grr agak annoying jugak la kan .rasa macam nak remove je group2 tersebut tapi x boleh aku sayang group tuh ..cuma kenapa lah group tu x berubah je jadi fan page . korang nak post suka hati je pon x ada noti just kalao aku like or komen cam tu baru naik . aaaa kalao hari2 aku on fesbuk then tgk noti beratus camtuh .rasa macam nak hempuk je bantal ni pelan2 . grrr

contoh cam group blogger la kan*banyak group blogger sekarang . yaw mula-mula tersangatlahh sori . bukan maksud nak marah x tentu pasal. aku pon ada post macam2 kat sana untuk pomot new entry. tapi aku post pon sebab aku dah x tahan .korang boleh post banyak2 aku pon boleh post jugekk . hee pastu bila aku post . bukan aku je ramai kot aku tengok.dorang x suh pon letak link tapi ada jugak yg letak link .kot la bagi la komen sebarang dua then nak suh aku follow ke apa ke aku x kesah .selalunya blogger freshie la kot . yang aku tengok macam obses *sory kasar sangat* cuma cara dorang tuh aku rasa cam x kena la . aaaa fine fine . blog aku memang x sempurna. x best dan x ramai follower *amek masa kot nak tunggu follower beratus nih sebab aku memang tao blog aku x de bahan pon untuk kumpul follower* x kesah pon nak post tapi janganlah sampai kerap sangat . huhu kesian aku syok sendiri ingat orang komen pix aku . kehkeh pastu aku tengok bogger baru nih kejap je dah mencanak2 naik blog biasa jek cakap sal awex bf . i lap u . u lap me . we are happy kapelyy =.=
sumber terbaik google
baru tao mereka buat sistem barter rupanya . x kesah la kan .nak kumpul folower ke apa . suka hati kao lah .blog ang kan .bukan blog aku .kejap kejap .ada apa dengan follower eh? kao rasa apa follower bagi kao ? bagi aku, aku follow blog tuh sebab sumpah blog tu memang best dan untuk membalas jasa baik korang sudi singgah dan follow aku..x de sikit pon niat nak suh dia follow aku balik .terserah pada beliau sebab aku tao blog aku x layak .haishh oh ya tapi aku sangat sangat terharu bila ada yang klik button follow kat blog aku . x tao nak cakap camna .korang berjaya buat aku terharu . heheh thankz a lot . *blog x matang nih masih perlu belajar .tapi aku sangat respect dengan blogger baru yang ramai pengikut sebab mmg patut pon ramia . blog beliau sgt best . x yah tunggu 2 3 tahun . sebulan je dah mampu . sebab apa . entry mereka sangat awesome dan boleh diikuti ramai .x yah nak mekap blog bagi lawa . entry tuh dah mainkan peranan.

dan dulu ada group chat . kejap2 naik kejap naik . sampai aku terpaksa buat offline . x salah la nak beramas mesra tapi ni sampai menda x penting pon nak cakap kat situ. agak kalao dah bekenan tu kao  add budak tuh pastu korang chat private x kan x boleh kot. haishh tapi sangatlah membanggakan sebab skang aku tengok dah x de chat group nih.huuu dan  AKU BUKAN CAKAP UNTUK SEMUA . CUMA SESETENGAH SAJA .mereka nih macam nak sgt trafic tinggi and nak kumpul follower ke nuff ke apa aku x tao . kena ingt okay blog bukan fesbuk nak kumpul koleksi kawan2 yang x macam kawan2 yg add semata2 nak tambah buddy list . wadefak .
ada juga manusia buat blog ni untuk kumpul duit semata2 *x ikhlas la derr.aku pon ada nuffnang tapi x la seobses nak tarik visitor dgn cara x kena.cuba kao kumpul secare berhemah . ni x, kao copy artikel2 atau cerita2 yang ntah dari mana sumber tanpa letak link utk credit .nak copy pandai2 la karang guna ayat sendiri.

ada banyak info kalao ang nak tao pasal apa itu blog . cuba ang rajen2 kan tangan tuh selak2 page blogger otai yang memang banyak .macam aku, aku suka tengok apa blogger suka x suka kat blog incix BEN ashaari.dan blog kawan2 yang lain yang kalao aku listkan sampai esok x habes. yang aku rasa mereka lagi berhak kasi opinion .para otai dah banyak kali kasi nasihat apa yang perlu ada pada seorang blogger dan blog itu sendiri .niat tu kena betul .dan bagi aku blog ni aku wujudkan tanpa ada sebarang niat .aku wujud untuk suka2 kongsi pengalaman .

aku suka kalao orang bagi nasihat kat aku . apa yang kurangnya kat blog aku . apa yang x kena kat blog aku . aku x kesah . sebab aku nak yang terbaik untuk diri aku dan para pengunjung  (: sila tegur dengan berhemah dan saya akan jatuh centa dengan awak . 0.o
sekian budak hingusan ini memberi laporan . dan MAAF kalao ada yang terasa . 
*entry dipublish dengan rasa ketakutan . hahaha 
peace salam hormat dari saya manusia kurang sempurna .



sila gelak lepas baca.

