Monday, December 12, 2011

LADANG KEKUCING COMEL GRAIG GRANT . i wish i will be there someday !

ladag kucing ni craig grant yag baik hati yang buat , dengar kabor dia tak suka kucing dulu tapi ada la sebab dia tetiba dia terus suka kucing maybe dia mimpi kucing tu nak bunuh dia kot kan .heheh ni semua lepas kucing asal dia tetiba beranak dan telah menimbulkan kekecohan akibat kenakalan kitten tu dan beliau terus buat farm untuk kucing dia dan untuk homeless kucing yg lain , ada beratus2 kucing kat ladang dia . dan eh aku harap dia buat ladang tu bukan lah untuk tujuan food industry mcm ladang lembu ladang ayam dan etc etc T_T *imagine mcm2 =='

ni kat mesia bila plak la nak buat zoo kucing tak pon ladang yang penuh dengan kucing? dan semoga tempat tu dijaga dengan baik . gila kalao tak jaga dgn baik mau tak mati kebusukan kalao guest pegi melawat . kucing ni kalao tak jaga memang busuk ngalahkan orang yang tak pernah dtg belog aku .
ha busuk camtu la =..=



















gila banyakkkkkkk kucing . gemuk-gemuk plak tu . huwaaaaa nak honeymoon kat sini boleh ?


sila gelak lepas baca.

Wednesday, November 23, 2011

PERCAYALAH INI BUKAN WORDLESS WEDNESDAY . BUKAN -.-


cuba teka siapa ? klu no 7 -.-



note: T______T 


sila gelak lepas baca.

Thursday, November 17, 2011

Y U NO JUST CLICK X BUTTON ?


forever alone via 9gag.com

you mad ? muahahaha
nota: wordless thursday maybe ? kehkeh
tahniah diatas 400 entry -.-



sila gelak lepas baca.

Wednesday, November 16, 2011

this is what we called , bila ada hotak pakai bila tak ada hotak pinjam . bila lapar makan . bila ngantuk tidor . #eh

amboi seronot nampak ? asal nak jelez dia dpt hug ? tak jelez bila org menang hafazan Quran ? 

greyson chance tak salah
justin bieber tak salah
korea tak salah .
habis siapa yang salah ?

yang salah bebudak mesia yang terlalu memfanatik kan diri mereka terhadap menda2 yang dianggap trend.sampai nak tulis blog bagai nk impress kau punya suka dekat dorang .see u just ruined his talent that people should see bila terlalu fanatik. tak ke fakta melayu bila dah popular senang orang mula membenci . muehehe dan boleh juga salahkan kerajaan dan media hiburan yang terus-terusan menyajikan hiburan melalaikan. yang minat terlebih fanatik . yang konon maki tak suka pon satu . annoying bila dekat fesbuk bebudak skolah yang hat jenih attention seeker orang post something dia pon nak post jugakk.  kononnya mengutuk greyson chance. kau ingat kau dah cukup up to date ke ? kalau tak de kau lepak 24/7 kau tak kan tahu berita rasa. kutuk k-pop konon anti kpop . gaya awak cakap nampak sgt awak tu hipokrit. ohmennn . look at you .dik oi habes yang kau conteng muka kau dengan nama retis tu tak ke nama fanatik ? kecik2 dah main fesbuk , kecik2 dah pandai ckap shit fuck demn dan semua kejadah benda merapik . yang tahun kelahiran aku tak ada pon manusia yang pandai ckp mcm tu . yang cuma pandai hanyalah ckp babi .tu pon lepas tu kena lah cili sepam kat mulut.  eh biasa babi kan dah lama hidup. lulz okay kita abaikan menda nih .

