Thursday, November 25, 2010

Tips Gadis Kekal Ayu *mcm aku

hoyeah hoyeah hoyeah 
ni ha tips tips aku kopipaste kat fesbuk . hohox
*dah x de idea nak tulih lagipon sharing kan sexy .haihh
mari mari baca tips tips kekal ayu mcm aku .  


Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi,fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan..Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat Subuh.

Jangan tidur di siang hari. (knapa aku salu buat ? ayah ngan mak aku dah penat beletiaq kat aku )

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.
*suara aku bgai halilintar . .mak aku salu cubit aku sbb ckap kuat gila* grr

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. 
*yg pakai tudung cam aku pon kna jaga jugak ok . kunx nnt bila bukak tdung ada jugak yg bao cm hape ntah .hox

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju.Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
* oh knapa aku tiada ciri2 ini ? huuu

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silang panggung. Jangan mengangkang.Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum, jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuktujuan baik.Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

*kesimpulannya . kejammm punya tips !
kenapa satu pon aku x de yg sama ?????
grrr una . lu perlu berlatih lagi ! heh

sila gelak lepas baca.

4 comments:

Cik Nathrah said...

hahaha..patut la awk ayu je ;p

uNa da wiTch said...

cik nathrah :
ohh tidakkk .
jgn perli sy . sobs sobs .

nany said...

una..c8box lambat..
sobs sobs..
tggl sini jea..
ade award..
http://iramakertasunggu.blogspot.com/2010/11/kau-perasan-chanteq.html
ambik la kalao brani!! ekeke~

uNa da wiTch said...

loh lmbat ke ?
sobss jugak .
er award lagi ?
wahh ok tq
hahaha

sepatah dua kata

apesal.com