Saturday, January 15, 2011

contest cintai alam sekitar


contest yang aku jumpa kat blog incix ben . heheh ingat contest igt ben ashaari ye .
ok ok memandangkan contest yang dianjurkan ammar yassir ini sangat lahhhhh best dan menarik sebab pasal alam sekitar.bukan menarik sebab duit okay . kalao apa2 pasal bumi ke dunia ke memang aku support habeh.projek multimedia aku pon pasal pencemaran memag kena ngan jiwa la kan .haha
so kalao korang rasa sayang bumi cam aku jom la join .
klik saja sini sini 

langkah-langkah untuk menangani pencemaran alam sekitar


  •  walaupon dah lama kempen ni berlangsung namun masih belum mampu nak tarik hati manusia yang x sedar tentang pentingnya alam sekitar .oleh itu sepatutnya menda ni diamalkan di setiap rumah ,kolej ,universiti dan kat mana2 lah kan .
  •  sekarang nih kempen tanpa plastik dah dijalankan .kempen ni pon dah lama tpi aku rasa baru manusia bagi perhatian . memang sokong habeh la . nak pegi beli barang bawak beg or raga masing2.kan senang camtuh . x yah malu2 nak buat kebaikan .

  • selalulah tengok cita national geographic .bila korang tengok cita tuh maka secara otomotiknya korang akan rasa sayang dengan alam sekitar .betol nih .kalao x rasa apa2 x tao lah nak kata apa .nak ke tengok binatang2 pokok2 suma pupus  ? x kan nak harap zoo or taman negara yg jaga semua flora fauna nih . kena ingat dunia bukan milik kita.kita hanya pinjam dari anak cucu kita.

anda berhak memilih .

  • disiplinkan diri . ni tak lagi orang kata x boleh buang sampah kat situ nak jugak buang ha .otak hape ntah lah kan . bukan nya bumi orang lain .bumi korang juga . haihh
mandi laut pakai jeans adakah kempen ? hee
  • Malaysia juga patut mengambil berat dalam isu ini jangan nak maju sampai habeh bumi tergadai . kilang2 yang dibuka masih banyak yang x ikut peraturan . suka hati buang bahan buangan yang mengandungi bahan kimia berbahaya dan asap beracun yang menyebabkan hujan asid .

nampak x pelangi tuh ? haihh amek guna nset  x cun .
diambil dari depan rumah aku .rumah kampung yaw.

  • merawat pencemaran sungai atau air laut dengan mud ball iatu hasil dari kelompok-kelompok mikrob bermanfaat atau EM *ayah aku pon buat EM ni juga .banyak kebaikan . nak tao lagi ? sila klik sini untuk tahu apa itu EM dan cara untuk merawat air yg tercemar .

aku x nak mandi air kotoq .
heheh konon kotor la air tuh bila edit2 . haih
ok dah tamat . heheh alamak ammar sori . terbuat karangan plak . kan dah kata kalao bab alam sekitar ni memang sebati ngan jiwa aku . haha

x kan nak tengok pemandangan cantik bila kat hotel je kan .


sila gelak lepas baca.

Tak Ada Tajuk lahh .

hai Assalamualaikum peeps !
lately ni rasa malas nak update setiap saat dan ketika . memandangkan kalau aku asyik update je ,ake mesti nak merapek menda yang x de kaitan dengan hidup .sigh~
esok dah start class . hadoyai rasa macam baru je weekend .x sempat aku nak tido secara aman dan berjemaah lagi . tengoknya esok dah start classes . duhh masuk degree ni kena jadi 100 kali ganda dari sifat asal . yakni sifat malas kepada sifat rajin sikit .okay la tu kan rajin sikit .dari malas banyak . maka aktiviti memonteng dan mengadap laptop untuk game dan blog akan dikurangkan. tskkk  harap-harap berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan elektrik=.=
dah la kena belajar Java lagi degree ni . hailohh fenin lalat aku tengok coding beliau .aishh