iklanseminit : memang sengaja aku amik contoh budak kecik greyson dgn bibir tu. dah pengaruh tu yang kucar kacirkan mesia . eh kucar-kacirkan hidp para anak remaja -.-

kau cakap kau cool . kau cool bila cakap jangan nak bangga sangat dengan orang kafir . eh habis KFC tu bukan si kafir ke yang punya ? apa kau punya nset buatan malaysia seratus peratus? kau punya FESBUK ni bukan org kafir punya ? kemonnn la . jangan nak salahkan artis kafir segala, dah tu keja dorang nak dapat duit . dah memang bakat dorang hebat .aku tak marah kau nak maki siapa tapi sebelum kau maki orang kau patot maki diri sendiri . macam kau tak penah minat artis barat , sebelum2 ni kemain upload video artis barat siap hafal lyric , and what the heck kau nak maki dekat dorang. jangan cakap banyak , tengok dri sendiri dulu. salahkan bebudak yang terlalu fanatik amik artis barat jd idola . tak salah kau nak dengar lagu dorang tapi jangan lah sampai melalaikan ! dan jgn la nak letak nickname pon mesti nak ada nama retis semua tuh . tak payah lah sampai obses sangat . ahh kids , kakak tengok awak pon kakak sedih , awak pandai kata dekat orang tapi pernah awk tengok diri sendiri mcm mana ?

sekarang ni aku nak tengok cerita korea pon tak senang. bila ramai alien yg otaknya tak dapat berfungsi dengan elok terus kau cakap org layan cita korea ni akan minat semua jenih2 trend kpop , semua gedik2 belaka ikut trend kpop.kau penah nampak ke aku buat muka comel mcm pop2 tu ? cuba tengok gambar kau . amboi spek pon dah korean style. siap pkai rantai elmo dan owl vintage. eh itu korea awk tahu . lolz  eh habis kau nak suruh aku layan cita melayu yang tak macam melayu ? jalan cerita sama, belum sempat habis pon aku dah boleh simpulkan apa yang terjadi . banyakkan kabir bhatia dulu sebelum nak suruh aku end up depan tv tgk cerita melayu. sikit2 nak cerita hantu. dah macam tak ada skrip lain. and kau ingat semua yang layan cerita korea tu jenis layan video seksi gee gee gee tu . eh kau penah tgk running man ? korea jugak tuh. kau tengok sekali kau dah gian nak tengok lagi . penah kau tengok cerita melayu cemtu ? tak semua la aku kata cerita melayu bosan .aku layan jugak weyh , juvana dan er k lupa tajuk .

nota : and aku tahu nanti mulalah ada komen yang jenih baca tak habis terus nak hentam. kemon kemon aku tulis entry ni BUKAN bermaksud aku sokong segala jenis penularan artis barat, chillax la , aku jenis layan nasyid . cuma kadang2 layan jugak avenged sevenfold paramore sum41 semua. eh justin bieber, 100% bukan taste aku walaopon lagu dia orang kata best? . greyson chance ? lagu unfriend dia boleh tahan tapi yes lebih baik mengaku kau suka dari hipokrit bagai tulis kat fesbuk kau benci . sama la macam kisah budak im proud to be muslim kat entry lepas tapi peribadi dia tak ada pulak aku nampak tang mana dia proud sangat. oh yes tu antara dia dgn Allah tapi tak salahkan kalau kita menegur adik-adik ? hipokrit aite ?

p/s cukup panjang tak entry nih ? aku malas sebanrnya nak tulis menda camni. sebab kat dunia ni wujud pelbagai manusia . ada yang jenis paham bahasa ,ada yang jenis boleh terima pendapat orang lain, ada yang jenis lampi , ada yang jenis cepat sentap , n for sure ada yang jenis TAK PAHAM BAHASA . tak paham apa sebenarnya aku nak sampaikan. awak semua kena paham, pendapat kita semua tak berbeza . awak nak cakap apa cakap la. saya tulis berdasarkan pemerhatian di laman social milik barat . ok got it ? thankz . bai *aku harap tak ada org fikir aku minat si justing ngan greysong tu-.-



sila gelak lepas baca.

Monday, November 14, 2011

mama ai belikan dress takat peha je . thankz mama ai love you like u love me







status pertama : im proud to be muslim <3 xoxo 


status kedua : eh uolss papa kitew suruh kitew kaler rambut kaler merah mcm dulu tu . ohseemm kan papa kitew  .


status ketiga : Dah maghrib weh, jom solat dulu .


status  empat : mama beli baju elmo dengan dress pendek. hikhik


status lima : post photos pkai singlet . 


status tujuh : post video awex tudung buat maksiat . ramai2 kutuk orang bertudung dan mulalah falsampah orang pakai tudung tak semestinya baik orang tak pakai tudung tak semestinya jahat . oh falsampah budak2 bengap .


tambahan : album DP semua tak pakai tudung .album raya pakai shawl belit-belit .sekian


bincangkan .




and peeps what say you ? kids nowadays . sangat lah cemgampang . pandai cakap tapi hakikat sekoqsekoq semua attention seekers . budak-budak baru nak up gitteww lerr jadinya . 


scary aite 
p/s lu semua perasan tak status enam tak ada ? haha tahniah cik jari . saja nak tengok sapa yang alert .kehkeh mohon semua terjah cik jari dengan kadar segera . belog beliau ohseemmm

sila gelak lepas baca.

