Thursday, December 23, 2010

Tahukah Anda ?

5 tips utk  xkena rompak dan x rugi bila kena rompak
google
1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka sgt nk menunjuk2 *apa pon x dpt*


Edisi Khas Tahukah Anda .


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas  dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut  tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 4 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini  pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga bleh dikenali dengan nama papa Razzi. *bapak aku nama radzi.grr*

5. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.



7.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

MySpace
dipetik dari sini untuk hiburan hati aku yang lapar .
MySpace

sila gelak lepas baca.

9 comments:

nazirulhazwan~ said...

tambah satu lagi

tahukah anda nazirulhazwan betolkan jawapan no.5 makcik utk segmen ben sayalah blogger itu.hahaha

MAKCEK bukan NENEK said...

wahaha
tahukah anda nazirulhazwan seorang bloger yang x femes .
grr ok ok nanti kalao menang buat satu entry besar punya pasal ang . grr tu pon kalao menang . sobs sobs

diana said...

bapak besor giler dia punye perangkap tikus..beruang pun boleh tersepit tu..
heheh

Pandapolarbear aka Ming... said...

hehe i like yr en3...btw salam ziarah ke blog kamu...=) saya follow ya..tikiu...keep in touch ...=)

Wan Gerrard said...

hehe tahniah menang..dr blog ben ^_^

CekLa said...

anda dah menang una!

tahniah!

Penjejak Mimpi said...

Salam.

Tahniah. Sensenang jenguk le ke blog akak ek?

http://penjejak-mimpi.blogspot.com

Salam kenal dari Penjejak Mimpi.. :)
Da follow..

Lulu caldina said...

Tahniah menang segmen En. Ben..
Awak yang paling best..

tieha ismail said...

hahah papa Razzi.....kikikiki~~~

sepatah dua kata

apesal.com