pencuri  makanan yang handal
dari segi kewangan plak ,kena lagi berjimat dari segala aktiviti membeli secara pukal baju-bajuan kasut-kasuan dan menda alah lain lagi dah x boleh beli dgn kadar yang kerap . huu makanan lagi lah . dah x boleh nak beli jajan selalu . kena jimat sebab yuran dgree lagi mahal . kalao aku kaya macam kao,aku x kesah . dah la tadi tersentap dengan harga lauk yg membe aku beli sampai 12ringgit .kat kedah ni 12ringgit tu kira mahal okay . haihh .dapur ada tapi x nak masak.pemalas memang dah sejati dengan hidup ang kan una .*ye ye mengaku*

agak-agak macam mana korang bajet duit korang eh ?
aku memang x boleh lah nak bajet duit2 nih .memang terbabas je keja .x kan berjaya.haih
konon esok nak jimat esok juga la sehelai baju aku grab . aaaa esok ada pasar tani lagi la bekurang duit aku .sobs sobs .,

oh ya perlu ke aku keja part time ? oh okay tidak x sanggup kot . keja dan study at the same time .boleh gila aku .dah la cita-cita aku nak jadi suri rumah sepenuh masa =.=

kalao hampa ada tips tips yang berguna sila la gitau aku . tips jaga badan x nak lah . badan aku dah dijaga dengan sempurna dah nih . tips cari awekx pon x nak sebab awekx x nak aku . pakwe pon x nak kat aku.
MySpace
dah babai .nak cari nota java nih .

sila gelak lepas baca.

Friday, January 14, 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'


aku yang ketinggalan bas dan keretapi dan juga kapal terbang . huu
  1. Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
    aku bukan u tapi still ada lah u juga . 'kolej universiti insaniah kedah' haha ada jugak la kan u nye .hox Bachelor in information technology (Networking) . tahun 1 . ngehngeh kolej ni islamic . sesuai untuk aku yang lemah lembut dan sopan nih . wahaha
  2. Asal mana ? Umur ?
    err lahir kat johor stay kat penang . ehem muda lagi . 12 tahun . oh  silap eh 21 kot tapi x masuk lagi sampai la bulan 10 nih .heheh
  3. Kenapa amik jurusan itu ?
    sebab er pstt parents suh masuk kolej tuh tapi tyme masuk tuh diploma just ada IT ngan bisnes ngana acc so tepaksa amek IT . haha *boleh ke camtu ? tapi sekarang dah macam2  course ada .haih hox . tapi bila dah belajar aku dah mula suka ngan IT . ohoii
  4. Cita cita .. peewwittt ..
    adoyaii sebenarnya nak jadi surirumah tangga yang berjaya saja . tapi selepas dikecam orang ramai aku tukar nak jadi err kalao ada keja yang sesuai aku x lepaskan pelunag la kan . skang ni keja susah nak cari . heheh *dulu nak jadi dokter hewan .tapi sbb x sesuai ngan subjek yg diambil .tepaksa ke korbankan .pastu nak jd chef pulak . haihh asyik kena komplen ngan ayah je sal masak x cukup garam . cancel jugak lah . huu

    *perlu ke aku cita panjang2 . haha okay okay skip jangan baca . kehkeh
    incix bennn ! waa nak masuk juga . sobs sobs . 

sila gelak lepas baca.

Tragedi Malam Jumaat

AWAS ENTRY PANJANG 

hai Assalamualaikum peeps . rendu aku x ? tolong kata rendu sebelum aku cancel nak bagi cekelat  hack.
masih dalam mood terkejut plus kaget dengan berita kematian nenek aku yg mengejut . tskk
sekali lagi Al-fatihah please T_T
sebenarnya banayak gilosh nak gosip gosip nih tapi x tao nak mula camne . tatao nak karang camne .tolong baca dalam pikiran aku je la eh . heheh