Friday, November 11, 2011

TAHUKAH ANDA ? BERJALAN LANCAR ?



from 62002 :
RM0. jawatan kuasa khas parlimen dibentuk bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan berkesan.

oh oh angguk-angguk kepala sambil makan anggur .


p/s boleh tak nak reply . ada aku kesah ? 

sila gelak lepas baca.

Thursday, November 10, 2011

DARE TO BE MY PARTNER FOREVER ?

izzaq hemsem .ganung kita . 

puhlissshhhhh -.-
dia dah ada awex . awex dia kat bawah nih .
sila percaya 0% 

husna penang -.-

tips :
cara nak kurangkan air pekat dari turun meleleh dari hidung. sekotak tissue pon tak cukup untuk buat menda nih -.- i know i know even the cute the pretty and the hemsem one pon buat jugak lah . tak payah tak ngaku.




p/s walaupon belog ini dah sampai ke usia tua nya . usia veteran dan tak mampu nak sajikan makanan berkhasiat mahupon jajan . tapi pelik jugak aku , masih ada yang setia memfollow belog nih T___T terima kasih masih sudi follow dan still ada makhluk Tuhan paling kachak dan comel tanya kenapa aku tak update blog . oh ada jugak yang sedar kehadiran gadis sepu suci murni dalam dunia belog serba cyber ni . tapi kalao tinggalkan komen skali lagi ahkak terharu umpama mawar kembang esok hari . eh matluthfi -.- ok bai manusia 

notajanggut : sekarang musim kanak-kanak comel demam . tapi kanak-kanal comel ni baru baik demam . kena mula pergi keja dah . sobss 

sila gelak lepas baca.

Tuesday, November 1, 2011

REPOST : TIPS PUTUS CINTA TAK PAYAH TERJUN KB MALL


entry ke2 utk hari ni adalah konon2 sape yg rsa sedih akibat diceraikan tanpa talak.
sesuai juga utk sesiapa yg rasa putus cinta patah hati or even patah kaki .boleh la membaca smbil beramal .

heheh dont be sad bebeh .here i give u tips menda ni aku copy paste dan aku olah balik dengan ayat aku sendiri . . so ini adalah dari versi aku :) utk mengisi masa yg x brapa lapang nih .
so mcm biasa jgn cakap banyak .layan je .

tips-tips yg tidak berguna la jugak .

1.Korang tulis 10 pucuk surat dan korang poskan kat diri korang sendiri, pastu balas la balik kesemua
surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2.Jauhkan diri korang daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung . dan juga lagu2 yang mmg kena bila putus cinta nih .

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau wat sesi berkenalan tepi-tepi jalan.... Bukak la
warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik atau semut pon boleh... Nanti bila itik korang bertambah, korang pasti akan lupa kat pasangan korang tu, sebab korang terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo korang....

5.Sibukkan diri korang dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah lebat nanti, korang
carikk ajer yang lain, ngawin terus, senang idup tak yah susah-susah nak sakitkan kepala...
untuk yg masih berstudy plak macm aku .jgn buat2 lupa . asigment n projek korg mesti berlambak2 kan .
so nk tangguh apa .buat semua smpai abeh .lao dah abeh nah amek esaimen aku takpon buatkan esaimen kegkawan .. pastu study utk exam smpai hidung berdarah .

6.Korang pi ngadap cermin korang yang sememangnya setia ngan korang... Korang buat la lawak gila yang
tak masuk di akal, pastu korang gelak ler sendiri...

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x Uhh huuu Uhh huuu...

8.Kalo korang still teringat kat pasangan korang tuh, korang pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah
mana-mana atau pun bangunan berhampiran, korang wat-wat terjatuh dari tangga, sampai korang terus
hilang ingatan, nescaya  korang akan lupa kan terus pasangan korang tuh...dengan diri sendiri pun
korang tak akan ingat lagi..

9.Kalo ingatan korang masih ada, pi jerk rumah jiran sebelah, minjam tukol, pastu korang wat ler tak tau
sambil ketuk pala korang sendiri sampai lah hilang ingatan...

p/s:

A.kalo jiran korang tak bagi pinjam tukol, korang
curikk je weyh, pastu lari .takkan dok wat sesi
berkenalan ngan jiran korang lak..

B.Kalo susah sangat... korang hantuk jerk pala korang
tuh kat dinding ngumah, buat la sampai korang rasa
dah bosan dengan hantukan korang tuh...

10.Gantung gambor si-dia kat dinding .. korang kutuk,
korang karate, gusti, gigit, mamam, telan... wat la
apa2 je asal ati rasa pueih..

11.Wat-wat giler kejap.. sajer layan perasaan sendirik... ph34r.gif

12. Kalau masa drive..ternampak lori KONTENA..LANGGAR AJER LORI KONTENA TU..
nescaya boleh lupakan kekasih

13. Berlari mengelilingi malaysia mcm Forest Gump. Dah penat baru berenti .
x pasal2 korg dapat award plak kan . book record .heheh

okay cukop x ? nak lagi ? nnti bila aku dah smbung degree dalam bab2 cinta 
aku karang lagi utk korang eh eh .heheh 
renung2kan dan selamat beramal. chioww


akhir kata apa lah sangat dengan cinta duniawi semua tuh . tak kan nak aku nyanyi 1 1 saya sayang Allah 2 2 sayang Ibu bapa 3 3 sayang Rasulullah . ha mana ada sayang pakwe/awex korang kan .tak kemana semua tuh . ok paham . good . jom tlg aku lipat baju . kbai .


sila gelak lepas baca.

Wednesday, October 12, 2011

UMUR SAYA DAH 60TAHUN . SAYA DAH BOLEH PENCEN . YEAYY


yes blog ni pon dah lama tak berpenghuni . aku pon cam dah malas je nak menaip .hormon monopos dah sampai rasanya . kena berehat dan luangkan masa sepenuhnya untuk main dengan suami anak-anak je la eh . masak-masak sambil menambahkan amal ibadat yg kurang .
kalao rajin aku update semula .mueeheheh mana boleh tinggal dunia blog yang banyak kenalkan aku kepada sebuah persahabatan dan kehidupan yang matang walaopon nama blog tak matang-matang. itu semua trademark untuk jadi comel saja -.- ok till then nanti kalao aku rajin aku menaip semula ye *bajet mcm ada org sedih sambil angguk2 sambil kesat hingus atas pemencenan sementara blog aku puih* 



kalao rasa macam rindu boleh la kita sama-sama gedik dekat fesbuk dekat situ aku mmg dah macam admin dah . doplohpatjam asyik online =.= babai semua . Assalamualaikum .
#terima kasih buat sesiapa yang masih rajin singgah walaopon tak berupdate *terharu

sila gelak lepas baca.

Sunday, October 2, 2011

PENYEBAB BERAT BADAN MENJADI 37KG ? cekidout cekidout


oh tidak tidak kalao makan cupcakes rasanya berat kamu makin bertambah ye dak . kalao saya makan tak apa . saya suka berat berat . lagi suka kalao berat saya yang sekarang ni ibarat angin sepoi2 bahasa bila naik moto tepi lori kecik mahupon besar terasa melayang dilambung ombak rindu gittew . jikalao tak control brek bebetol rasanya dah terbongkang dah tepi jalan ==' dah tak sanggup lagi rasanya bila pergi rumah sedara mara atau rumah bakal bakal mak mentua memasing kemain ni anak yang last ke ? sekolah kat mana ? tingkatan berapa ? . oh puhlishh memakcik semua. saya dah layak wajib  kawin dah makcik. dah layak kalao makcik nak datang rumah sy masuk meminang =.=