okay pasal berita nenek aku meninggal dan aku sangat terkejut . still terbayang muka arwah yang selalu x senyum dan macam menyembunyikan kesedihan beliau . tskk aku memang x rapat dengan arwah sbb tu aku terkilan dgn kematian tuh . dia dok sorang2 kat kampung . x nak dok ngan anak2 dia . padahal anak2 dia memang x kasi dia dok sorang2 since arwah atok meninggal . tapi orang tua paham2 je la kan . x betah tinggal umah orang .nak rumah sendiri jugak . memang kami suma x sangka kematian dia macam tuh . dengan keadaan dia yang memang old age . memang kena ada org jaga sebab tuh la anak2 dia nak bawa dia pegi rumah dorang tapi dia x nak . tskk nenek memang macam tuh . akhirnya dia meninggal sorang2 tanpa anak2 dan cucu kat tepi dia. anak mana yang x sedih . kalao nak ganti kan dengan emas ke apa ke . mak juga yang terbaik .macam mana pon perangai . ibu juga yang teragung . masing2 punya sedih memang aku x dapat gambarkan . sangat sedih rasanya . aku sbgai cucu yang x rapat pon sedih gila . huu apatah lagi dorang kan . mak aku lagi lah . dah la time atok meninggal pon x sempat nak cium utk kali terakhir . family aku penang atok nenek kat johor . tempoh nak balik tu dah amek masa 9 10 jam dah . x kan nak tunggu kitorang balik kan . nak x nak kena teruskan pengebumian lah . sebab tu aku rasa mak aku paling sedih .  and kematian nenek aku paling tragis .arwah meninggal sehari or 2 hari sebelum orang jumpa . tragis okay . dia meninggal sorang2 . sobs sobs . selalunya jiran dan sedara dia akan jenguk dia . tapi xsangka kan kuasa Allah semua tuh .mak sedra aku ada call and x de sapa angkat . so call jiran dan jiran dah pegi umah nenek aku . dan masing2 semua tekejut tengok nenek aku dah meninggal. semua x tahu bila nenek aku meninggal . and hari isnin baru dorang jumpa .sama ada hari jumaat or sabtu . wallahualam .Al_fatihah dan cuma nak ingatkan jangan biarkan orang tersayang stay alone kat rumah pastikan selalu call dan tanya khabar . *aku dah x sempat nak tanya khabar kat nenek aku * hux

raya 2010 . terakhir bersama beliau yg ditengah
jadi sekarang kampung kat pontian dah x de sape2 duduk. lepas ni masing2 dah ikut haluan masing2 .dah x boleh berkumpul dengan nenek aku yang sangat pembersih dan suka mengemas . hix hari tuh time ngah buat kenduri tahlil . then memang sepah2 lah rumah tuh ,mak long aku cakap kalao nenek ada nih mesti dia dah marah2 . dia memang x boleh tengok sepah2 .  I miss you nenek . moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh .


oh ya btw aku dah jadi matang berani dan kuat juga dan err dan sgt kachak . kenapa ? sebab aku dah boleh naik bus sorang2 dari kedah ke johor . haha *ok kao lagi hebat stalker* pestime weyh naik bus sorang2 .aa cuak plus gerun kot . lagi2 tyme malam lagi2 plak dengan berita sal bus accident kan . aishh . n mimpi ngeri juga sbb sebelah aku laki mana ntah muka sumpah mengerikan .tatao la indon ke hape .hadoyai depan ada kosong lagi nak juga tempek sebelah aku . memang la ikut seat number tapi agak2 la depan kosong .p je la pandai ! haih so malam tuh memang aku x bape nak tido . aku set alarm 30minit snooze spaya aku x tido mati sampai orang sebelah sedap je nak meraba . kalao kao pompuan mmg kena takut . x kesah la kao hodoh ke apa .laki ni nafsu dia takat binatang memang ramai . beware je la kan .okay abaikan 

macam2 yang berlaku ye kat dunia blog . x sempat nak BW dengan jayanya lagi nih .
manusia manusia pengskodeng blog aku . nanti aku skodeng korang balik eh .
heheh im back . melampao cuti clas sampai seminggu  hox
sekarang dah ada kat penanf . semalam pegi bangi ,hotel equatorial kot . ayah aku
amek sijil besara dia . pencen awal .heh
sempat la nak menggedix-gedix kat hotel tuh .hox


sila gelak lepas baca.

Monday, January 10, 2011

Sedekahkan AlFatihah pleasee kat nenek aku T_T

nenek aku kat johor meninggal dunia .
mak aku baru je call tadi . aku dah la cakap main2 tgk2 dia kata nenek meninggal dah .
gulpp tekejut kot then dengar suara mak aku dah sebak nak nangis .
aku pon tskkkkk . hux mak aku x bagi balik sebab aku ada class .

nenek aku dah la tinggal sorang2 kat kampung tuh , x tao bila dia meninggal . jiran datang bagi salam then dia x jawab time tuh baru tao dia meninggal . hux mak aku mesti sedih gila . hux dah la kadang2 je balik johor .
selamat bulan 12 tu dia dah balik kampung . x de la rasa terkilan sangat . hux

ibu jangan sedih2 ye . una nak ikot jugak balik . hux .
korang doakan ye . Al-fatihah .

p/s malam ni insyaAllah naik bus dr alor setar ke pontian terus .doakan aku eh balik sorang2 .takot kot.tskkk T_T
sila gelak lepas baca.