ini la gamaknya tips nak jadi kurus eh ? nasi kita kena amek dalam segenggam gitu lah .takmo lebih nanti overheight mula lah nak cari detox la botox la susuk la *err . pastu sayur kena banyak ye . yang dalam pinggan tu tak termasuk pinggan lauk penuh lauk kat tepi nun . muehehe sambal belacan wajib ya uolzz . ulam lagi pergh . err ni ulam western . tomato kecit2 salad dan kacang pajang . ulam raja pegaga dah habis. kacang botol tak p kutip rumah tok sedara lagi . ergh tanam sndri taknak nak main kutip2 je. kacang botol punya benih ada je atas petiais tu tak tertanam dari 10tahun yg lepas rasa =.=


ikan kemain amek setengah je . macam tak cukup lauk je kat umah aku nih mak aku kata. kalao makan sikit2 je macam tak cukup nasi ==' ayam pilih hat paling kecik .aku pon taktao kenapa . tapi kalao makan banyak2 rasa mcm senak nak muntah je . tsskk tssk sadis okay . tapi kalao time lapaq jangan tegor aku .makan paling tak hengat . ala aku bukan nye makan sikit sangat pon . aku makan sikit tapi makan berulang dan cepat lapar kot . kalao pegi jauh jajan kat dalam beg mesti ada . lagi2 kalao time tumpang orang bila org tu tak rasa nak beenti makan aku rasa stress gila nak mati . sbb tu dlm beg mesti spare jajan. cekelat pon jadi la kan .


motif apa aku upload pic facefood nih ? =.=


lagi motif ? oh okay saja nak cakap semalam bawak kereta dari permatang pauh smpai tasek gelugor . jauh okay jauh . terketaq2 lutut mcm nak kencing padahal mmg nak terkencing time tuh ==' mak aku kalao dia paksa2 memang kita kena buat la . masuk2 kereta terus duduk bhgian copilot tuh . habes sapa yg nak drive . ahkak jugak . hhaishh . nak tak nak terpaksa la asah skil drift aku kat tengah jalan .drift bawak 60km/j kao ada ada ada ?  tsskk lesen dah lama dapat .tapi lesen tu kukepam saja celah ketiak. gila scary nak bawak kereta. kita dah bawak berhemah tapi nanti kita jugak yg kena kalao pemandu yg tak berhemah tu tak berhemah dekat kita time kita drive . pepatah pepatung apa aku guna nih ? ==

p/s esok esok dan esok dah mula ada kat kedah . konon nak konvo la hari rabu nih . eh jemputla datang bagi bunga kat i eh eh nanti . bg bunga yg ada cincin ke kat tengah2 kan -.-


sila gelak lepas baca.

Friday, September 30, 2011

Solat Sunat Dhuha dan Kebaikan Kelebihannya .


1- Rasulullah bersabda,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


2- Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

3- Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

4-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Doa Selepas Solat Dhuha:



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


notabasi: patutlah setiap hari mak aku gigih usaha call dari office beliau suruh aku ngan adik beradik solat dhuha . walaopon dah gitau setiap hari tapi biasalah nak buat kebaikan ni mesti ada halangan dia . 
malas dan lupa. halangan maha dasyat =.= eh ada masa lagi ni cepat pegi amek wudhu semayang dhuha :)

sila gelak lepas baca.

Thursday, September 29, 2011

amerika der amerika derr . tak new york la tak pakai baju tayang peha betis .

takpayah nak taynag peha besar sejibik tuh la sangat kan 
cuba teka muka macam apa ? scary .


majlis perkahwinan mehmeh suheza dn pakcik norman . 
banyak banyak word cembangang cembangang cembangang
tawu la kome kome ni memang pesyen suka tayang badan potong bulu kaki lebat tapi 
kalao ye pon time kawin agak2 la pakai baju cara melayu .
tao la tema new york eh ? mmh cembangang .asal tak telanjang terus je .
mmg cembangang .
yang pakai baju purple serious huduh kemain . baju puple tu dah macam baju utk romen tido malam dgn suami .nak tahu siapa budak 4orang tuh . 
tu ha yg belakon stanza cinta tu nama apa ha fathia , miera liyana, julia zegler ngan eika . ntah tak minat aku dgn semua tu . mmg cembangang . haku kesah apa hang punya wedding of the year ke apa . kena taja bejuta ringgit . baguslah . org melayu mmg camnih . nak kata kita dijajah depa kata kita tak penah dijajah . ni semua kena jajah la ni . otah penuh amerika penuh style yang bukan bercirikan orang melayu dan paling utama sekali dalam ISLAM . eh korang agak wedding ni berkat ke ? aku tak rasa ada keberkatan dalam tuh . 

p/s takpayah nak kata biarlah kat dia . asal dia bahagia semua tu . no! kita tak boleh mcm tu ye adik2 kita kena tegur apa yang salah . tak payah kita tak leh nak aib kan gambar dgn sebar2 mcm ni . eh dah dia yang volunteer nak tayang gambar dia kan . buakn salah kita . bukan bukan =.= 

sekian berita melaporkan . segala gambar diambil dr blog mana ntah . 

sila gelak lepas baca.

Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS GENERASI KURANG ILMU AGAMA .EH ?

aku tak slahkan parti tu cuma aku kutuk orang yang up status camni .sah-sah beliau \
jahil dan tak ada sifat hormat dan aahh pandai2 lah pikir kan .


lepas ni hanya maaf je dorang tao . lepas tu buat lagi dan lagi .
terserah pada generasi bijak pandai untuk menilai . aku tak sokong puak-puak duniawi aku sokong Islam . melampao sangat dah .dah banyak sangat media massa media cetakrompak   mempermainkan agama . menyisihkan agama . sebab apa dorang buat camtu sebab dorang tahu kalao bila hukum Islam dijalankan , gamaknya memang tak bahagia la hidup dorang yang penuh dengan rasuah riba curi duit rakyat semua tu kan .

p/s ok ini bukan wordless ye anak-anak =.= 

sila gelak lepas baca.

Tuesday, September 27, 2011

TAHUKAH ANDA ? kalao tak tahu kena la bagi tahu .

gua taknak cakap banyak karang gua cakap berbaur kekelingan plak . so kita cekidout je lah fakta gua nak bagi malam niih . mana tao fakta ni semua masuk dalam final sem korang ke spm ke pmr ke kan .


Fakta 1 :
Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa…







Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya







Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda akan tertawakan diri sendiri

Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat utk copy lawak bodoh ni kpda geng korang yg lain untuk kenakan diaorang seperti korang yg telah terkena. :P



kbai . pancunglah beta pancunglah beta . sesungguhnya otak beta sekarang sudah tidak berfunsi secara normal lagi . hanya berfungsi mengikut kitaran jam sahaja =.=

sila gelak lepas baca.

Monday, September 26, 2011

ITS MONDAY MONDAY GOTTA GET DOWN ON MONDAY =.=

hello people . oh okay aku lupa mana ada people dalam belog aku ni . yang ada hanyalah kelkatu cengkerik lelabah alien monster cicak tiger kiddy dan aku . hai kelkatu hai cengkerik hai monster hai tiger hai kiddy . hai hai semua  =.=

pagi ni bangun awal sikit pukul 9 , mandi2 terus pegi kedai beli lauk . kena rush rush gitu sebab nak masak awal karang pukul 2 nak masuk keja plak . bos kedai bunga tu call nak minta tolong buat partime kat tempat dia sampai ada pekerja tetap . selamat dia minta partime je kalao fulltime memang aku malas.heheh nak tak nak memang kena jadi lipas lah . eh hai lipas . sidai baju lagi iron baju lagi . kemas bilik lagi . malas sebenarnya nak kemas bilik sebab nanti bila kemas tiger dan kiddy semakkan balik . benci tawu .
*salahkan kucing . nice

berenti kejap nak tutup api lauk dan mkn sekali.

p/s nak jugak update walaopon yang wujud hanyalah entry personal yang tak ada pekdah .aku dah lupa cara nak berblog . kalao nak stat dengan belog seo boleh ?. pfftt




sila gelak lepas baca.

Friday, September 23, 2011

WASTE UR TIME .


jalan-jalan oh ini blog seo  jalan-jalan lagi oh ini blog kutuk-kutuk artis jalan-jalan lagi oh ini blog politikus. jalan-jalan ini blog nasihat/keagamaan . jalan-jalan lagi oh ini blog cambagus la konon.
jalan-jalan lagi oh ini blog personal tapi cam gampang tayang tetek body . jalan-jalan lagi oh ini blog uncle seekers dan permaisuri hantu bonceng . jalan lagi guna kelajuan turbo plak sebab dah mula naik jemu dengan persinggahn pertama . jalan lagi oh ini lah dia belog yang natural beauty . ya dah jumpa ! KLIK SINI 

jangan kejar populariti. ia tak akan kemana .
jangan kejar duit mahupon trafik jika sumbernya dari pada entry kamu yang berbaur haram .
percayalah ^^
conclusion . buat lah bentuk apa pon . asalkan niat kamu tidak tersasar dari landasan keimanan dan keredhaan Allah :)

p/s maaf terlalu bosan :p dan eh gila benci dengan blog seo yang suka amik kesempatan tulis entry dan tajuk lucah semata-mata nak dapat trafic tinggi . oh ciskek . kamu rasa halal ke rezeki kamu ?
sila gelak lepas baca.