Sunday, January 9, 2011

Kontrovesi Anugerah Juara Lagu 2011

gambar cilok kat andyhowt .

bunkfacee ! yeay credit to andyhowt

x nampak tudung nmpak jambui ja . heheh
kao tengok AJL ke? aku tak pon sebab aku x minat . *padahal rumah sewa kao x de tb*tapi mmg aku x minat lah . then kao ada twitter ? tweet tweet la aku budak baru . setaon dah aku x on9 sampai lupa pasword . terpaksa jadi new tweety balik . heheh tweety tiut tiut

oh yeayy xceli nak cakap x de mood la nak karang karangan hari nih . nak story pastu nak lukih apa yang my lect lukih tadi .kalao korang tengok mesti kata kiut gila u . aku rasa aku paling suka subjek dr.amin nih untuk sem nih. heheh andddd tadi juga ingat nak cita pasal new subjek n classes yang best and x best .new gossip new student yang x macam student . haihh tapi siyez x de mood nak merapek. tskk idk why . hilang nafsu habih . nafsu makan je tetap berkembang . hee

*kenapa kipas asyik rosak je bila sampai kat tangan bilik aku ? dah bape puluh kipas nih nak angkut?grr
dengan nyamuk dok merempit tepi tinga . dok buat lovebite kat aku .aku redha dalam terpaksa je .haihh
ok dah babai .
MySpace

sila gelak lepas baca.

Saturday, January 8, 2011

aku baru je nak tuttt

hadoyaiii ..
baru x mo online fesbuk untuk selama2nya . *tetiba tingat cita spongebob time dia x mo kuar umah sebab nanti membahayakan montot beliau pastu patrick dok cakap selama2nya cam best * aaa perlu ke bgi sinopsis?

aku nak deactivate fesbuk memandangkan aku nak konseterate study *kononnya*
tapi tapi macam x boleh sebab blog ngan fesbuk ada kaitan persaudaraan plak . nak ping blog kt GB kna login fesbuk lak.haishh . *oh ya sory komen embedded plak . x popup dah sbb ngah cari tuto reply to comment yg popup punya . ada x ?


bloggie muchie munchy ku sayang . i lovee youu ^^ dan thankz NUFFNANG . 
x de BE pon ada 50 lebih dah dalam acc . boleh ke camtu ? x paham x paham 0.o
MySpace

sila gelak lepas baca.

Friday, January 7, 2011

Kopi ais Dengan Nescafe x sama ke ?

sebenarnya aku malas nak update hari nih .sebab otak aku blurr sebab x de sebab nk blurr  =.=
pastu hari ni aku malas . penat sebab kena basuh baju satu raga tadi . jgn nak expect raga kecik .besar okay .segerombolan baju aku rasa .dah la guna tangan , manual gitu selamat x basuh kat sungai sambil nyanyi2. bukan aku malas sebab peram baju banyak2 cuma minggu ni gila punya sibok lari-lari untuk uruskan hal degree nih . sibuk sangat lah kan sampai boleh tido lewat2 makan rocky sambil goyang kaki tengok movie . kat sini hujan lah so sejuk so aku malas mandi lama2 dan malas basuh baju .*apa yg aku merepek? grr abaikan dan skip .

search baju busuk tetiba ada minah setan nih.err
nak tanya ni jeh sebenarnya . kopi ngan nescafe x sama eh ? tapi rasa sama kan ?
aku ingat sama je . aku ingat bila kopi tambah susu jadilah neskape .sebelum nih aku cuma tgk je kawan aku beli x sampai lah nk belek2 kopi tu cmna .tapi tadi kawan aku beli kopi ais ,aku beli nescafe ais . aku ingat kopi ais tu kopi hitam ais la kan tanpa susu .tapi tengok nmpak cam kopi susu jugak jek .then neskape memang la ada susu kan . so teori aku salah la eh . kopi ngan neskape x sama ? neskape tu nama tajuk je ke? *tajuk tu jenama/brand lah*

 ok x de la penting sangat .sebenarnya mak aku x bagi aku minum neskape2 nih .kat sini je aku minum .heheh mak aku x bagi aku minum teh ais mahupon tea o ais kat kedai dan berbagai2 lagi lah minuman makanan. tapi kat sini je aku minum dan makan menda merapu tersebut.hohox .
pomish jangan gitau mak aku  okay ? hoho
sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com