Wednesday, September 21, 2011

CITY HUNTER DRAMA DAN MALAYSIA bukan cerita myspy lost and faun ke apa .


aku harap kat Malaysia pon ada city hunter sekor .kat malaysia ada sebenarnya cuba cari dalam intenet yang cerita pasal kerajaan kotor semua tuh . heheh oh ya ni lee min ho belakon tuh .ala ok drama korea tapi bukan drama lembut2 gay jambu semua tapi drama action2 gitew tembak2 cerita pasal dendam utk keluarga yang mati dibunuh oleh negara sendiri. dendam memang tidak bagus untuk kesihatan ye anak-anak sebab tu lee min ho atau si city hunter ni dendam bukan untuk membunuh mcm dorg bunuh bapak dia tapi dengan membongkarkan segala jenayah yang dilakukan oleh sebilangan anggota kerajaan . ala macm kat malaysia tak ada semua jenayah tu kan . menteri menteri bukan nya baik sangat, mesti ada punya yang makan rasuah, beri rasuah, bunuh orang mcm kes altantuya tuh scandal sana sini. penyelewangan duit rakyat. nak harap polis mahkamah semua ? silap2 dah kena suap supaya kes ditutup .opss :D

versi anime 
kalao kat malaysia ada sekor city hunter macam tuh agak2 semua clean clear .city hunter mlaysia cuma boleh bagi berita je kat intenet . tak ada lagi rasuah di antara kerajaan , pemakan duit rakyat ,cita ni macam death note la jugak kan . orang jahat dibunuh . tapi ye la bunuh tu dah kesalahan besar , so kita kena guna cara halus supaya orang jahat ni semua dapat pembalasan yang setimpal .

ntah apa la aku merepek . ni lah dia nak bagi sinopsis tak reti .skrip cerita dah jadi cam cerita melayu plak . berbelit2 .so kalao taknak berbelit cer tengok trailer kalao rasa tak best tak yah layan .yang pasti wlaopon aku layan cita korea lagi banyak dr cita melayu bukanlah aku obses dengan depa dah tapi cerita melayu mengarut je banyak tak cerita hantu cerita gengstre rempit2 semua . macam bangang je. tak ada moral value langsung .budak2 melayu suka sgt la kan hiburan melampau camtuh. pahtu plak cerita tak mcm org melayu islam . dari aku ngumpat cerita tu baik aku layan cerita korea ke cina ke jepun . omputih banyak sgt romenromen aku kena jaga mata =..=

mempersembahkan interface fesfuking yang baruuuu *tetiba*
p/s taklayan cita melayu bukan bermakna aku tak supot buatan malaysia atau tak de smangat patriotik. banyak lagi buatan malaysia yang perlu disupot dari supot filem tak guna baik aku supot benda berguna . ye dak .so tak payah nak hangin . budak tadika je yang hangin kalao tak terima pendapat org lain . peace.
sila gelak lepas baca.

Tuesday, September 20, 2011

semoga kita diizinkan untuk bertemu dan berjumpa suatu hari nanti .






When you’re searching for the light. And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt. He’s always close to you
He’s the one who knows you best. He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last. If you just have faith in Him
You’re always in my heart and mind. Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what. My biggest wish is to see you one day
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come But surely they will fade away
If you just believe What is plain to see
Just open your heart And let His love flow through
I believe And now I feel my heart is at peace
(i believe lyric by maher zain & irfan makki )




p/s bila idea tak singgah masuk dalam urat serebrum urat kentut urat darah . ni lah jadinya . kopipaste.
dan tajuk entry memang cam ciskek kan .=.=

sila gelak lepas baca.

sepatah dua kata

apesal.com